Kepelbagaian hidangan masakan exotik di Restoran Lembah Bernam |
RESTORAN MAKANAN EXOTIK DAGING RUSA DAN LANDAK DI SELANGOR | Malaysia, cukup terkenal dengan kepelbagaian makanan dan masakan yang enak dan sedap. Dan jangan terkejut jika ada sebahagiannya merupakan hidangan makanan exotik seperti daging rusa dan landak.
Dalam program Eat.Travel.Write Selangor Culinary Adventemosure yang lepas, Mat Remos telah berkesempatan untuk merasai sendiri beberapa hidangan exotic yang popular di Sekincan ni. Ianya ada di di RESTORAN LEMBAH BERNAM. Restoran ini ada menyediakan hidangan makanan exotik yang halal dimakan oleh orang islam.
Temuramah bersama pemilik Restoran Lembah Bernam |
RESTORAN LEMBAH BERNAM | Jika ada diantara pembaca blog ini juga merupakan penggemar makanan exotik. Jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke RESTORAN LEMBAH BERNAM yang mana ianya berada di daerah Sekincan.
Hidangan rendang daging landak dan daging rusa lada hitam |
Antara hidangan yang cukup popular di RESTORAN LEMBAH BERNAM ini ialah hidangan daging rusa dan daging landak. Bagi mereka yang pertama kali kesini mungkin agak pelik dengan hidangan seperti ini, tambah-tambah dengan hidangan daging landak.
Mat Remos tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri masakan daging rusa dan daging landak disini. Daging rusa mungkin ada persamaan rasa dengan daging lembu, tetapi daging landak ia cukup berbeza kerana ianya keras sedikit dan bertulang.
Hidangan Ayam Kampung, Ikan Sungai, Udang Galah |
Mereka juga ada menghidangkan daging arnab, burung puyuh, belut dan macam-macam lagi.
Brian _vlogger thetravelvlogger.com |
makanan yang cukup menyelerakan |
Makan sambil berkongsi cerita |
Semua berpuas hati dengan masakan yang di hidangkan |
___________________________________
Alamat :
RESTORAN LEMBAH BERNAM
RESTORAN LEMBAH BERNAM
Jalan Main Canal,
45400 Sekincan,
Selangor, Malaysia
Waktu Operasi :
Isnin - Khamis:
11:00 am - 5:00 pm
Sabtu - Ahad:
11:00 am - 5:00 pm
Jumaat :
cuti
No Telefon :
+60192133665
Facebook :
www.facebook.com
3 Ulasan
Bagus. Tau laa ada tempat sediakan landak. Hubby minat tu.
BalasPadamfuh..Sedapnyaaa daging landak... lama dah tak makan rendang landak..
BalasPadamBulan puasa bila tengok gambar pun menyebabkan akak menelan air liur berkali-kali.
BalasPadam