Penamaan Semula Jalan Di Kuala Lumpur | Mungkin ada di antara pembaca yang tidak tahu bahawa beberapa nama jalan di sekitar Kuala Lumpur terutama yang duduk di luar Kuala Lumpur. Kenyataan Media telah dikeluarkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengenai tindakan penamaan semula jalan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sempena nama Raja-Raja yang pernah ditabal sebagai Yang Di-Pertuan Agong. Berikut admin lampirkan di sini untuk panduan bagi sesiapa yang datang ke Kuala Lumpur.
Nama Baru Jalan Di Kuala Lumpur
NAMA JALAN LAMA
|
NAMA JALAN BARU
|
Jalan Duta | Jalan Tunku Abdul Halim |
Jalan Khidmat Usaha | Jalan Sultan Haji Ahmad Shah |
Jalan Ipoh (dari persimpangan Jalan Segambut hingga Persimpangan Jalan Pahang) | Jalan Sultan Azlan Shah |
Persiaran Duta | Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin |
Jalan Khidmat Setia Dan Jalan Ibadah | Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin |
Lebuhraya Mahameru | Lebuhraya Sultan Iskandar |
Persiaran Mahameru | Persiaran Tuanku Ja'afar |
Jalan Semarak | Jalan Sultan Yahya Petra |
-----------------------------------------
3 Ulasan
Jalan Semarak tukar juga..huhuhu
BalasPadamsejak bila diorg tukar name jalan ni?
hujung tahun lepas... makin susah nk hapal. waze pun tak sure detect yg mana...huhu
Padamrajinnn tukau nama jalan
BalasPadam