Ticker

6/recent/ticker-posts

AABC HANGOUT 2015 DI ESCAPE ROOM BERJAYA TIMES SQUARE

sebahagian dari AABC
sebahagian dari AABC_kredit foto Miera Nadhirah

AABC HANGOUT 2015 DI ESCAPE ROOM BERJAYA TIMES SQUARE | Julung-julung kalinya Air Asia telah mengadakan AABC Hangout dan Escape Room Times Square telah menjadi lokasi pilihan gathering ini. Admin juga telah hadir atas jemputan dan tiket sebagai salah seorang dari AABC.

APA ITU AABC


logo AABC
Bagi mereka yang belum mengetahui apa itu #AABC. *jom admin bagitau. Ianya merupakan singkatan kepada AirAsia Blogger Community

Untuk pengetahuan korang, #AABC ini sudah lama ditubuhkan oleh pihak Air Asia sebagai satu inisiatif mereka dalam menyalurkan informasi tentang promosi, produk serta event anjuran AirAsia. Admin percaya mungkin ramai antara blogger di luar sana  tidak mengetahuinya tentang kewujudan #AABC ini. Admin berpeluang mendaftar sebagai salah seorang ahli #AABC melalui jemputan dari pihak AirAsia sendiri.

Jika korang merupakan seorang blogger dan  ingin menyertai #AABC. Rasanya boleh cuba hubungi wakil AirAsia Blogger's Community untuk meyertainya. Insyaallah, anda akan dihubungi balik oleh wakil AirAsia Blogger's Community jika anda layak.

AABC HANGOUT 2015


AABC HANGOUT 2015 ini merupakan event pertama anjuran Air Asia yang sempat admin dan rakan-rakan Projek Travel join untuk tahun 2015 ni. Ia juga merupakan event yang pertama kalinya berkongsepkan sebegini. *tidak seperti event sebelumnya

bersama keluarga besar AABC
bersama keluarga besar AABC_kredit fotoAirAsia

>> klik pada foto untuk paparan lebih jelas <<

Seramai hampir 80 orang telah hadir untuk memeriahkan event AABC HANGOUT 2015 ini. *bak kata Ashman, ramai lagi yang tak dapat hadir. Ini bermakna AABC mempunyai jumlah ahli aktif yang sangat besar. Terima kasih kepada Ashman dan team Air Asia kerana sudi menjemput admin dan rakan-rakan dari ProjekTravel untuk memeriahkan lagi event ini.

AKTIVITI AABC HANGOUT 2015


#UnlockTheFunAABC 2015 | Sepertimana yang admin bagitau tadi. AABC HANGOUT 2015 ini telah diadakan di Escape Room, Times Square, Kuala Lumpur. Dan sudah semestinya aktiviti utama kami AABC di sini adalah untuk mencari dan menyelesaikan halangan dalam ESCAPE ROOM.

Aktiviti di dalam Escape Room
Aktiviti di dalam Escape Room_kredit foto foodnframe.com

Jumlah keseluruhan adalah 18 kumpulan yang mana diwakilkan oleh 3-4 orang untuk setiap kumpulan. Escape Room, Times Square telah menyediakan 9 buah bilik yang berbeza tema seperti The Cage, The Vampire Chronicles, Gallery, Haunted House, Jungle Safari, Wonderland , Escape Malaysia, Taken,  and Heaven and Hell .


>> klik pada foto untuk paparan lebih jelas <<


>> klik pada foto untuk paparan lebih jelas <<

Setiap bilik mempunyai tahap kesukaran tersendiri. *dengar khabar bilik Heaven and Hell masih belum ada group yang mampu selesaikan.

Aktiviti tidak berhenti disini sahaja. Selepas aktiviti di Escape Room. Kami dibawa keatas untuk bermain 3 lagi permainan. Pemenang utama untuk keseluruhan telah menerima tiket kapal terbang ke Cebu tajaan  AirAsia, Airbus little die cast model aeroplane,  Escape Room Touch and Go card dan Payung dari Escape Room. Apa yang paling best, semua peserta telah menerima sehelai t-shirt dari Air Asia yang sangat menarik.


Terima kasih diucapkan kepada AirAsia dan Escape Room Berjaya Times Square untuk peluang ini.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Untung2 boleh dapat ticket flight free ye tak :-)

    BalasPadam
  2. bestnya... amboi.. kot game nya pun, apa la tgn kena ptong2 tu. geli nengok *tutup mata*

    BalasPadam
  3. Tak dapat pergi haritu. Meriah betul. Fuh!

    BalasPadam
  4. besttttt !! lama dahh x join event blogger ramai2 camni. go go AABC !

    BalasPadam