Ticker

6/recent/ticker-posts

RESTORAN MAKANAN HALAL DI MACAU

RESTORAN MAKANAN HALAL DI MACAU | Makanan dan minuman merupakan salah satu perkara asas yang perlu sentiasa ada untuk manusia tidak kira dimana sahaja kita berada. Apa yang menjadi masalahnya jika travel ke sesebuah negara dimana jumlah peratusan orang islam nya sedikit. Maka susahlah untuk kita untuk mencari makanan halal

RESTORAN MAKANAN HALAL DI MACAU

“Ketahuilah bahwa suapan haram jika masuk dalam perut salah satu dari kalian, maka amalanya tidak diterima selama 40 hari.” (HR.Thabrani)

Untuk entry kali ini Mat Remos ingin berkongsi tentang pengalaman kami mencari Makanan Halal di Macau pada tempoh hari.

PERSEDIAAN MAKANAN HALAL DARI MALAYSIA


Memandangkan kami tidak mempunyai persediaan yang secukupnya untuk ke bumi Macau dan ianya sekadar berani redah. Kami telah megambil keputusan untuk membawa makanan ringan seperti roti, meggi dan biskut secukupnya untuk 3 hari 2 malam dari Malaysia.

MAKANAN HALAL DARI MALAYSIA

Seperti yang telah diduga oleh kami, banyak restoran yang berada di sekeliling kami tetapi semuanya restoran yang tidak menyediakan Makanan Halal. Tapi, ada sebuah restoran yang ada meletakkan tanda HALAL pada papan tanda kedai mereka. Cuma kami was-was apabila melihat pekerja dan makanan yang mereka sediakan. 

Masalah timbul bila susah untuk berkomunikasi dengan warga tempatan kerana mereka tidak tahu bebahasa English. 2 hari kami cuma mampu makan makanan yang kami bawa dari Malaysia. Tetapi pada hari terakhir kami di Macau. Allah telah perkenankan doa kami untuk makan di Restoran Halal di bumi Macau ni.

RESTORAN MAKANAN HALAL DI MACAU


Semasa kami ke sebuah kedai yang menjual baju di sekitar Senado Square, kami telah bertemu dengan seorang hamba Allah yang datangnya dari Indonesia iaitu saudari Yanie. Beliau sudah berada di Macau ini selama 9 tahun sehinggakan beliau fasih berbahasa tempatan. *teruja bila gadis berbangsa Indonesia, bertudung labuh fasih berbahasa tempatan


Nasib kami baik bila beliau sudi untuk membawa kami ke salah sebuah restoran makanan halal di sekitar itu. Restoran Makanan Halal tersebut hanya memakan masa hanya beberapa minit berjalan kaki dari Senado Square. Mungkin susah untuk jejak kembali lokasi restoran ini jika dari Senado Square.

RESTORAN MAKANAN HALAL DI MACAU

Restoran Makanan Halal yang Yanie tunjukkan ini merupakan restoran makanan Indonesia yang mana tukang masak dan pelanggannya juga ramai dari Indonesia. Menu utama disini adalah nasi campur, bakso dan macam-macam lagi, yang sudah semestinya halal.

MAKANAN HALAL DI MACAU

Lunch kami disini berharga HKD 24 (2 x tea o ice) + HKD30 (Nasi Campur Ayam) + HKD35 (Nasi Campur Ikan) . Korang boleh kira sendiri bila matawang HKD itu 2 x duit RM. Jadi jika di kira, air tea o ice sahaja sudah mencecah RM 6 segelas. *Omaigod!! huhu


Tapi kami puas hati kerana dapat mencuba dan sekurang-kurangnya dapat berkongsi pengalaman dengan korang. Jadi kalau ditanya pendapat kami, seeloknya korang bawa je bekalan makanan Halal dari Malaysia. Sekurang-kurangnya dapat reduce cost korang travel. Insyaallah.

[LOKASI] Bagi mereka yang ingin makan di restoran ni korang boleh cari landmark Ponte 16. Jika dari sana cuma berjalan terus beberapa minit di celah lorong untuk sampai ke restoran ni. Insyaallah.

p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Betul...Kalau travel tak lama boleh bawa bekal. Kalau lama hanya mampu bertahan seketika saja. Tetiba teringat kami make buoh timun cino maso naik motor utara Vietnam.

    BalasPadam
  2. wah.......sedap nampak menu....

    BalasPadam
  3. boleh tau alamat restauran ini dimana yah? saya rencana hendak ke macau beberapa bulan lagi.

    BalasPadam
  4. saya bulan september akan berangkat ke maccau, boleh tahu alamat restaurant ini? buka jam berapa?

    BalasPadam