Ticker

6/recent/ticker-posts

PHILEA RESORT & SPA DESTINASI PERCUTIAN ECO DAN ROMANTIK DI MELAKA


PHILEA RESORT & SPA DESTINASI PERCUTIAN | Siapa sangka sebuah eco resort yang begitu hebat ini hanya terletak sangat dekat dengan lebuh raya. Lokasi yang sangat strategik kerana ianya hanya berada berdekatan dengan Tol Ayer Keroh Melaka. Jika laluan anda dari Kuala Lumpur, kedudukannya hanya selepas tol Ayer Keroh sebelah kiri.

Bangunan lobi
Untuk pengetahuan korang Philea Resort & Spa ni telah tercatit di dalam Malaysia Book of Records sebagai resort balak (log resort) yang pertama dan terbesar di Malaysia juga di Asia. Dan balak yang digunakan adalah merupakan dari jenis pine log yang di import khas dari Rusia.

Di bahagian lobi
Konsep keseluruhan resort ni adalah Eco Resort (alam semula jadi), dan lebih kurang 70% bangunan di sini dibina berasakan kayu serta kayu dari tinggalan kapal karam dan kayu-kayu landasan keretapi.

Bahagian lobi
Philea Resort & Spa ni mempunyai 3 jenis pilihan bilik untuk pelanggan mereka iaitu Pavilion Room, Philea Suite dan Royal Villa. Kami pula telah berpeluang untuk bermalam di Pavilion Room selama 3 hari 2 malam.

PAVILION ROOM | Bilik ini merupakan unit resort yang paling murah iaitu dikatakan bermula dengan harga RM510 untuk semalaman.

Pavilion Room
Philea Resort & Spa mempunyai sehingga 180 biji Pavilion Room untuk disewakan. Sebuah chalet ini mempunyai 4 unit Pavilion Room yang boleh memuatkan sehingga 3 orang dengan pilihan 1 King or 2 Singles Beds.

Pavilion Room
Bilik ini dilengkapi dengan TV LCD, penghawa dingin, kipas syiling, mini bar, kettle, in - room safe, electronic security features, telephone, internet access, bathtub, shower area.

Ruangan almari mini bar, kettle dan peti ais
Ruangan ini juga boleh dijadikan tempat untuk menunaikan solat kerana ianya sangat luas dan selesa.

Bilik air
Bilik air juga cukup luas dan selesa dengan kemudahan air pancuran dan tab mandian.

Bahagian luar bilik
Tangga di bahagian tegah untuk ke unit atas

PHILEA SUITE | Bilik ini pula merupakan pilihan kedua yang sangat sesuai untuk pasangan yang datang untuk berbulan madu di Philea Resort & Spa ini.

Philea Suite
Satu bangunan hanya mempunyai seunit Philea Suite dan ianya menjanjikan suasana peribadi anda dan pasangan terjaga.

Philea Suite
Ruangan mandi
ROYAL VILLA | Ini pula merupakan bilik yang paling exclusive di  Philea Resort & Spa ni. Merupakan sebuah villa 2 tingkat yang mempunyai ruang tamu, dapur, ruang kerja dan beberapa bilik tidur dan private pool.

Pintu gerbang masuk Royal Villa
Royal Villa ini dikatakan boleh memuatkan sehingga 10 orang, tetapi dalam pakej termasuk breakfast hanya sehingga 6 orang sahaja dan yang selebihnya kena tambahan bayaran breakfast lain.

Antara salah satu ruangan tidur
Bilik air beserta jakuzzi
Royal Villa ini pernah di inap oleh bekas perdana menteri kita iaitu Tun Dr. Mahathir dan artis Bollywood popular Datuk Shah Rukh Khan. Ianya hanya available untuk 2 unit sahaja.

Ruang tamu
Ruangan dapur
Ruangan kerja
Private pool
Tangga ke bahagian atas
Permandangan dari bahagian atas
Projek travel di Royal Villa
KOLAM RENANG | Apa yang membuatkan kami teruja, ianya kerana bilik kami betul-betul berhadapan dengan kolam renang dan dekat dengan bangunan lobi. Seperti kebiasaan jika resort sebesar ini, khidmat buggy sangat diperlukan untuk memudahkan perjalanan di sekitar resort.

Kolam renang
Dengan kehadiran bunyi air terjun buatan ia membuatkan kita benar-benar berasa sangat tenang seolah-olah berada di kawasan hutan yang jauh dari kesibukan kota.

Air terjun buatan
Suasana hutan dihidupkan lagi dengan adanya kolam berbatu yang dijadikan seolah-olah sungai yang jernih dan airnya mengalir tenang.

Sekitar kolam renang 
TANJUNG WELLNESS SPA | Disini korang juga boleh menikmati rawatan di urban spa yang dikelilingi tumbuhan hijau dan pokok herba yang mampu membangkitkan mood tenang.

Tanjung Wellness Spa
Rawatan Spa
GYM | Disini juga mempunyai GYM dan juga bilik sauna . Jadi tiada alasan untuk mereka yang sangat datang bercuti untuk bersenam menjaga kesihatan diri.

Gym
Sesunggunya pengalaman bercuti di resort hebat Philea Resort & Spa ni cukup menyeronokkan, dan yang paling best dia dapat memberi ketenangan buat mereka yang stress. Lokasi juga tidak susah untuk dijejaki kerana hanya berdekatan dengan tol Ayer Keroh Melaka. Jadi, tidak perlu susah-susah memandu jauh ke dalam hutan untuk mencari resort sebegini kerana Philea Resort & Spa sedia menanti korang.

Website : https://www.phileahotel.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/philea.resort.melaka

Catat Ulasan

6 Ulasan