Ticker

6/recent/ticker-posts

JADUAL DAN TAMBANG ETS KE PADANG BESAR

Jadual dan tambang ETS ke Padang Besar | Terkini, perkhidmatan ETS dari KL ke Padang Besar telah pun beroperasi mulai 11 Julai 2015 (Sabtu). Nampaknya, keputusan untuk memulakan operasi ETS daripada pihak KTMB sedikit sebanyak membantu rakyat Malaysia untuk pulang beraya ke Utara tanah air. Sehubungan dengan itu, Mat Remos teruja untuk berkongsi beberapa  info penting berkaitan ETS Kuala Lumpur ke Padang Besar dengan semua pembaca terutamanya tentang jadual ETS dan tambang ETS untuk memudahkan anda semua membuat perancangan sebaiknya.


ETS Kuala Lumpur - Padang Besar
Credit: www.virtualmalaysia.com

Buat masa ini, perkhidmatan ETS Kuala Lumpur ke Padang Besar akan berhenti di 15 buah stesen iaitu KL Sentral, Tanjung Malim, Tapah Road, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, Bukit Mertajam, Butterworth, Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Star, Arau dan Padang Besar 


Satu info penting yang Mat Remos nak kongsi di sini adalah tentang jadual ETS Kuala Lumpur - Padang Besar dan Padang Besar - Kuala Lumpur. Tren dari Kuala Lumpur ke Padang Besar akan berlepas pada jam 9.30 pagi dan tiba pada jam 3 petang manakala dari Padang Besar ke Kuala Lumpur pula akan berlepas pada jam 4 petang dan tiba pada 9.15 malam. Berikut merupakan jadual penuh perjalanan untuk rujukan anda semua!


Jadual ETS Kuala Lumpur - Padang Besar

Station
EG9208
KL Sentral
9:30 AM
Tanjung Malim
10:32 AM
Tapah Road
11:08 AM
Kampar
11:17 AM
Ipoh
11:39 AM
Kuala Kangsar
12:05 PM
Taiping
12:24 PM
Parit Buntar
12:51 PM
Bukit Mertajam
1:05 PM
Butterworth
1:28 PM
Bukit Mertajam
1:38 PM
Sungai Petani
1:57 PM
Alor Setar
2:24 PM
Arau
2:42 PM
Padang Besar
3:00 PM


Jadual ETS Padang Besar - Kuala Lumpur

Station
EG9209
Padang Besar
4:00 PM
Arau
4:15 PM
Alor Setar
4:31 PM
Sungai Petani
4:56 PM
Bukit Mertajam
5:15 PM
Butterworth
5:38 PM
Bukit Mertajam
5:47 PM
Parit Buntar
6:00 PM
Taiping
6:25 PM
Kuala Kangsar
6:40 PM
Ipoh
7:07 PM
Kampar
7:26 PM
Tapah Road
7:36 PM
Tanjung Malim
8:10 PM
KL Sentral
9:15 PM


Tambang ETS Kuala Lumpur Padang Besar

Harga tiket sehala dari Kuala Lumpur-Padang Besar atau Padang Besar-Kuala Lumpur ialah RM80.


 Info Penting

  1. Bagi perkhidmatan tren ETS Transit Ipoh-Butterworth-Padang Besar dan sebaliknya yang telah bermula pada 10 Julai lepas akan berhenti di semua 24 stesen.
  2. Sepuluh stesen hentian baharu diperkenalkan iaitu Anak Bukit, Bukit Ketri, Bukit Tengah, Kamunting, Kobah, Kodiang, Padang Rengas, Simpang Ampat, Tasek dan Tasek Gelugor.
  3. Tiket tren Ipoh ke Butterworth adalah RM23 manakala Butterworth ke Padang Besar adalah RM21.
  4. Waktu laluan Ipoh-Butterworth adalah (5 pagi-6.50 pagi), Butterworth-Padang Besar (7.30 pagi-9.15 pagi), Padang Besar-Butterworth (2 petang-3.45 petang) dan Butterworth-Ipoh (5 petang-6.50 petang).
  5. Buat permulaan, KTM Berhad hanya menyediakan satu perkhidmatan tren untuk setiap arah bagi kedua-dua perkhidmatan ETS dan kekerapan tren akan ditambah apabila tren-tren ETS yang baharu mula beroperasi.

Sumber: Berita Harian

Untuk urusan pembelian dan tempahan tiket serta sebarang maklumat lanjut boleh hubungi:
Website:
www.ktmb.com.my 
Talian:
1-300-88-5862. 


Semoga perkongsian kali ini sedikit-sebanyak membantu anda semua dalam merancang perjalanan ke destinasi yang dituju. Jangan lupa, follow instagram @ProjekTravel dan kongsikan info menarik serta gambar perjalanan anda menaiki ETS dengan menggunakan hashtag #ProjekTravel, #SahabatPT dan #InfoSahabatPT.

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. makin mudah...org KL nak shopping kat oadang besar, balik hari pun boleh :-))

    BalasPadam
  2. Lepasni mudah la nak ke padang besar

    BalasPadam
  3. Zumal nak shopping kat KL dari Perlis. :)

    BalasPadam
  4. Sebelum keluar jadual lagi akak dah teruja. Dalam kotak fikiran dah plan macam-macam. Dan akhirnya,insyaallah akan guna perkhidmatan ini pada masa akan datang.

    BalasPadam
  5. Boleh cub atravel KL - Langkawi guna ETS ni

    BalasPadam
  6. better book awal-awal especially peak season..
    nak mudah, boleh book online. Boleh refer website KTM

    BalasPadam
  7. perjalanan ets dari pdg besar ke kl sentral, takde pada waktu malam atau lewat petang ke?

    BalasPadam
  8. Saya dari johor ....anyone boleh rekmen pjlnn ets, hotel & tpt2 mnarik di padang besar....tqvm

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ets, better ambil bas dari johor ke TBS.

      ETS boleh naik dari kl sentral

      Padam
  9. Mcm teringin lak ak try naik ETS..

    BalasPadam
  10. buleh le try nak gi Perlis minggu depan..ehee

    BalasPadam
  11. Ada pakej lawatan untuk pelajar sekolah mengunakan ETS?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk pakej group trip, boleh follow Instagram atau facebook Oh Jalan. Nanti dorang boleh plan untuk group trip dalam dan luar negara :)

      Padam
  12. Padang rengas ke padang besar berapa

    BalasPadam
  13. harga tiket dari tasek gelugor ke pdg besar berapa

    BalasPadam
  14. Harga tiket dr KL sentral ke Alor Star

    BalasPadam