Ticker

6/recent/ticker-posts

9# TIPS PENTING JIKA KE PULAU PERHENTIAN


#9 TIPS PENTING JIKA KE PULAU PERHENTIAN | Pulau Perhentian sememangnya terkenal dalam kalangan pelancong tempatan mahupun pelancong asing. Pulau Perhentian Besar atau Pulau Perhentian Kecil, kedua-duanya mempunyai tarikan yang tersendiri. Persoalannya, apa yang menarik sangat di Pulau Perhentian? Kalau nak tahu jawapannya, kali ini kita bersama seorang blogger untuk berkongsi kisah percutian beliau di Pulau Perhentian. Nak tahu blogger mana? Hah, jom kita ikuti kisah perkongsian beliau. Selain berkongsi pengalaman, beliau juga ada berkongsi beberapa tips untuk kita semua. Semoga bermanfaat kepada semua yang pasang hajat nak kePulau Perhentian.

IMPIAN KE PULAU PERHENTIAN 


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, pertama kali saya ke pulau di Terengganu ini. Sungguh terkesima apabila ke sana dan impian saya mahu ke Pulau Perhentian ini sebenarnya sudah lama. Sejak 2 tahun lepas lagi saya mahu ke sana,tetapi disebabkan masa selalu menjadi halangan saya, saya terpaksa simpan hasrat itu dan Alhamdulillah awal bulan 3 saya berkesempatan bercuti di Pulau Perhentian Kecil yang sangat cantik tu dan selalu menjadi tumpuan kepada Backpackers dari seluruh dunia. Bagi saya, pulau ini memberikan saya ketenangan,kebebasan, kelapangan dan kegembiraan biarpun dalam Malaysia.

Sebenarnya apabila menyimpan hasrat ke sesuatu Pulau tidak kira dalam atau luar Malaysia,sudah semestinya ramai yang akan google tentang Tips bercuti ke Pulau. Paling utama adalah bajet seseorang itu. Andai kata, kita mahukan sesuatu percutian itu lebih bermakna saya rasa bajet yang rendah atau tinggi tidaklah penting sangat asalkan ‘worth it’.


Antara kawasan scuba diving, snorkelling dan berenang 
Antara kawasan scuba diving, snorkelling dan berenang.


ASAL USUL NAMA PULAU PERHENTIAN


Apa yang saya tahu, Pulau Perhentian ini tidak mempunyai nama khusus tetapi pulau ini seringkali dijadikan persinggahan kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura,Jawa dan beberapa tempat di Semenjung Tanah Melayu. Oleh sebab itu, Pulau ini dinamakan Pulau Perhentian kerana dijadikan tempat persinggahan dan kini sudah menjadi tempat pelancongan yang sangat popular di Malaysia. Selain itu, Pulau Perhentian terbahagi kepada dua bahagian iaitu Perhentian Besar dan Perhentian Kecil. 

Long Beach
Long Beach


TIP KE PULAU PERHENTIAN 


Di sini juga, saya ingin kongsikan beberapa tips apabila anda mahu ke Pulau Perhentian.

  • 1# Survey agent atau bergerak sendiri itu terpulang kepada anda. Ikut bajet sendiri tetapi jangan mudah tertipu dengan harga yang murah. Seeloknya tanya dahulu atau teliti apa yang anda dapat untuk pakej tersebut. 

  • 2# Sediakan pakaian yang secukupnya dan tidak terlalu banyak. 

  • 3# Rancang perjalanan anda dengan betul. 

  • 4# Bawa alatan yang penting seperti kamera, makanan, minuman, ubat-ubatan dan sebagainya. 

  • 5# Pastikan anda menjaga adap dan keselamatan diri di tempat orang. 

  • 6# Snorkeling adalah aktiviti utama di Pulau Perhentian. Oleh itu anda perlulah turun ke laut menikmati hidupan laut dan berhati-hati ketika di laut. 

  • 7# Semasa snorkelling juga, kebiasaannya divers ada sediakan servis ambil gambar. Sekiranya anda berminat bolehlah beritahu mereka dan saya agak kecewa dengan diri sendiri kerana tidak menggunakan servis tersebut. Jadinya, tidak ada sekeping pun memori ketika snorkelling.
  •  
  • 8# Ketika hari ber-snorkeling anda juga disarankan untuk membawa wang, air mineral supaya anda boleh membeli di Kampung Nelayan nanti. 

  • 9# Apapun, enjoy your holiday.

Turtle Bay Divers
Turtle Bay Divers
Keindahan Pulau Perhentian Kecil
 Keindahan Pulau Perhentian Kecil
Pantai yang cantik
Pantai yang cantik

Sungguh, Pulau Perhentian sangat cantik, menawarkan pelbagai aktiviti seperti snorkelling, kayak, scuba diving, jungle tracking dan sebagainya. Air yang kebiruan, ikan yang cantik dan penduduk yang sangat baik di sana menjadi tarikan pengunjung dan saya sendiri. Jika anda ke Pulau Perhentian Kecil atau Besar saya sarankan anda ke Long Beach kerana di sana anda boleh berenang dan menikmati keindahan alam serta ‘blue sea’. Jangan risau, untuk anda ke mana-mana di sana ada disediakan taxi boat iaitu speedboat dengan kadar bayaran ditetapkan oleh mereka di sana. Jadi apalagi korang, saya rasa anda memang patut ke Pulau Perhentian dan tidak akan kecewa bila di sana nanti.

Selamat Bercuti korang. 

Perkongsian daripada Sahabat PT
>>letopkeypad.blogspot.com <<
Mek Onie

Terima kasih kami ucapkan kepada Mek Onie atas kesudian beliau untuk berkongsi pengalaman bercuti di Pulau Perhentian. Hah, korang mesti kenal dia kan? Tahniah kerana dah tercapai cita-cita untuk ke pulau idaman hati. Admin pun tak pernah lagi jejakkan kaki ke Pulau Perhentian. Mungkin next trip boleh plan untuk bercuti ke sana. Amacam, ada sesiapa nak join? Lebih ramai, lebih meriah kan? Jom!

Di kesempatan ini, kami di Projek Travel membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk share pengalaman bercuti, tak kiralah di dalam atau di luar negara di blog Projek Travel. Kalau ada yang berminat, boleh lah berhubung terus dengan kami. Mungkin perkongsian anda bermanfaat untuk pembaca di luar sana. Ayuh, "berkongsi untuk memberi inspirasi"!

p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Cntik pulaunye..air bersih dan jernih

    BalasPadam
  2. cantiknyaa pulau perhentiann.. jom geng PT !! kita pi sanaa..

    BalasPadam
  3. Sudah lebih 10 tahun ke 15 tahun akak uppss kami tak ke Pulau Perhentian. Mesti terlalu banyak perubahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Mah,sila pergi!sebab perhentian sekarang cantik kalau kena dengan musim crystal view tu,hehe

      Padam
  4. tak pernah sampai lagi pulau perhentian. one day nak ke sana gak la

    BalasPadam
  5. Bestnya bercuti ke Pulau Perhentian. Dah lama tak ke sana

    BalasPadam