Ticker

6/recent/ticker-posts

HOTEL CONCORDE PILIHAN HOTEL BERTARAF DUNIA

HOTEL CONCORDE KUALA LUMPUR | , di tengah kesibukan Bandaraya Kuala Lumpur. Tersergam indah di kota metropolitan Kuala Lumpur, Hotel Concorde merupakan hotel mewah bertaraf empat bintang jenama Malaysia yang bertaraf dunia. Antara hotelmewah yang tertua di Kuala Lumpur, Hotel Concorde Kuala Lumpur membuka pintunya pada September 1992.


Sering menjadi tumpuan “business traveler” and juga komuniti elit di ibunegara kerana lokasinya yang terletak di tengah tengah kesibukan Kuala Lumpur dan berhampiran dengan pusat tarikan pelancong seperti Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Pavilion Kuala Lumpur. Suria KLCC dan banyak lagi. Hotel Concorde mempunyai 581 bilik mewah yang mana 130 bilik nya merupakan bilik premier dan premier executive. 


Kesemua bilik-biliknya diberi sentuhan gaya kontemporari moden bagi memenuhi keselesaan setiap tamu yang datang. Selaras dengan statusnya, setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan teknologi moden yang merangkumi internet wi-fi, TV LCD dan bermacam lagi. 

Kelebihan diberikan buat mereka yang memilih untuk menginap di bilik Premier atau Premier Executive. Antara kelebihan yang diberikan adalah pengangkutan percuma dari lapang terbang KLIA, daftar masuk privasi di “Premier Check-In Lounge”, sajian sarapan harian dan penggunaan “Premier Fitness Centre”.

Melting Pot Restaurant
Bagi tujuan menjamu selera dan hiburan pula, beberapa restoran juga terdapat di hotel ini. Antara yang popular di kalangan warga Kuala Lumpur adalah “Melting Pot Restaurant” terletak di aras lobi hotel Concorde. Melting Pot menyajikan menu “Asian and Continental” untuk sarapan, makan tengahari dan malam, di Melting Pot juga menyajikan makanan lewat malam. Pada hari Jumaat hingga Ahad, menu makanan lewat malam yang di tawarkan adalah “steamboat”. Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan “live music” oleh kumpulan Batak dari Indonesia.

Restoran Cina
Di hotel Concorde Kuala Lumpur juga terdapat juga restoren Cina iaitu Xin Cuisine Chinese Restoren. Menyajikan masakan kantonese dan juga dimsum Hong Kong untuk makan tengahari dan malam pada setiap hari.

Fitness Centre
Selain kolam renang dan juga “Fitness Centre”, hotel Concorde turut dilengkapi dengan ruangan mesyuarat buat pelbagai kegunaan. Ia juga sering menjadi pilihan untuk penganjuran acara-acara besar seperti perkahwinan dan seumpamanya. 



Dengan setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan, Hotel Concorde Kuala Lumpur semestinya sesuai menjadi tempat penginapan samada untuk tujuan perniagaan atau sekadar bercuti bersama keluarga. Sekiranya berpeluang ke Kuala Lumpur, bermalamlah di Concorde Kuala Lumpur kerana pengalamannya tidak akan anda lupakan.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. wow!banyak2 hotel mewah kat KL, concorde tak penah dok lagi

    BalasPadam
  2. Mewahnya. Bilalah peluang nak menginap disini....

    BalasPadam
  3. bila la dapat merasa hotel mewah :)

    BalasPadam
  4. kalau dapat menginap di sini memang best....mesti puash hati dengan kemudahan yang ada setanding dengan harganya....

    BalasPadam