KEUNIKAN SENADO SQUARE DI MACAU | SENADO SQUARE atau Senate Square atau dalam bahasa Portuguese "Largo do Senado" merupakan salah satu tempat yang paling ramai dikunjungi pelancong di Macau. Lantai dan jalan dibuat dari batu berpola gelombang yang sangat cantik. Bangunan-bangunan yang ada di sekitar sana merupakan peninggalan dan melambangkan budaya Portugis.
Dataran luas dengan air pancut yang berada di tengah-tengah dataran itu dulunya kerap digunakan oleh pemerintah kolonial untuk menunjukkan kekuatan dan kekuasaan mereka.
Untuk pengetahuan pembaca, SENADO SQUARE terletak di daerah pusat semenanjung Macau. Kawasan ini memiliki luas lebih kurang 3.700 meter persegi. Pada tahun 2005 SENADO SQUARE telah rasmi diiktiraf masuk ke dalam warisan dunia UNESCO.
Senarai Hotel Berdekatan Senado Square
Apa yang menarik mengenai Macau ni, keadaan sekitarnya yang bersih. Begitu juga di SENADO SQUARE, bersih dan bebas dari sebarang kenderaan serta kerusi-kerusi yang disediakan di sekitar dataran tersebut menjadikan SENADO SQUARE ini sebagai syurga bagi pejalan kaki. Mengikut sejarah, SENADO SQUARE telah dibangunkan pada 1918 untuk menghubungkan Praira Grande dengan pelabuhan.
Disini, pelancong tidak perlu takut sesat kerana dengan adanya bantuan tanda arah seperti diatas ia sangat membantu pelancong untuk bersiar-siar disekitar ini.
Bagi mereka yang sukakan tempat untuk shopping, SENADO SQUARE ini merupakan tempat yang paling sesuai untuk dikunjungi. Bangunan yang berada di bahagian kanan kiri dataran kebanyakan adalah restoran, kedai menjual pakaian dan cenderamata. Sebahagian kedai-kedai di sini biasanya hanya beroperasi dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.
Banyak kedai yang menjual pastry dan pelbagai makanan.Awas dengan makanan yang tidak halal.
Kedai cenderamata biasanya korang boleh jumpa di bahagian lorong-lorong di sekitar SENADO SQUARE .
Kami cukup bertuah kerana telah berjumpa dengan seorang gadis dari Indonesia. Beliau sudah menetap di Macau selama 9 tahun dan fasih berbahasa tempatan. Beliau telah membawa kami untuk membeli barangan cenderahati di salah sebuah kedai pilihannya yang dikatakan berharga murah.
Dengan bantuan beliau juga, kami dapat mencari restoran makanan halal yang berada di sekitar SENADO SQUARE .
Berikut merupakan pemandangan pada waktu malam disekitar SENADO SQUARE yang boleh korang nikmati.
Sepanjang 3 hari 2 malam kami di Macau. Kami telah ke sini sebanyak 3 kali. Ini menunjukkan bahawa tempat ini sangat mempunyai daya tarikan yang begitu hebat untuk kami. Admin yakin bahawa kunjungan untuk kali pertama ke sini akan membuatkan korang rasa ingin kembali lagi ke sini.
Banyak tempat menarik yang boleh korang lawati disekitar SENADO SQUARE seperti :
Macau Museum
Ruins of St. Paul
St. Anthony’s Catholic Church
Camoes Garden (Jardim de LuÃs de Camões)
Lou Kau Mansion (Casa de Lou Kau)
St. Domingo’s Church (Igreja de São Domingos)
Untuk ke sini korang boleh megambil bas 3, 3A, 4, 8A, 10, 10A, 11, 18, 19, 21A, 26A, 33 bas ke the Av. De Almeida Ribeiro (San Ma Lo).
p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)
3 Ulasan
Awesome night view there!
BalasPadamNext trip, boleh lah saya letak dalam list ni.. hehe
BalasPadamfuhh..
BalasPadambest la korang. Dapat gi macau lagi tu.