Ticker

6/recent/ticker-posts

RUMAH PANJANG BIDAYUH DI MONGKOS | HOMESTAY POPULAR SARAWAK

RUMAH PANJANG BIDAYUH DI MONGKOS | Sepertimana yang kita ketahui bahawa Negeri Sarawak merupakan negeri yang mempunyai paling banyak kaum. Salah satu diantaranya adalah kaum Bidayuh. 

KAUM BIDAYUH | Masyarakat Bidayuh adalah salah satu suku yang terbesar di Sarawak dengan lebih daripada 150,000 ahli. Masyarakat Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri daripada empat pecahan etnik iaitu:
1# Selakau/Lara (Daerah Lundu)
2# Jagoi/Singai (Daerah Bau)
3# Biatah (Daerah Kecil Padawan)
4# Bukar/Sadong (Daerah Serian)
5# Kuching Tengah / Bidayuh Baru / Bidayuh Moden (Kawasan Tengah Antara Padawan Dengan Bau)
Pada zaman dahulu suku kaum Bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya penempatan rumah panjang masyarakat Bidayuh terletak jauh di kawasan pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh. Pada masa sekarang, oleh kerana kedudukannya mereka yang dekat dengan ibu kota Kuching , maka sebahagian besar daripada mereka tidak lagi hidup di rumah panjang iaitu rumah tradisional bagi masyarakat mereka.

RUMAH PANJANG BIDAYUH | Mat Remos agak bertuah kerana berkesempatan melawat salah satu rumah panjang tradisional Bidayuh semasa mengikuti program Jom Jelajah Koperasi Sarawak 2015 .

Rumah Panjang Kampung Mongkos
Rumah Panjang Kampung Mongkos
Rumah panjang ini terletak di tengah-tengah Kampung Mongkos, dan rumah panjang Bidayuh ini merupakan rumah panjang yang terbaik dipelihara di Sarawak. Oleh kerana hampir semua rumah panjang di sebelah sempadan Indonesia telah digantikan dengan rumah kampung biasa, maka di kampung ini mungkin adalah tempat terakhir di mana anda masih boleh melihat rumah panjang Bidayuh yang besar dan berfungsi.

Penghuni rumah panjang Masyarakat Bidayuh di Kampung Mongkos
Penghuni rumah panjang Masyarakat Bidayuh di Kampung Mongkos
Rumah panjang ini dikatakan siap dibina pada tahun 1959 dan mengambil masa selama enam tahun untuk dibina. 

Lantai di bahagian luar rumah panjang Bidayuh
Lantai di bahagian luar rumah panjang Bidayuh
Kayu daripada asas-asas yang dikenali sebagai iron-wood digunakan bertujuan untuk kekuatan dan ketahanan, manakala sebahagian besar lantai itu dibuat daripada buluh kering yang perlu diganti setiap tahun. Rumah panjang ini adalah 483 kaki panjang, dan terdiri daripada 24 buah rumah sebelah menyebelah.

3 bahagian luar rumah panjang Bidayuh
Kita boleh lihat sendiri rumah panjang tradisional ini. Rumah panjang masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik utama, awah dan tanju. 
Bilik utama dapat kita samakan dengan ruang utama kediaman pada masa sekarang. Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti gong, tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di kala malam hari.
Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang masyarakat Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah rumah pada masa ini. Di "awah" masyarakat Bidayuh menjalankan aktiviti aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual, membuat peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai dan sebagainya.
"tanju" pula adalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat Bidayuh. Bahagian tanju agak terdedah dan lazimnya ia tidak bertutup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan untuk menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada, jagung dan sebagainya.
Rumah panjang di Kampung Mongkos ini telah ditambah dengan ruangan dari bata beberapa dekad yang lalu. Rumah panjang ini juga mempunyai elektrik dan siling dek utama telah dicat dengan bendera Borneo, dan kawasan ini adalah di mana tarian dan perayaan berlangsung.

Rumah panjang ini dikatakan antara rumah panjang yang masih hidup di Sarawak selain Kampung Benuk dan Kampung Annah Rais.

ADAT MEYAMBUT TETAMU | Kehadiran rombongan kami ke rumah panjang mereka sangat di sambut baik dengan penuh adat tradisi mereka.

Upacara diketuai oleh Ketua Rumah Panjang
Upacara diketuai oleh Ketua Rumah Panjang
Ketua rombongan kami disambut dengan memecahkan sebiji telur ayam di dalam bekas
Ketua rombongan kami disambut dengan memecahkan sebiji telur ayam di dalam bekas
Tarian dari anak-anak mongkos meyambut kedatangan kami
Tarian dari anak-anak mongkos meyambut kedatangan kami
Sudah menjadi adat turun temurun dari mereka, setiap tetamu yang datang di rumah panjang mereka akan diraikan dan rombongan yang datang akan bersalaman dengan setiap penghuni rumah panjang yang ada. Ianya akan di iringi dengan tarian tradisi mereka.

Semua ahli rombongan diharuskan bersalaman dengan semua penghuni rumah panjang
Semua ahli rombongan diharuskan bersalaman dengan semua penghuni rumah panjang


Upacara tarian tradisional masyarakat Bidayuh

TARIAN TRADISIONAL BIDAYUH
| Selepas upacara meyambut tetamu iaitu bersalam dengan penghuni rumah panjang selesai, kami telah dihiburkan pula dengan dengan beberapa tarian tradisional masyarakat Bidayuh oleh kanak-kanak yang terlatih dengan pakaian tradisi mereka.

Langgi Pingadap - Sebuah tarian Bidayuh memberkati tetamu kami. Pada zaman dahulu muzik ini digunakan untuk menyambut kepulangan seorang victorious headhunter"Gawai Bujog" merupakan jenis muzik digunakan suntuk tarian ini.

Langgi Perang - Menari mengikut rentak "Gawai Borabun", ini adalah salah satu daripada tarian popular bagi kemenangan pahlawan Bidayuh.

Langgi Aruh - "Gawai Bidumbak" adalah satu lagi muzik untuk menunjukkan kemenangan. Gong dipukul dengan lebih keras dan lebih kuat untuk menghalau musuh dan roh-roh jahat.

Tarian Langgi Empunjon
Tarian Langgi Empunjon
Langgi Empunjon - Tarian ini menggambarkan larangan perkahwinan legenda Abang Dino dan adik perempuannya Dayang Siti. Ibu bapa dan penduduk kampung menentang akan "Masau Tiho". Mereka lari ke hutan dan telah menjadi monyet. Tarian ini dicipta sebagai peringatan bagi generasi baru. Muzik untuk tarian ini dipanggil "Gawai Tutok".

Untuk pengetahuan korang, bagi masyarakat Bidayuh, muzik memainkan peranan yang penting dalam setiap upacara keagamaan yang mereka jalankan. Muzik ini berperanan menaikkan semangat, mengusir roh jahat dan sebagai pententeram kepada semangat roh. Muzik juga memainkan peranan dalam pemberitahuan motif sesuatu upacara yang dijalankan.


WAKTU PERJALANAN | Perjalanan kami Kampung Mongkos mengambil masa selama 2 jam dari Bandar Kuching melalui jalan raya, melalui bandar Serian dan kampung-kampung di sepanjang jalan. 

Mat Remos juga difahamkan, korang boleh menyewa teksi untuk ke sini dengan kos RM 150 sehala. Jadi pada pandangan Mat Remos, dari membuang duit menyewa teksi dengan harga seperti itu, lebih baik jika korang sewa kereta untuk sehari. Ia lebih memudahkan untuk korang bergerak kemana sahaja dan yang penting lebih jimat.

AKTIVITI PENDUDUK KAMPUNG | Majoriti penduduk Kampung Mongkos terlibat dalam aktiviti pertanian. Ada yang menanam padi, menoreh getah dan menanam lada hitam sebagai hasil pencarian.

Perusahaan lada hitam di Kampung Mongkos
Perusahaan lada hitam di Kampung Mongkos
Tahukah anda bahawa Lada Hitam dan Lada Putih terhasil dari satu jenis lada yang sama cuma melalui dua proses yang berbeza.
Lada hitam dihasilkan dengan cara menjemur dan mengeringkan buahnya yang belum masak di atas api hingga kulitnya berubah menjadi hitam.
Lada putih pula dihasilkan dengan memetik buah yang hampir masak, ia kemudiannya direndam untuk memudahkan proses pengupasan. Pengupasan dilakukan dengan menggosoknya, setelah itu ia dijemur hingga benar-benar kering.
Lada putih mempunyai bau yang lebih kuat dari lada hitam, tetapi bau lada hitam lebih wangi dari lada putih.
HOMESTAY KAMPUNG MONGKOS | Selain dari itu penduduk kampung juga di dedahkan dengan program homestay. Program Homestay Kampung Mongkos ini diuruskan dibawah Koperasi Kampung Mongkos Serian Berhad untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menjana pendapatan.

Homestay Kampung Mongkos

Daerah Serian,
d/a Suruhanjaya Koperasi Malaysia,
Sarawak, 94700 Serian,
Malaysia.

 KAMPUNG MONGKOS HOMESTAY...EXPERIENCE BIDAYUH CULTURE AND HOSPITALITY

SEMPADAN INDONESIA | Apa yang menarik perhatian kami lagi di Kampung Mongkos ini, ianya hanya 2.5 km untuk ke sempadan Indonesia.

Hanya 2.5 km sahaja jarak perjalanan ke sempadan Indonesia
Hanya 2.5 km sahaja jarak perjalanan ke sempadan Indonesia
TARIKAN DI HOMESTAY MONGKOS | Antara tarikan lain yang korang boleh dapat di sini adalah Air Terjun Silungkong, ianya megambil masa 45 minit treking dari kampung, sepanjang perjalanan itu anda juga boleh menikmati keindahan flora dan fauna. Di sini juga sangat popular dengan sambutan Pesta Gawai / Harvest yang disambut pada bulan Mei-Jun.


Baca juga entry berkaitan di blog :

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Teringat lagi...betapa akak terasa sejuk kaki bila memijak lantai buluh rumah panjang ini.

    BalasPadam