Sejarah Tugu Negara | Tugu Peringatan Negara | Sempena Hari Kemerdekaan yang bakal tiba, admin nak kongsi sedikit info berkenaan dengan sejarah Tugu Negara. Tugu ini dibina bagi memperingati dan lambang penghormatan negara kepada perwira yang mengorbankan jiwa mereka bagi menjaga keamanan negara Malaysia.
Sejarah Pembinaan Tugu Negara
Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.
Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.
Tugu Negara dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia. - Wiki.
Lokasi Tugu Negara
Tugu Negara terawal merupakan tiang konkrit yang terletak di Jalan Tugu berhampiran bulatan di hadapan Stesyen Kereta api Kuala Lumpur, bersebelahan Masjid Negara. Ia didirikan oleh Pentadbir British bagi memperingati peperangan dan perwira yang terkorban. Kini hanya asasnya tanah seluas 10 meter persegi yang tinggal.
Kompleks Tugu Negara yang ada kini di kawasan Taman Tasik Perdana dibuka pada 8 Februari 1966. Ia memasukkan Taman Peringatan sebagai lambang penghormatan negara kepada perwira yang mengorbankan jiwa mereka bagi menjaga keamanan negara Malaysia. Tiang asal dialih ke Kompleks Tugu Negara kini dan padanya tercatat tarikh tragedi kemanusiaan: Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1939-1945) dan Darurat (1948-1960).
Admin pasti ada diantara pembaca yang belum pernah ke Tugu Negara kan. Berikut adalah lokasi Tugu Negara.
5 Ulasan
Waktu tu Malaysia masih dijajah lagi, kan?
BalasPadamitu entahlah klu jepun jajah malaysia pada tahu 1941
Padam8 disember-18disember ok .....
tak ada sumber ke?
BalasPadamthis is interesting
BalasPadamx de maklumat langsung
BalasPadam