Ticker

6/recent/ticker-posts

BUFET BERBUKA PUASA BGR 2015 | BANGI GOLF RESORT


BUFET BERBUKA PUASA BGR 2015 | BANGI GOLF RESORT | bersempena bulan ramadhan tahun 2015 ini, Bangi Golf  Resort Restaurant juga ada menyediakan Buffet Ramadhan yang akan bermula pada 21 Jun 2015 sehingga 15 Julai 2015.

*sedikit info untuk pembaca. Bangi Golf  Resort Restaurant atau lebih dikenali sebagai singkatan BGR merupakan salah satu daripada hanya beberapa buah resort golf yang ada di Malaysia ini yang telah menerima perakuan Sijil Halal daripada JAKIM.

HARGA BUFFET RAMADHAN BGR MURAH


BGR akan menawarkan sehingga 200 pelbagai jenis sajian istimewa dari pelbagai citarasa iaitu masakan melayu popular, sajian barat dan masakan timur, khas untuk pelanggan mereka di bulan ramadhan ini. Apa yang lebih meyeronokkan, harga untuk bufet ramadhan ini bermula dari harga serendah RM27 untuk kanak-kanak dan RM55 untuk orang dewasa.


HIDANGAN POPULAR BUFET BERBUKA BGR

COOKING SHOWCASE : Kambing bakar boleh dikatakan akan menjadi satu hidangan signature untuk setiap buffet ramadhan. BGR juga tidak akan menghampakan pelanggangnya yang datang dengan menu Kambing Bakar Mereka. Selain dari menu Kambing Bakar, pelanggan buffet ramadhan BGR ini juga akan berpeluang untuk merasai hidangan Sup Kambing Mamak yang berada di area Cooking Showcase.

Kambing Panggang
Bagi si penggemar sate, pilihan sate daging dan ayam panas yang dihidangkan bersama kuah kacang resepi khas mereka sangat tidak menghampakan. Kway Teow Goreng dan Mee Goreng mamak juga digoreng panas di hadapan pelanggan.


WESTERN APPERTIZER : Di bahagian ini pula, pelanggan boleh menikmati jenis hidangan dengan sentuhan gastronomi istimewa seperti Krim Ayam Salai dengan Facaccia Panggang dan Sous Vide Eggs with Mushroom EspumaSous Vide Eggs with Mushroom Espuma merupakan menu signature bagi BGR untuk buffet ramadhan mereka.

Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma
Bagi pilihan masakan barat yang lain, Mat Remos mengesyorkan Beef Lasagna dan Grilled Boneless Chicken with Creamy Mushroom Sauce.

MENU UTAMA DAN MASAKAN TIMUR : Di sini hidangan paling popular ada menanti korang. Butter Prawns, Teriyaki Chicken, Black Papper Beef, Fish Fillet dengan Sos Serai, Sambal Sotong Kembang, Ayam Masak Ros, dan Rendang Daging Taik Minyak.

Butter Prawns
Teriyaki Chicken
Fish Fillet dengan Sos Serai
Black Papper Beef


"Live Station" SPANISH CHURRO DENGAN KUAH COKLAT YANG PEKAT : Di sudut ini, BGR ada menyediakan juadah manis sebagai pencuci mulut. pelbagai kuih muih, puding, agar-agar dan buah-buahan tropika dan  tempatan . pilihan popular gaya barat juga ada tersedia untuk anda seperti Italian Tiramisu, Chocolat Eclair, Blueberry cheese Cake, Red Velvet cake, Young Coconut Jelly, Creme caramel, Mix Berry panna Cotta dan ciptaan eksotik terkini mereka di BGR untuk tahun 2015 iaitu Infused Chocolate Ganache Tarlet.

Dihiburkan dengan alunan muzik melayu asli tradisional
Bufet Ramadhan BGR tahun ini sekali lagi membawa konsep dapur terbuka. Selain dari itu, tetamu yang datang akan dihiburkan dengan alunan muzik melayu asli tradisional yang akan didendangkan secara live oleh kumpulan kugiran dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari.


KEMUDAHAN PARKING DAN SURAU : BGR ada menyediakan sebanyak 800 lot parking secara percuma kepada pelanggan mereka. Kemudahan surau lelaki dan wanita juga disediakan untuk keselesaan semua tetamu mereka.


TEMPAHAN : Untuk tempahan dan pertanyaan, korang boleh menghubungi Pn. Luliy Shalwanidi talian 0162678284 /  0169645544 atau email bgrrestaurant@gmail.com.



LOKASI :

Bangi Golf Resort Restaurant Sdn. Bhd
No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor.

Telephone :
03-8925 3728; 03-8210 0265 
Fax :
03-8925 3727; 03-8925 3726
E-mail: 
bgb.bangigolf@gmail.com

Kooerdinat GPS :
2.95716N, 101.76518E

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. dah mula dah promotion bufet berbuka puasa, boleh dilihat dimana mana skrg :-)

    BalasPadam
  2. BGR mmg antara bufet ramadhan yang terbaik dengan harga yang sangat berpatutan. Segala jenis makanan, sedap dan melimpah ruah. BSelesa dan menghiburkan dgn alunan suara kumpulan tradisional. Sehingga ke penghujung waktu, makanan terus dihidangkan tanpa had. Cuma satu yang kurang memuaskan, dari segi pelayan yang kurang rajin untuk mengemaskan pingganmangkuk yang penuh di atas meja.

    BalasPadam
  3. Lokasi yang agak jauh nak terjah makan di sana. Tapi mana lah tahu...kot tersinggah .

    BalasPadam