Lebuhraya Pantai Timur |
Untuk pengetahuan semua, Lebuhraya Pantai Timur ini dikenali dengan nama singkatan iaitu LPT E8 adalah salah satu daripada jaringan lebuhraya yang terus menghubungkan pantai timur dan pantai barat di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan sambungan kepada Lebuhraya Karak yang bermula dari Karah hingga ke Kuala Terengganu.
Selain itu, kos pembinaan LPT ini ialah RM3 bilion dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2012 dan panjangnya 183km dan mempunyai 10 plaza tol yang telah diumumkan oleh Pengerusi Jawantankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri,Yahya Khatib Mohamad pada 27 April 2010 lalu.
Persimpangan di LPT |
Sedikit informasi bagi pengguna lebuhraya:-
- Lebuhraya Pantai Timur mempunyai 350km (217 batu)
- 4 lorong bermula daripada tamatnya Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Persimpangan Karak,Pahang melalui Lanchang,Mentakab,Temerloh,Chenor,Maran, Sri Jaya, Gambang, Kuantan, Jabor,Chenih,Chukai,Kijal,Kerteh,Paka,Dungun,Bukit Besi,Ajil,Temelong dan tamat di Chendering berdekatan dengan Kuala Terengganu,Terengganu
Adakah dengan adanya laluan ini, pengguna jalan raya lebih selesa dan menjimatkan masa? Dengar kata ada pengguna lebuhraya ini mengeluh kerana Tol di laluan ini sangat mahal? Renung-renungkanlah..Mat Remos pun sebenarnya tak sabar nak tunggu Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 siap di mana laluan tersebut bermula dari Kuala Terengganu - Pengkalan Kubor. Oh,dengar cerita setiap laluan LPT ini ada pemandangan cantik, inshaAllah satu hari akan cuba lalu LPT :)
Apapun, kita kena bersyukur dengan kesenangan ini dan berhati-hati semua semasa pulang ke kampung,jangan lupa untuk membuat pemeriksaan ke atas kenderaan anda. Semoga perjalanan pulang beraya ini dalam keadaan yang selamat dan ingatlah orang yang tersayang. Jangan lupa gunakan hashtag #ProjekTravel dimana-mana media sosial. Selamat pulang ke kampung semua dan selamat hari raya dari kami Team Projek Travel :)
Sumber dari: Facebook dan Wikipedia
2 Ulasan
Selamat Hari Raya semua. Utamakan keselamatan ketika pemanduan kalian. Kemudahan disediakan untuk kesenangan dan kita gunakan sebaik-baik mungkin.
BalasPadambanyak kemalangan sejak kebelakangan ini. adakah ini LPT2
BalasPadam