Philea Resort & Spa |
- Cek kalendar cuti umum tahunan
- Pastikan cuti yang diambil digunakan pada tahap yang optimum.Maksudnya, apply cuti sikit tapi dapat cuti panjang.
- Gabungkan cuti hujung minggu dan cuti umum sebelum memohon sebarang cuti untuk mendapatkan cuti yang panjang
- Dapatkan tiket ke destinasi pilihan berdasarkan cuti yang dirancang
- Utamakan keluarga untuk cuti-cuti perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji
Annual Leave Optimizer 2016 |
Berdasarkan kalendar cuti umum untuk tahun 2016, terdapat banyak cuti-cuti umum yang dapat digabungkan dengan cuti hujung minggu. Jadi, untuk maklumat lebih details, boleh rujuk kalendar di atas berserta maklumat tarikh cuti dan tips untuk apply cuti panjang bagi tahun 2016 seperti di bawah. Selamat merancang percutian anda!
Cuti Tahun Baru Cina (8-9 Februari 2016)
Apply cuti - 10-12 Februari 2016 (3 hari)
Tempoh percutian - 8-12 Februari 2016 (5 hari)
Cuti Hari Pekerja (1-2 May 2016)
Apply cuti - 29 April 2016 (1 hari)
Tempoh percutian - 29 April 2016 - 2 May 2016 (4 hari)
Cuti Hari Raya Aidilfitri (6-7 Julai 2016)
Apply cuti - 8 Julai 2016 (1 hari)
Tempoh percutian - 6-10 Julai 2016 (5 hari)
Cuti Hari Merdeka (31 Ogos 2016)
Apply cuti - 1-2 September 2016 (2 hari)
Tempoh percutian - 31 Ogos 2016 - 4 September 2016 (5 hari)
Cuti Hari Raya Haji (12 September 2016)
Cuti Hari Malaysia (16 September 2016)
Apply cuti - 13-15 September 2016 (3 hari)
Tempoh percutian - 10-18 September 2016 (9 hari)
Cuti Awal Muharram (2-3 Oktober 2016)
Apply cuti - 30 September 2016 (1 hari)
Tempoh percutian - 30 September 2016 - 3 Oktober 2016 (4 hari)
Cuti Deepavali (30-31 Oktober 2016)
Apply cuti - 28 Oktober 2016 (1 hari)
Tempoh percutian - 28-31 Oktober 2016 (4 hari)
Cuti Maulidur Rasul (12 Disember 2016)
Apply cuti - 13 Disember 2016 (1 hari)
Tempoh percutian - 10-13 Disember 2016 (4 hari)
Cuti Hari Krismas (25-26 Disember 2016)
Apply cuti - 27 Disember 2016 (1 hari)
Tempoh percutian - 24-27 Disember 2016 (4 hari)
Apa tunggu lagi? Cepat-cepat tanda dalam kalendar masing-masing. Kalau
cuti tahunan 14 hari, follow je jadual cuti ni memang ohsem lah hidup
especially kalau plan nak travel. Kalau cuti tahunan 25 hari, cuba
bayangkan. Fuyoh, siap boleh carry forward lagi balance 11 hari tu. Make sure, simpan baki cuti korang untuk hal-hal emergency seperti hal keluarga dan sebagainya.
Apapun, semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda sedikit-sebanyak
dalam merancang percutian. Set date awal-awal, book tiket cepat-cepat,
jom lah kita travel. Salah satu tips jimat dalam entry sebelum ni, adalah book tiket awal untuk travel bagi mendapatkan harga yang paling rendah.
Jangan lupa, kongsikan setiap pengalaman travel korang ke destinasi pilihan bersama kami di instagram/ facebook
dengan hashtag #ProjekTravel
1 Ulasan
boleh plan cuti tahun depan
BalasPadam