Ticker

6/recent/ticker-posts

11 TIPS MUDAH MELAWAT UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE

11 TIPS MUDAH MELAWAT UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE | Percaya atau tidak Universal Studio Singapore menjadi sebuah pusat tarikan pelancongan yang terhebat di Singapore. Setiap tahun pengunjung yang datang ke sini lebih kurang 9.7 juta orang setahun. Memang sangat menguntungkan.

11 TIPS MUDAH MELAWAT UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE
UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE 

TIPS MELAWAT UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE


Untuk sebuah kunjungan yang penuh makna, beberapa tips mudah melawat Universal Studio Singapore yang yang admin boleh kongsikan supaya percutian anda semua ke sini dapat digunakan dengan sebaik mungkin. 
  1. Minum pagi, roti & air mineral - Sebelum bergerak ke Universal Studio Singapore, admin nasihatkan kepada anda semua untuk sarapan terlebih dahulu dan kemudian bawa sedikit bekalan seperti roti dan juga air mineral. Makanan ringan dibenarkan untuk dibawa masuk dan jangan sehingga korang bawa mangkuk tingkat untuk masuk. Memang kena hambat nanti. 
  2. Tiada chewing gum, & rokok - Bagi mereka yang merokok, bilangan yang dibenarkan dibawa masuk adalah sebanyak 18 batang sahaja dan negara Singapore adalah negara larangan kepada chewing gum.
  3. Ambil pakej untuk ke Universal Studio Singapore - Untuk yang ni admin telah menggunakan pakej termasuklah bas pergi-balik dan juga tiket masuk yang bernilai RM175.00 sahaja. Ambil pakej seawal 7.30 pagi supaya anda akan tiba disana sebaik sahaja pintu Universal Studio Singapore dibuka lebih kurang 9.30-10.00 pagi.
  4. Bawa pasport - Pasport perlu dibawa untuk kesana. Sebenarnya abam ingatkan untuk merentasi keseberang sana tidak memerlukan pasport, tetapi pasport ini diperlukan semasa pemeriksaan keluar dan masuk di imigresen Singapore nanti. 
  5. Pakai seluar - Untuk memudahkan pergerakkan, memakai seluar adalah yang terbaik semasa berada disini. Untuk pengetahuan, ada sesetengah permainan akan memberi halangan sekiranya pengunjung yang memakai kain semasa berada disini. 
  6. Tidak perlu DSLR - Bagi mereka yang suka bergambar, cukuplah sekadar menggunakan kemera telefon atau pun kamera kompak. Ini kerana ssesetengah permainan memerlukan kita meninggalkan barang-barang dan menjadi risiko sekiranya meninggalkan camera DSLR ditempat simpanan terbuka.
  7. Cukup sekadar bersandle - Bagi admin, pemakaian sandle berikat dan bukan selipar adalah terbaik kerana ada permainan yang pengunjung akan basah dan permainan yang tergantung seperti roler coster. Tidak perlu beriya sangat dengan kasut dan segala kasut tinggi. 
  8. Peta Universal Studio Singapore - Ini juga info penting. Dengan menggunakan peta, anda boleh jangka permainan yang anda perlu tuju dahulu. Secara peribadi, selepas anda masuk ke dalam Universal Studio Singapore, anda hanya perlu terus menuju kedalam dan bergerak kke sebelah kanan dan terus tuju ke kawan bertema NEW YORK dan juga SCI FI dimana disana terdapat permainan yang sangat seronok iaitu Transformer. Abam pasti selepas selesai pusing 1 Universal Studio Singapore korang akan kembali untuk masuk ke sana semula.
  9. Sediakan wang yang cukup - Secara peribadi admin hanya menukar sebanyak 100 dolar bersamaan Rm258. Duit itu cukup untuk membeli beberapa cenderamata dari sana sebagai tanda kehadiran kita disana. Untuk pengetahuan anda semua, harga barang disana lebih kurang sahaja dengan Malaysia. Seperti harga t-shirt, di Malaysia ianya Rm30 dan disana 30 dolar singapore, makan di Malaysia RM6 dan disana 6 dolar, cuma korang jangan cuba untuk congak dengan menukar kembali dengan matawang kita kerana memang anda akan sakit hati sebab harganya yang agak mahal kerana 1 dolar Singapore bersamaan RM2.85. 
  10. Ruang solat - Jangan risau bagi kita sebagai pengunjung muslim. Universal Studio Singapore juga turut mereka menyediakan surau yang sangat selesa untuk pengunjung menunaikan solat. Urus masa korang untuk melakukan solat secara jamak supaya tidak terlalu berebut dengan jemaah-jemaah lain. 
  11. Pilih hari bekerja - Memilih hari bekerja untuk berkunjung disana adalah jalan terbaik kerana secara logiknya hari bekerja adalah waktu dimana ramai akan bekerja dan Universal Studio Singapore sedikit lenggang dan mudah untuk kita merasai setiap permainan yang ada disini.
Semoga sedikit tips mudah melawat Universal Studio Singapore ini dapat membantu anda semua untuk berkira-kira dalam membuat persediaan sebelum ke Universal Studio Singapore ini nanti. Selamat melancong !!!

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Entri yang bagus.. sy suka melancong. Studioous.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Tips yang sangat berguna....bila la nak gi USS

    BalasPadam
  3. Info yang sangat berguna..
    Thanks for sharing :-)

    BalasPadam
  4. Akak belum pernah jejak kaki sini lagi.huuuuhuuhu

    BalasPadam
  5. ini ponnn aku belum pernah pegi tau !

    BalasPadam
  6. info ke sg pertama kali
    cocok buat backpacker nih
    thanks infonya

    BalasPadam
  7. kalau pergi waktu weekend pun ok.... tapi kena berkorban wang ringgit untuk express pass. Dapat main 12 daripada 17 game... not bad kan?

    BalasPadam
  8. Aku pernah ke uss ni. Mmg betul. Senang ambil pakej je dari jb. Bas pergi balik dan tiket siap. So takperlu beratur sesat dan beratur panjang beli tiket dan sesat ke uss. Aku syorkan ejen brader ni 019.4491170 hilmi kalau tak silap nama dia. www.facebook.com/pakejmurahkueuss websitenya...

    Terbaik bro...

    Cuma betulla, jangan pakai slipar, kang main roller coaster tercampak pula selipar

    BalasPadam
  9. terima kasih atas perkongsian saudara. sekiranya kita mahu ke landmark nya yang terkenal seperti Merlion Park adakah mudah dgn hanya menaiki pengangkutan awam? saya tidak lah berhasrat utk masuk ker USS kerana membawa org tua mungkin hanya ingin hop in hop out shj. Bgmana pandangan saudara? terima kasih.

    BalasPadam