Ticker

6/recent/ticker-posts

BILLIONAIRE'S CONCEPT CUISINE RESTORAN WESTERN HALAL DI MELAKA




BILLIONAIRE'S CONCEPT CUISINE RESTORAN WESTERN HALAL DI MELAKABukan mudah untuk mencari restoran yang menyajikan makanan western Halal. Sepertimana yang kita tahu, definisi Halal itu bukan hanya dari segi jenis daging sahaja, ia juga meliputi seluruh aspek termasuklah cara peyembelihan, cara penyediaan makanan tersebut dan banyak lagi.

Ketika bercuti di Melaka pada minggu lepas, kami berkesempatan untuk makan tengahari di sebuah restoran western halal yang diusahakan oleh 100% bumiputera beragama islam. Restoran ini merupakan hasil perkongsian beberapa orang anak muda hebat bertujuan untuk menyajikan makanan western halal di Melaka

Billionaire's Concept Cuisine
Billionaire's Concept Cuisine
LOKASI STRATEGIK DI MELAKA | Restoran yang dimaksudkan ialah Billionaire's Concept Cuisine. Lokasinya sangat strategik kerana ianya berdekatan dengan AEON Bandaraya Melaka. Kawasan ini dikatakan masih dalam pembagunan dan akan lebih maju pada masa akan datang. Insyaallah.

Untuk pengetahuan korang, di Restoran  BILLIONAIRE'S CONCEPT CUISINE ini juga korang boleh menikmati menu dari Grid Shack. Ini kerana kedua-duanya berada di dalam premis yang sama.

Billionaire's Concept Cuisine
8-1, Jalan Lagenda 6, 
Taman 1 Lagenda, 
75400, Melaka.

Grind Shack
6-1 Jalan Lagenda 6,
Taman 1 Lagenda,
75400 Melaka

CAFE HIPSTER | Apa yang kami teruja berkenaan restoran ini ialah kerana interior design nya yang seakan berkonsepkan hipster. Sepertimana yang dikatakan di dalam blog Dunia Patik, konsep SIMPLE . MINIMALIS . UNIK yang diterapkan menjadikan ianya sebuah cafe berkonspkan cafe hispter.


Ianya ditunjukkan dalam penggunaan barangan terbuang, yang diolah menjadi perabot malah ada sebahagian darinya merupakan perabot seperti kerusi kayu dari sekolah lama. Ianya boleh dikatakan cukup unik dan sangat kreatif.

Bahagian dalam berhawa dingin
Bahagian dalam berhawa dingin
Ada juga meja yang diperbuat dari mesin jahit lama yang sudah tidak berfungsi dan ianya juga cukup kretif. *jika korang teringin nak tengok, kami nasihatkan untuk korang datang kesini.

Ruangan terbuka
Ruangan terbuka
Setiap pelanggan BILLIONAIRE'S CONCEPT CUISINE boleh memilih samaada untuk duduk di ruangan tertutup yang berhawa dingin atau di ruangan terbuka.

Sesuai juga dijadikan tempat untuk meeting
Sesuai juga dijadikan tempat untuk meeting
Bagi mereka yang perlukan internet, korang tidak perlu risau kerana mereka ada menyediakan Free Wifi kepada semua pelanggan mereka. Oleh kerana itu, restoran ini juga sangat sesuai untuk urusan business atau meeting bersama client.

MENU BILLIONAIRE'S CONCEPT | Seperti yang telah diberitahu, Restoran  BILLIONAIRE'S CONCEPT CUISINE ini menyediakan pelbagai makanan dari citarasa barat  (western) yang sangat sedap dan berpatutan. Apa yang kami nak tekankan ialah ianya dijamin Halal.

Hazelnut - Cafe Mocha - Hot Chocolate
Hazelnut - Cafe Mocha - Hot Chocolate
Pilihan pelbagai minuman panas seperti coffee dan coklat panas sentiasa menjadi pilihan bagi pelanggan tetap mereka. Jika anda merupakan salah seorang kaki coffee, anda harus datang dan mencubanya.

Caramel Macchiato Iced - Cafe Mocha Iced
Caramel Macchiato Iced - Cafe Mocha Iced
Selain dari pilihan minuman panas, mereka juga ada menyediakan minuman sejuk seperti Caramel Macchiato Iced, Cafe Mocha Iced, Lychee Rasberry dan beberapa minuman sejuk lain. Pilihan semua di tangan anda, sama ada dari minuman coffee atau sebaliknya.

Tortilla Chips & Cheese
Tortilla Chips & Cheese
Selain dari minuman yang sedap, mereka juga ada menyediakan banyak pilihan menu makanan. Pilihan Snack, pasta, grilled, meatball dan pelbagai menu hebat lain harus korang cuba jika ke sini. Ini kerana kebanyakan dari menu mereka adalah homemade dan ada kelainannya berbanding makanan western yang ada di luar sana.

Salmon Grilled
Salmon Grilled
Pelbagai jenis pilihan ice-cream juga ada, dan ianya boleh dikatakan menjadi salah satu tarikan keistimewaan dan speciality di restoran ini. Tidak hairanlah jika ianya cukup special, ini kerana ice cream di sini merupakan homemade yang disediakan dengan resepi sendiri. Jika ditanya berkenaan rasa nya, kami akan kata ianya lain dari yang lain. *harus cuba.

Honey Bae - Caramel Sutra
Honey Bae - Caramel Sutra
Dan happy untuk kami katakan bahawa, kami juga telah berpeluang untuk rasai sendiri 2 jenis ice cream yang cukup popular di sini iaitu Honey Bae dan Caramel Sutra. Apa yang boleh Mat Remos katakan ialah, makan sebelum ianya cair. heheehe.

Projek Travel bersama staff mereka
Projek Travel bersama staff mereka
Secara keseluruhannya pengalaman Mat Remos di sini memang sangat best. Boleh dikatakan ianya tempat yang sangat sesuai untuk lepak-lepak bersama kawan-kawan mahupun keluarga sendiri. Jadi kepada warga Melaka tu, apa tunggu lagi. Jom datang ke sini.

Korang juga boleh baca entri berkaitan restoran Billionaire's Concept Cuisine ni di :



Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi diorang di :

Telefon:
013-201 8282

Facebook :

Instagram:

Waktu Operasi :
Setiap hari
12pm -12 am

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Rakyat marhaen pun boleh pergi la restoran Billionaires ni kan MY?

    BalasPadam
  2. sedap betul karemal tu, nama pun billionair, menarik ni

    BalasPadam
  3. Saya baru pergi semalam makan lasanga chic chop dan dua jenis spaghetti. Pada saya taste dia level foodcourt. Lasanga serve dlm bekas aluminium foil mcm beli instant je . So jual sampai rm19.90 tu mahal la standard melaka. Kalau di KL boleh dipertimbangkan la . Overall its and over rated hipster cafe yg pada saya takde umphhh.

    BalasPadam
  4. kenapa gambar saya tengok sama je dgn blog2 lain. hmm

    BalasPadam