BEBEK BENGIL TERKENAL DI BALI | Tahukan anda? Bebek Bengil adalah restoran paling terkenal di Bali, Indonesia.
Kali ini, Mat Remos ingin berkongsi sedikit-sebanayak info
mengenai Bebek Bengil. Mudah-mudahan, bermanfaat untuk sesiapa saja yang
merancang untuk bercuti ke Bali, Indonesia.
RESTORAN TERSOHOR DI BALI
Bebek Bengil atau dengan nama lainnya Dirty Duck Diner merupakan salah satu restoran yang tersohor di Bali sejak tahun 1990. Bebek merujuk kepada itik manakala bengil pula bermaksud busuk/kotor. Bebek Bengil yang pertama adalah di Ubud. Selain di Ubud, Bebek Bengil juga kini membuka cawangan lain di sekitar Bali iaitu di Nusa Dua dan Plaza Amata berdekatan Garuda Wisnu Kencana (GWK). Selain itu, Bebek Bengil juga melebarkan sayap perniagaannya sehingga ke Jakarta.
Bebek
Bengil ini dipelopori oleh seorang usahawan wanita iatu Anak Agung Raka
Sueni. Menurut sejarah, Bebek Bengil diberi nama apabila itik dari sawah
padi berdekatan datang membuat kacau dan kotorkan lantai kedai makan
dengan lumpur ketika pelanggan pertama sedang menjamu selera. Ekoran
dari insiden itu, pemilik kedai makan menamakannya sebagai Bebek Bengil
dan menjadi terkenal sehinggal hari ini.
Apa
yang berbeza untuk kempat-empat restoran ini adalah lokasi. Kalau di
Ubud, kita boleh tengok pemandangan indah sawah padi. Kalau di Jakarta
pula, boleh tengok gedung. Kalau di Plaza Amata berdekatan dengan Garuda
Wisnu Kencana (GWK) Cultural Park. Manakala, Bebek Bengil Nusa Dua
menampilkan perbezaan apabila terletak persisiran pantai yang sangat
indah.
Bebek
Bengil menampilkan menu utama iaitu crispy fried duck (itik yang
digoreng garing) berserta sayur-sayuran dan sambal istimewa. Rahsia
kerangupan itik yang disediakan adalah perapan selama 36 jam dalam herba
dan rempah, direbus dan akhir sekali digoreng dalam minyak (deep-fried) sehingga garing.*memang syok makan, siap bunyi kruk krak kruk krak lagi, yummeh!*
INFO: Untuk sesiapa yang tidak makan itik, boleh order ayam goreng garing sebagai ganti.
Jadi, untuk sesiapa yang bertandang ke Bali, jangan lupa untuk mencuba Bebek Bengil. Selamat bercuti dari Mat Remos.
7 Ulasan
nice sharing
BalasPadambibik sedap tau.
BalasPadamHahahahaha, nama dia itik kotor, rupanya ambil dari kejadian itik buat kotor kat rumah. hahahah nampak sedap tu. Hehehe
BalasPadamnak tnya, adakah restaurant ini halal? :)
BalasPadamSedapnya. Walaupun dah kenyang. Tengok gambar rasa sedap.
BalasPadamalaaa nak pi Baliii.. iols tak pernah punn...
BalasPadamhalal ke ni?
BalasPadam