Ticker

6/recent/ticker-posts

EAT TRAVEL WRITE SELANGOR CULINARY ADVENTURE 2.0 | DAY TWO

EAT TRAVEL WRITE SELANGOR CULINARY ADVENTURE 2.0 | DAY TWO

Hari kedua boleh dikatakan merupakan hari SATE buat kami. Hari ini juga para peserta EAT TRAVEL WRITE SELANGOR CULINARY ADVENTURE 2.0 selain dari media akan mendaftar. Seawal 8.00 pagi kaunter pendaftaran telah dibuka di Palm Garden Hotel. Peserta Mister Planet juga turut bersama kami dalam program kali ni.

Program telah dimulakan dengan Gimmick & Flag Off (teh tarik)

Galeri Sate Kajang

Lokasi pertama kami untuk hari kedua ni adalah Galeri Sate yang berada di Kajang. *admin yakin ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan galeri sate ni bukan?. Kalau orang luar dari Selangor, tidak hairan lah, tapi admin yang menetap di Kajang pun tidak tahu akan kewujudannya.


Untuk pengetahuan korang, SATE telah diiktiraf sebagai salah satu dari jenis makanan warisan di negeri Selangor.
Galeri Sate Kajang

Di sini korang akan dapat mengetahui secara lebih mendalam bagaimana sejarah sate di negara kita mula berkembang. Galeri Sate Kajang beroperasi setiap Sabtu – Khamis dari 11 pagi hingga 8 malam. Waktu rehat pada 3 petang hingga 4 petang. Setiap hari jumaat galeri akan tutup. Masuk adalah PERCUMA!
 

Selepas selesai belajar tentang sejarah Sate, kami juga berpeluang melihat demonstrasi pembuatan sate oleh Pak Akob iaitu salah seorang pengusaha Sate di negeri Selangor.

Marriot Hotel

Seterusnya kami telah ke Marriot Hotel yang mana ianya berada bersebelahan dengan Palm Garden Hotel untuk makan tengahari kami.



Pertandingan Master Chef

Selesai makan tengah hari kami di Hotel Marriot, kami pulang ke Palm Garden Hotel untuk melaksanakan tugas seterusnya iaitu Pertandingan Master Chef





Pertandingan Master Chef ini akan menguji peserta dalam 2 kategori berbeza iaitu, hiasan kek dan memasak. 

Willy Satay

Selesai cabaran Master Chef, kami bersiap untuk ke Sungai Ramal untuk menikmati Willy Satay untuk makan malam kami. Willy Satay  cukup popular di sekitar Kajang dan ianya berlokasi di Ramal Food Junction.


Sate ini popular kerana saiznya yang besar dan rasanya yang sangat sedap dan juicy. Terdapat empat jenis satay yang kalian boleh order di Willy Satay ini termasuk ayam, daging lembu, perut hanya RM0.80 sebatang dan kambing RM1 sebatang. Tambahan untuk nasi imit pula hanya RM1 satu.


Willy Satay @ Ramal Food Junction
Jalan Sungai Ramal, 43000 Kajang
Tel: 017-210 7008
Business hours: 4pm to 12am
Facebook 


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. wah bestnya program macam ni, baru tahu sate adalah makanan warisan selangor

    BalasPadam
  2. oo pertandingan masterchef ke ni. siapa menang ek?

    BalasPadam