Kali ini, kami di Projek Travel ingin berkongsi tips tentang 7 teknik menghasilkan gambar menarik menggunakan smartphone. Memang tak sah, kalau travel tapi tak snap gambar lawa-lawa untuk dijadikan koleksi peribadi dan dikongsikan di media social seperti di facebook, instgram, twitter mahupun di blog. Jadi, untuk menghasilkan gambar yang lebih menarik, kami ingin berkongsi satu video menarik yang boleh dijadikan rujukan bersama untuk menjadikan koleksi gambar kita semua semasa travel lebih unik, menarik dan kreatif.
7 Teknik Menghasilkan Gambar Menarik Menggunakan smartphone
Secara ringkasnya, 7 teknik yang dimaksudkan untuk menghasilkan gambar yang unik dan kreatif adalah:
- Panorama sequence
- Pano Drive-By
- Zoom Lens
- Macro Lens
- Reflector
- Tripod & Shutter Cable
- Under Water Housing
7 teknik yang dikongsikan dalam video COOPH ni memang mudah dan reliable untuk dipraktikkan especially ketika travel. Antara teknik yang paling best untuk dicuba adalah Panorama sequence dan pano drive-by yang menggunakan mode panorama untuk menghasilkan gambar sekuel yang menarik dan dipanggil panodash. Lagi satu teknik yang best untuk dicuba adalah under water housing.
Apapun, semoga video ringkas tentang 7 teknik menghasilkan gambar menarik menggunakan smartphone sedikit-sebanyak dapat memberi inspirasi kepada kita semua untuk menghasilkan gambar-gambar menarik ketika travel untuk diabadikan sebagai kenangan.Semoga tips ini bermanfaat kepada semua dan jangan lupa untuk kongsikan hasil kreativiti anda bersama kami dengan hashtag #ProjekTravel
3 Ulasan
Kreatif betul teknik yang digunakan tu. Berguna. Ada la juga aplikasikan few teknik dalam video tu bila travel. Kadang-kadang kita kan malas nak bawa camera berat dan sebagainya. Smartphone pun sudah memadai. Yang penting kena pandai la.
BalasPadamskrg ni phone canggih. filter dah byk jenis. so gmbr kebabom2 sume boleh buat~
BalasPadamInfo yang bagus. Tapi akak kekadang nampak objek atau pemandangan cantik lupa nak ambil gambar hanya scan dengan mata terus tanam dalam minda.
BalasPadam