TARIKAN GAYA INGGERIS NIPAH GUESTHOUSE DI PULAU PANGKOR | Siapa tidak teruja bila berpeluang untuk bercuti ke Pulau Pangkor. Semua sudah sedia maklum tentang pulau ini yang terkenal sebagi salah satu destinasi percutian popular di Malaysia. Kali ini Mat Remos cukup bertuah dan berterima kasih kepada Gaya Travel dan Tourism Perak kerana sudi membawa Mat Remos untuk menikmati keindahan Pulau Pangkor ni.
Pihak Gaya Travel dan Tourism Perak |
Tapi bagi Mat Remos, anda akan lebih teruja jika berpeluang untuk menginap di suatu tempat yang cukup unik dan megagumkan. Ianya ialah NIPAH GUESTHOUSE.
NIPAH GUESTHOUSE
Untuk pengetahuan pembaca, Nipah GuestHouse ini dimiliki oleh Encik Anuar Razak. Apa yang membuatkan Mat Remos lagi teruja, ia adalah hasil titik peluh keluarga iaitu beliau dan isteri. Bak kata isterinya, suaminya mampu melakukan banyak perkara. Dialah pemilik, dialah tukang kebun, dialah tukang paip dan sebagainya. Manakala isterinya pula menjaga hal ehwal pengurusan.
Berkat usaha dan minat yang kuat, mereka telah pergi lebih jauh dan banyak mendapat penghargaan dan anugerah termasuk dari TripAdvisor. *Tahniah dari team kami untuk mereka.
Apa yang lebih menarik tentang NIPAH GUESTHOUSE ini, ia menyediakan dapur terbuka untuk pelanggannya meyediakan makanan sendiri terutama pada waktu makan pagi . Pelanggan boleh memasak dan membersihkan sendiri alatan yang mereka telah gunakan semasa sarapan.
Tidak hairanlah jika ramai pelangganya berpuas hati jika datang ke sini. Layanan dari kedua suami isteri ini sangat mesra dan meyenangkan sesiapa sahaja yang datang.
KADAR HARGA BILIK
A- Frame Cottage ( Max 2 orang termasuk kanak-kanak )
Ahad - Khamis: RM120.00 seunit / malam
Jumaat, Sabtu & Cuti Sekolah : RM150.00 seunit / malam
Musim Puncak : RM180.00 seunit / malam
Terdapat 4 unit
Menara Cottage ( Max 3 orang termasuk kanak-kanak )
Ahad - Khamis: RM180.00 seunit / malam
Jumaat, Sabtu & Cuti Sekolah : RM210.00 seunit / malam
Musim Puncak : RM240.00 seunit / malam
Hanya 1 unit
Deluxe Chalet ( Max 3 orang termasuk kanak-kanak )
Ahad - Khamis: RM150.00 seunit / malam
Jumaat, Sabtu & Cuti Sekolah : RM180.00 seunit / malam
Musim Puncak : RM210.00 seunit / malam
Terdapat 2 unit
Guesthouse ( Sehingga 6 orang termasuk kanak-kanak )
Ahad - Khamis: RM300.00 seunit / malam
Jumaat, Sabtu & Cuti Sekolah : RM350.00 seunit / malam
Musim Puncak : RM400.00 seunit / malam
Hanya 1 unit
** Sarapan rumah DIY termasuk dalam kadar harga bilik
Walaupun hanya memiliki beberapa buah bilik untuk disewakan kepada pelanggannya, mereka mempunyai sebab yang kukuh tentangnya. Apa yang mereka fokuskan disini adalah Kualiti, bukan pada Kuantiti.
Apa yang Mat Remos nak pesan. Bagi mereka yang ingin berbulan madu disini bersama pasangan anda, pastikan anda mempunyai bukti perkahwinan. Jika tidak, anda dan pasangan anda tidak dibenarkan untuk menginap di sini. (hanya untuk pasangan beragama islam)
Jika ingin bercuti disini, pastikan anda membuat booking seawal mungkin kerana ianya sentiasa penuh terutama untuk hujung minggu.
Bagi mereka yang ingin kesini dari Jeti Pulau Pangkor, mereka boleh menyewa teksi dengan kadar RM15 sebuah. (harga dari jeti pulau pangkor ke Nipah GuestHouse)
Bagi mereka yang ingin kesini dari Jeti Pulau Pangkor, mereka boleh menyewa teksi dengan kadar RM15 sebuah. (harga dari jeti pulau pangkor ke Nipah GuestHouse)
Untuk Maklumat Lanjut Boleh Hubungi :
NIPAH GUESTHOUSE
*HOME AWAY FROM HOME*
Safety, Clean, Comfort.
Anuar Abd Razak
017-5069259
Alamat :
Lot 4506,
Teluk Nipah,
32300 Pulau Pangkor,
Perak.
E-Mail :
nipah.guesthouse@gmail.com
p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)
6 Ulasan
Wah good review!
BalasPadamnice one...
BalasPadammenara cottage tu mcm menarik jer... ade kelainan skit...
BalasPadamDah 2 kali ke Pangkat. ..dan akan pergi lagi. Suka .
BalasPadamBest review ....tempat yg menarik
BalasPadamehh cantik lah pulak.. nak try lah next time.. inshaAllah..
BalasPadam