Ticker

6/recent/ticker-posts

BUFET BERBUKA PUASA RESTORAN REBUNG CHEF ISMAIL 2015

BUFET BERBUKA PUASA RESTORAN REBUNG CHEF ISMAIL 2015 | Bagi mereka yang membesar dan berasal dari kampung dan kini menetap di bandar, sudah semestinya akan terlalu merindui masakan asli kampung yang dimasak oleh ibu dan nenek mereka. Bukan senang untuk mencari masakan melayu asli di kota besar seperti Kuala Lumpur ni untuk dijadikan juadah berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Perasmian Bufet Ramadhan Restoran Rebung
Tapi, ianya tidak mustahil jika di Restoran Rebung milik Chef Selebriti terkenal iaitu Dato' Chef Ismail Ahmad yang beroperasi di Bangsar ini. Sempena bulan ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, Restoran Rebung Chef Ismail akan menyediakan pelbagai pilihan juadah berbuka puasa gaya kampung yang bertemakan "Masakan Nenda" untuk para pelanggangnya.

HARGA BUFET BERBUKA RESTORAN REBUNG



Dengan harga RM75.00 + untuk seorang dewasa dan RM 48.00 + untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun, pelanggan berpeluang untuk merasai makanan gaya kampung yang sudah semestinya boleh megimbau kembali suasana kampung halaman masing-masing.


MENU BUFET BERBUKA RESTORAN REBUNG



Ayam Percik, Sambal Udang, Daging Salai Masak Lemak
Ayam Percik, Sambal Udang, Daging salai Masak Lemak
Antara senarai menu hidangan utama untuk bufet berbuka puasa di Restoran Rebung ini seperti Nasi Tomato, Nasi Minyak, Nasi Briyani, Nasi Nasi Kerabu disamping lauk pauk yang sangat sedap seperti Daging Salai, Daging Gulai Kawah, Ayam Percik, Ikan Patin Tempoyak, Rebung Perut, Asam Pedas, dan banyak lagi.

Nasi Kerabu
Nasi Kerabu
Ketupat Sotong
Ketupat Sotong
Terdapat juga hidangan menarik seperti rojak buah, murtabak, cucur bawang, roti jala dan sebagainya. Bagi pencuci mulut pula terdapat Pulut Durian *mesti cuba , Pengat Pisang, Aneka Bubur, Badak Berendam dan kuih muih tradisional yang lain.

Pulut Durian
Restoran Rebung juga menyediakan tempahan biskut raya untuk dijadikan buah tangan atau dibawa balik ke kampung halaman pada lebaran yang bakal tiba. 

Bergambar bersama Dato' Chef Ismail
Bersama rakan blogger
"Takeaway Food" - dari jam 3.00 petang sehingga 5.30 petang.


RESTORAN REBUNG
4-2, Lorong Maarof,
Bangsar Utama,
59000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Malaysia

+60 3-2283 2119

Website : www.restoranrebungdatochefismail.com

Itu sahaja perkongsian Mat Remos kali ini. InshaAllah banyak lagi yang kami ingin kongsikan kepada anda semua. Semoga projektravel ini menjadi sumber inspirasi anda :D


p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Nama Chef dan Kedainya memang tersohor,hanya belum berkesempatan nak mencuba rasa keenakkan air tanganya. Kena pecah tabung ayamlah....

    BalasPadam
  2. rupanya restoran ni milik chef ismail,baru tahu.....

    BalasPadam
  3. RM75 tu maknanya lebih murah la kan berbanding buffet di PICC

    BalasPadam