TULANG AYAM DIPROSES MENJADI SATE POPULAR | Dalam perjalanan untuk bercuti di BUSTEL, Klebang pada hari sabtu (28/03/15) yang lepas. Kami sempat singgah di senawang untuk menikmati makanan yang semakin popular iaitu SATE TULANG. Di sini dikatakan sangat popular dengan keenakan rasa SATE TULANG nya. *ramai dah dok kata, kami baru berpeluang singgah. huhu.
Gerai SATE TULANG ini berada di hadapan Restoran Minang Bundo Kanduang. Yang mana admin dengar cerita mereka hanya menyewa tapak dihadapan restoran ini.
PASTIKAN ODER SATE TULANG
Pada awalnya kami tersalah oder SATE biasa. *ingatkan hanya sate tulang yang ada disini. Dah teroder sampai 20 cucuk kan. Jadi oleh kerana niat untuk datang dan mencuba SATE TULANG di sini. Kami terpaksa oder SATE TULANG lagi.*hampeh tol la, lain kali kena hati-hati. hew hew.
TIPS | Pastikan anda oder SATE TULANG . Jika inginkan SATE TULANG. Jika tidak sate biasa yang akan dihidangkan.
Untuk pengetahuan korang, hanya sate ayam yang wujud untuk SATE TULANG di sini. Kalau nak diceritakan dari segi rasa, ianya sedap dan seperti namanya ia sudah semestinya tulang. *dont expect more.
Ianya cukup menyelerakan. Ianya diproses dengan rempah ratus dan bahan campuran yang diadun secara tradisional. Keunikkan satay tulang ni disajikan dengan kuah kacang yang sangat sedap dan pekat. Lebih menarik, Satay Tulang Jelebu ini tetap enak biarpun dimakan tanpa kuah ataupun hidangan lain.
HARGA SATE TULANG JELEBU
Harga untuk sate biasa disini ialah RM0.80. Manakala harga bagi SATE TULANG pulah ialah RM1.20. *harga ini adalah ketika admin ke sini tempoh hari. Siapa tahu, 1 April nanti akan dikenakan GST. *eh hewhewhew.
INFO SATE TULANG JELEBU
Megambil petikan dari MyMetro, Diusahakan oleh Abu Mansor Abu Sammah, 42, Satay Tulang Jelebu ini adalah perniagaan turun-temurun yang sudah berusia lebih 60 tahun.
kredit foto hmetro.com.my
Dicipta oleh datuknya sewaktu sebelum merdeka dan pada waktu itu penjualan sate masih menggunakan kandar, hidangan ini sememangnya sangat unik.
Diambil namanya sempena nama produk sate tulang dan tempat asal ia wujud iaitu di Jelebu, sate tulang ini bukanlah tulang semata-mata seperti yang pastinya digambarkan ramai saat mendengar namanya. Satay Tulang Jelebu ini diperbuat daripada lebihan ayam yang digunakan untuk membuat sate ayam.
-------------------------------------------
Satay Tulang Jelebu
No 123G, Jalan Komersial 5,
Dataran Senawang,
Negeri Sembilan
Waktu Operasi:
6.00 pm - 3.00 am
12 Ulasan
wah...dah lama tak ke Jelebu...
BalasPadamha kena pergilah bro :) . ni kt senawang
Padammee udang di nilai kat mana ye ? Bagi hint sikit.
BalasPadamboleh rujuk sini :
Padamhttp://www.projektravel.com/2015/01/mee-udang-kegilaan-ramai-di-nilai.html
Asal jauh? Baru nak pergi. Hahahaha!
BalasPadamHahahaha. Kami p pon sbb singgah nk p melaka. Hewhew
Padamkena try ni kalau lalu kat sana nanti.
BalasPadamsilakan :)
Padambaru tahu ada sate tulang....sate tulang tu rangka ayam ke
BalasPadamhaah rangka ayam
Padamtulang erk ? sayang nya aku x makan tulang2 nii. x dpt la nak merasa. gituu
BalasPadamMacam mana rasanya?....memang rasa sataykah?
BalasPadam