Ticker

6/recent/ticker-posts

AKTIVITI WATER RAFTING GOPENG PERAK


AKTIVITI WATER RAFTING GOPENG PERAKSiapa sangka pertama kali merasai pengalaman bermain sukan extrim water rafting di Sungai Kampar, Gopeng Perak ini adalah pengalaman yang admin tidak akan lupakan. Terima kasih kepada team Honda Malaysia kerana membawa kami rakan blogger merasai pengalaman mencabar ini. 

Untuk pengetahuan semua, Riverbug Asia ini adalah sebuah kawasan yang boleh patik kelaskan sebagai lokasi untuk program team building dan boleh juga sebagai tapak melakukan aktiviti ekstrim seperti water rafting yang terletak di daerah Gopeng Perak. 

Disini juga terdapat sungai dinamakan Sungai Kampar yang dikatakan sebagai sungai yang mencabar bagi melakukan aktiviti water rafting. 

AKTIVITI WATER RAFTING

AKTIVITI WATER RAFTING

AKTIVITI WATER RAFTING

AKTIVITI WATER RAFTING

AKTIVITI WATER RAFTING

AKTIVITI WATER RAFTING

AKTIVITI WATER RAFTING

AKTIVITI WATER RAFTING

Kemudahan yang mereka sediakan memang sesuai untuk bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti outdoor bersama rakan sepasukan atau pun melakukan aktiviti riadah atau sukan lasak seperti water rafting kerana Riverbug Asia ini sebuah organisasi pakar dalam mengendalikan aktiviti lasak ini. 

Sebelum memulakan aktiviti water rafting, jom kita beramah mesra dengan keindahan alam ni haaa. 

AKTIVITI WATER RAFTING

Untuk kelokasi mula, korang semua akan menaiki lori kerana lokasi yang korang akan sampai sebenar lagi sedikit curam dan berbahaya untuk korang memandu sendiri. Lagi pun pakej yang korang ambil itu termasuklah dengan kenderaan yang akan membawa korang dikawasan permulaan. 

AKTIVITI WATER RAFTING

Perjalanan lebih kurang 15 - 20 minit akhirnya sampai. Setibanya dikawasan permulaan, korang akan diberikan penerangan ringkas serta risiko yang bakal korang hadapi sepanjang beraktiviti ini. Dengan penerangan ini, korang sedikit sebanyak dapat mengetahui bagaimana situasi sepanjang berada didalam boat getah ini. 

AKTIVITI WATER RAFTING

Yeszaaaa kami semua sudah bersedia. Korang akan dibekalkan dengan safety helmet, safety jacket dan juga paddle pengayuh. 

AKTIVITI WATER RAFTING

Kemudian korang akan berjalan kaki untuk meuju kesungai dimana disinilah korang akan dilepaskan. Perasaan patik pada masa ini memang cuak. Dengan deruan air sungai yang mengganas menjadikan patik makin cuak. 

AKTIVITI WATER RAFTING

Ini adalah rakan seperahu getah bersama dengan kepala pengemudi (berbaju biru) yang ditugaskan untuk menjadi kepala dan mengawalselia perahu getah kami sepanjang kami mendayung. 

AKTIVITI WATER RAFTING

Untuk pengetahuan semua, Sungai Kampar, Gopeng Perak ini dikelaskan sebagai 3/6 (sederhana bahaya) mengikut keadaan air sungai. Sekiranya selepas hujan, kelas sungai ini mngkin boleh menjadi 4/6 atau 5/6 (agak bahaya) yang memerlukan teknik yang betul pakar untuk mengendalikan boat getah. 

AKTIVITI WATER RAFTING

Kebiasaan ada kawasan yang tenang dan ada kawasan yang memerlukan kami dipandu oleh pengawal kami dengan memberi beberapa arahan FORWARD (kayuhan kedepan), BACKWARD (kayuhan kebelakang), BUM BUM (duduk didalam boat) dan JUMP JUMP (lompat-lompat ditepi boat getah untuk bergerak dari tersekat dekat batu).

AKTIVITI WATER RAFTING


Pada awalnya memang boat kami memang stabil. Tetapi apakan daya akhirnya..........

AKTIVITI WATER RAFTING
Boat kami karam...
Semasa boat kami terbalik, masing-masing pati pasti agak panik. Seperti yang diberitahu semasa penerangana awal. Kejadian dimana korang akan berada dibawah boat mungkin terjadi. Yes patik telah berada didalam situasi tersebut. Boat getah berada diatas kepala patik. 


Mujur kmai semua ingat pesanan untuk tarik nafas dalam-dalam dan tunduk masuk didalam air untuk keluar dari kepungan boat getah tersebut. Fiuhhhh pengalaman yang memang akan admin ingat sampai bila-bila. 

AKTIVITI WATER RAFTING

Aktiviti kami berakhir dengan keseronokkan dan pengalaman yang boleh disimpan didalam kamus hidup masing-masing. 


Terima kasih kepada pihak Riverbug Asia, Gopeng Perak kerana melayan kami semua dan juga team Honda Malaysia sepanjang keberadaan kami disini.


Kepada anda semua yang ingin merasai pengalaman seperti ini, bolehlah untuk berhubung dengan pihak mereka seperti didalam informasi ini. 

Website: www.riverbug.asia
Facebook: www.facebook.com/rigerbugasia 

Telefon No:
+6012-3131 006 (Perak) 
+6019-8204 921 (Sabah)

Email:
book@riverbug.asia

Catat Ulasan

1 Ulasan