Ticker

6/recent/ticker-posts

Pelayaran Mesra Muslim SuperStar Libra | Berpesta Di Samudera Bersama Pak Nil


Pelayaran Mesra Muslim SuperStar Libra | Berpesta Di Samudera Bersama Pak Nil | Tidak seperti percutian tradisional yang biasa, pelayaran istimewa SuperStar Libra dengan Pak Nil baru-baru ini menarik ramai peminat beliau untuk bercuti dengan ikon Malaysia tersohor ini?

Sejak pasaran untuk percutian pelayaran mulai diperkenalkan pada tahun 1970-an, pilihan untuk bercuti semakin bertambah. 

*Adakah pelancong akan memilih pakej percutian pelayaran standard atau percutian pelayaran kontemporari? 

*Atau adakah pelancong akan mengambil pakej yang mempunyai kelebihan seperti inclusive package deals? yang sering ditawarkan oleh kapal persiaran mewah? 

*Atau kesemua pilihan yang ada di atas dan bercuti bersama Pak Nil di atas kapal persiaran mewah SupeStar Libra?


Terdapat banyak pilihan untuk belayar bersama selebriti pada masa sekarang tetapi yang benar-benar menarik perhatian saya apabila ikon terkenal Malaysia, Datuk Aznil Hj Nawawi mengajak peminatnya untuk bercuti di atas kapal SuperStar Libra. Pakej pelayaran ini adalah hasil inisiatif pihak Star Cruises dan Malaysian Harmony Tour & Travel dengan kerjasama Majalah Santai Travel. Pak Nil nyata kelihatan sangat teruja dapat bercuti bersama lebih tiga ratus peminat tegar beliau untuk pertama kalinya sejak 24 tahun berkecimpung dalam bidang hiburan. Turut serta mengikuti pelayaran ini adalah beberapa rakan media dari media cetak dan media elektronik.


Bukan Percutian Biasa

Tidak seperti percutian biasa yang pernah anda alami, percutian bersama Pak Nil kali ini tetap menjanjikan pancaran matahari, pasir dan laut. Tetapi yang paling istimewa program ini adalah kepelbagaian aktiviti yang telah dirancang khas buat mereka yang mengikuti percutian pelayaran kali ini. Segala yang disediakan oleh pihak penganjur, Malaysian Harmony Tour & Travel layak diberi pujian. Sebuah kaunter khas, Kaunter Belayar Bersama Pak Nil?memudahkan urusan daftar masuk peserta di Penang International Cruise Terminal dan anak-anak kapal juga kelihatan begitu ramah.


Selepas belayar lebih daripada dua tahun dengan kapasiti maksimum sehingga 1,500 penumpang, SuperStar Libra kini mempunyai satu restoran halal yang diiktiraf oleh JAKIM di atas kapal iaitu Restoran Spices di dek 10. Apa yang pasti dengan kemudahan mesra Muslim ini, SuperStar Libra kian mendapat tempat di hati pelancong Muslim. Sebaik sauh diangkat, SuperStar Libra belayar dari Pulau Pinang ke destinasi eksotik, Phuket dan Krabi di Thailand setiap minggu mulai Ahad hingga Rabu. 


Jom Belayar Dengan SuperStar Libra


Terdapat pelbagai pakej yang direka khas oleh SuperStar Libra untuk memberikan lebih nilai kepada mereka yang menempah percutian pelayaran. Setiap pelayaran mempunyai cara dan elemen yang berbeza. Anda boleh memilih untuk belayar dari Singapura dua kali seminggu menggunakan SuperStar Virgo manakala dari Pulau Pinang empat kali seminggu (Ahad, Rabu, Khamis dan Jumaat). Harga bermula dari RM969 sehingga RM2,200 untuk seorang. Admin diberitahu yang hampir 70,000 pelancong telah belayar sejak 2012, menyaksikan peningkatan 10% dari tahun sebelum ini menggunakan kapal SuperStar Libra. Apa yang pasti, kapal persiaran adalah antara industri terbesar dalam sektor pelancongan di bandar-bandar besar seluruh dunia. Percutian dengan kapal pelayaran memberikan banyak kelebihan berbanding percutian biasa. Ini adalah kerana anda dapat melancong ke beberapa negara dan destinasi yang berlainan dalam satu masa. Selain itu semua perkhidmatan yang tersedia telah dibayar terlebih dahulu jadi tiada kos yang tersembunyi. Dari skala 1 ke 10 (10 sukar diberikan kerana semuanya harus sempurna), admin berikan rating keseluruhan 7.5 hingga 8. Admin tidak sabar untuk mendengar pengalaman pelayaran yang menarik dalam tahun yang mendatang!!

Foto : Teng Wei (www.tengweiphotography.com)









Catat Ulasan

0 Ulasan