Ticker

6/recent/ticker-posts

PENANG BEST FOOD | Mee Udang Pak Su Kuala Juru

PENANG BEST FOOD | Mee Udang Pak Su Kuala Juru | Sebut saja "Kuala Juru" benda yang pertama terlintas "Mee Ketam" dan "Mee Udang" macam tu la kalau korang google, Kuala Juru je mesti Mee Ketam. Kuala Juru ni merupakan kawasan perkampungan nelayan yang terletak kira-kira 14 km dari EXIT Jambatan Sultan Abdul Halim (dari arah selatan). Di sini terdapat banyak restoran-restoran Nelayan antara yang terkenal ialah Warung Mee Udang Pak Su.

Warung Pak Su Mee Udang
Warung Pak Su Mee Udang
Di Warung Mee Udang Pak Su ni ada jual bermacam-macam jenis makanan yang paling special Mee Udang/Ketam dan Nasi Goreng Udang/Ketam, masing-masing dah teringin nak makan Ketam, aku dan kawan-kawan (5 orang) order 3 pinggan Mee Ketam dan 2 pinggan Nasi Goreng Ketam. Servis memang cepat, mungkin sebab time ni orang tak ramai lagi. 

Perut dah lapar, tak tahan dah nih, jom tengok Mee Ketam versi Warung Pak Su!

Warung Pak Su Mee Udang
Lengang, waktu ni baru je lepas solat Maghrib
PENANG BEST FOOD | Mee Udang Pak Su Kuala Juru
Makanan yang ditempah 
PENANG BEST FOOD | Mee Udang Pak Su Kuala Juru
Mee Ketam, ada dua ekor ketam dalam satu pinggan ni.
Rasa kuah dia memang marvelous, sedap, manis isi ketam tu sebati dengan kuah, balance pulak dengan sedikit perahan limau, perfect!
PENANG BEST FOOD | Mee Udang Pak Su Kuala Juru
Ni hidangan Nasi Goreng Ketam, yang kuning-kuning tu nasik goreng
PENANG BEST FOOD | Mee Udang Pak Su Kuala Juru
Ketam masak merah yang dihidangkan bersama nasi goreng. Rasa kuah dia memang sedap, manis pedas (bukan la pedas sampai nanges), highly recommended! Best in Malaysia! Cewah...
Selain daripada Mee atau Nasi Goreng Udang/Ketam kat sini ada jual bermacam-macam jenis makanan antaranya Home made Ice Cream, Lai Chi Kang Ipoh dan Sate Kambing. Yang paling admin suka ketam masak merah, kuah dia memang the best! Kalau datang ke Penang, singgah-singgah la ke Warung Mee Udang Pak Su yang terletak di Kuala Juru.

Alamat : 

Warung Mee Udang Pak Su
385, MK12, Bagan Nyior Juru, 
Seberang Perai Tengah, 
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

No. Tel : 
012-409 0771, 012-493 5771

Hari    : ISNIN - AHAD (Khamis Tutup)
Waktu : ISNIN - AHAD (12.30 Tengah hari)
            JUMAAT (11.30 Pagi)

GPS    :
5.326817, 100.414767

Sumber :
saffuanjaffar.blogspot.com

 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Sebenarnya banyak sangat kedai yang menu sama,hingga sukar nak pilih yang mana sedap. paling sedap ialah banyak duit boleh try semua menu hahaaa

    BalasPadam