Ticker

6/recent/ticker-posts

BUKIT BENDERA PULAU PINANG. #5 PERKARA YANG WAJIB CUBA JIKA KE SANA!



BUKIT BENDERA PULAU PINANG | Semestinya ramai yang sudah singgah ke Pulau Pinang untuk mencuba makanan yang sedap di sana. Dan semestinya anda sudah menjelajah ke seluruh pelusuk Pulau Pinang untuk mencuba budaya dan keunikan Pulau Pinang.

Bukit Bendera yang terletak di Pulau Pinang ini mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang sangat mengasyikkan. Bukit dijaga dan sentiasa ditambah baik untuk mengekalkan kesuciannya. Haaa.. Gitu.

Credit Gambar http://www.penanghill.gov.my/
Baiklah kali ni #ProjekTravel kongsikan kepada anda #5 perkara yang anda wajib cuba buat di Bukit Bendera. Bak kata orang tua-tua, nak memahatkan kenangan tu.

1. Naik Funicular Train - Kereta Api


Antara sedar atau tidak, sekadar keretapi kabel di Bukit Bendera sudah masuk ke generasi ke 4. Sememangnya jika ke sana, anda perlu cuba naik Funicular Train ni dan menghayati keindahan Bukit Bendera. Rugi sangat kalau tak naik. Bak kata Sonaone dalam lagu Apa Khabar, "merenung ke luar jendela" je la.

2. Lompat-lompat Di Pelantar LOVE


Di Bukit Bendera pun ada venue yang mana. Kami hanya namakan Pelantar LOVE. Bagi yang teringin mengabadikan cinta sejati kat situ boleh la letak pad lock kat situ dan campak kunci kat bawah. Pad lock ada dijual disekitar kawasan tu tetapi harga sememangnya boleh buat anda terbeliak mata. Btw, Lepas tu boleh lompat la. Yayyy..

3. Teropong Pulau Pinang




Berbekal RM1 anda boleh teropong sebahagian Pulau Pinang. Haaa... boleh tengok kesibukan dan keunikkan Pulau Pinang gitu. Nak teropong langit pun boleh. Tapi tak nampak apa la.

4. Gunakan Buggy Service


Di puncak Bukit Bendera ada disediakan perkhidmatan buggy. Gunakan perkhidmatan ini untuk anda bersiar-siar di sekitar puncak Bukit Bendera. Buggy ni menuju ke kawasan perumahan yang memang superb cantik! Anda juga boleh melihat beberapa kehidupan liar semasa dalam perjalanan.

5. Selfie Di Bukit Bendera.


Erkkkk.. Rasanya, ini memang ramai yang akan buat. Hehehe...

Sebenarnya kami dapati ada satu lagi di kaki Bukit Bendera yang anda perlu cuba. Yang mana di kaki Bukit Bendera ada disediakan satu mesin yang memproses membuat pin atau badge yang ada history Penang Hill. Mesin sangat unik kerana ia sangat rare bagi kami dari segi pembuatan. Kami akan cuba dapatkannya dan kongsikan kepada anda!

Sooo... Apa lagi? Jom singgah ke Bukit Bendera Pulau Pinang!

Catat Ulasan

4 Ulasan