Ticker

6/recent/ticker-posts

KENYIR ELEPHANT VILLAGE TARIKAN TERBARU DI TASIK KENYIR




KENYIR ELEPHANT VILLAGE TARIKAN TERBARU DI TASIK KENYIR | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog Projek Travel yang dikasihi sekalian. Pada kali ini Mat Remos ingin kongsikan dengan anda semua satu destinasi menarik yang ada di negeri Terengganu atau lebih tepat lagi di Tasik Kenyir.

Semua sudah sedia maklum bahawasanya Tasik Kenyir merupakan tasik buatan yang terbesar di Malaysia. Terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan di sini. Namun tahukah anda satu destinasi pelancongan dan pembelajaran terbaru telah diwujudkan di sini iaitu Kenyir Elephant Village (KEV).


Kenyir Elephant Village ini terletak di Sungai Telemong Tasik Kenyir iaitu di daerah Hulu Terengganu dengan keluasan 256.00 hektar. Untuk makluman semua, gajah di sini merupakan spesis original yang berasal dari Negeri Teregganu itu sendiri! Ini adalah salah satu usaha dan kaedah kerajaan negeri untuk mengelakkan gajah kita dari diancam kepupusan. Gajah di Semenanjung Malaysia dianggarkan hanya tinggal 1500 ekor sahaja lagi.

AKTIVITI DI KENYIR ELEPHANT VILLAGE

Terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan di Kenyir Elephant Village ini. Antara aktivitinya ialah menonton persembahan gajah-gajah, menunggang gajah, meniti jambatan gantung dan juga aktiviti memandikan gajah.

Jambatan gantung


Bagi slot menonton persembahan gajah, terdapat pelbagai aksi yang ditunjukkan oleh gajah-gajah ini, antaranya aksi tunduk hormat, aksi panjat belakang, tarik balak dan pelbagai lagi aksi yang menarik.*jaga-jaga kerana anda mungkin kebasahan disembur oleh gajah-gajah ini!




Untuk makluman semua, gajah-gajah ini dilatih oleh para jurulatih gajah pakar dari Thailand. Di samping itu juga terdapat jurulatih tempatan supaya latihan gajah ini mendapat sentuhan jurulatih tempatan. Gajah-gajah di sini terdapat 3 jenis iaitu gajah liar, gajah separa liar dan juga gajah jinak. Gajah yang masih liar dirantai manakala yang sudah jinak dipersembahkan kepada penonton.
  
CARA KE KENYIR ELEPHANT VILLAGE

Untuk sampai ke sini para pelancong bolehlah menggunakan Lebuhraya Pantai Timur dan menuju ke Tasik Kenyir. Jika anda ingin menggunakan laluan udara, anda boleh mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu dan menggunakan teksi ke sini. Laluan trafik yang tidak terlalu sesak pastinya melancarkan perjalanan anda.

Harga bayaran yang dikenakan untuk pengunjung Kenyir Elephant Village ini ialah :

  • # RM50 untuk dewasa 
  • # RM30 untuk kanak-kanak. 
  • # Pelancong asing pula dikenakan bayaran sebanyak sekali ganda

Kenyir Elephant Village ini dibuka setiap hari dari 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Jadi rancang perjalanan anda dan pelajari mengenai hidupan gajah di sini.


Artikel ini ditulis oleh : 

Awir Nawawi 
Blog: www.amirnawawi.com
Twitter: @amir_nawawi
Instagram: @amir_nawawi

Gaya Travel Magazine


Web : http://www.gayatravel.com.my/


Tourism Terengganu


Web : http://tourism.terengganu.gov.my/

Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu,
Tingkat 9, Wisma Darul Iman, 
20503 Kuala Terengganu, 
Terengganu Darul Iman 

Tel : 09-623 1957

Itu sahaja perkongsian Mat Remos kali ini. InshaAllah banyak lagi yang kami ingin kongsikan kepada anda semua. Semoga projektravel ini menjadi sumber inspirasi anda :D


p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Lebih kurang sama dengan lokasi di Kuala Gandah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kuala gandah di laluan jln lama menghala ke felda mempaga,keluar tol lancang

      Padam