#Green24 merupakan kempen untuk memerangi pemanasan global (Global Warming) yang semakin hari semakin menjadi-jadi. Pihak AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah terkemuka dunia mengambil inisiatif ini untuk menganjurkan kempen #Green24Challenge dalam usaha memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarat. Di samping itu, dengan adanya kempen seumpama ini sedikit-sebanyak dapat mendidik masyarakat dalam menjayakan beberapa langkah mudah dalam menangangi isu pemanasan global ini.
Tanpa berfikir panjang, kami di Projek Travel turut serta untuk menyahut kempen kali ini. Projek Travel menyokong penuh usaha AirAsia dalam mendokong kempen #Green24Challenge #Green24. Dengan itu, Projek Travel menganjurkan contest mudah di Instagram @ProjekTravel terbuka kepada semua pemilik akaun Instagram bagi sama-sama berkongsi apa jua pengalaman dan aktiviti mereka yang dapat menyumbang ke arah meghijaukan bumi (Go Green) sekaligus menjayakan kempen #Green24.
Ikuti langkah mudah di Instagram @ProjekTravel. Mulakan langkah anda dengan "repost" poster kempen #Green24 dengan menggunakan hashtag #PTxGreen24 dan tag 2 rakan anda. Kemudian, kongsikan gambar-gambar menarik anda yang berkisar tentang aktiviti "go green".
Sebagai rujukan, korang bolehlah share apa jua gambar berkisarkan 5 inisiatif utama seperti yang dilampirkan iaitu:
1) Go Green
Apa jua yang berkaitan dengan warna hijau yang menjadi symbol kepada kepada kempen #Green24. Boleh berpakaian hijau, mempamerkan objek berawarna hijau ataupun mascot berwarna hijau.
2) Reuse - Reduce - Recycle
Aktiviti berkaitan kitar semula dan pengasingan bahan buangan. Boleh juga mengetengahkan produk yang diperbuat daripada bahan buangan atau bahan kitar semula.
3) Environmental Friendly
Apa jua tindakan atau aktiviti yang dapat memelihara & memulihara alam sekitar. Contohnya seperti car-pooling atau menggunakan pengankutan awam bagi menggantikan kenderaan seperti kereta bagi mengurangkan pembebasan gas karbon monoksida.
4) Energy Savvy
Teknik penjimatan tenaga samaada tenaga elektrik di rumah atau pejabat. Selain itu, penjimatan petrol dengan teknik pemanduan berhemah juga boleh dikongsikan sebagai tips dan perkongsian bersama.
5) Nature Lover
Ketengahkan lokasi-lokasi yang masih terpelihara seperti kawasan bukit, gunung, air terjun ataupun sungai. Kongsikan apa jua pengalaman indah di lokasi rekreasi yang menyajikan persekitaran yang hijau dan udara yang segar.
Kempen ini hanya berlangsung selama 24 jam bermula 00:01 dan berakhir jam 23:59 pada 30 January 2016 (Sabtu). Tanda penghargaan, kami di Projek Travel akan memilih 5 inisiatif terbaik yang dikongsikan di Instagram dengan penggunaan hashtag #PTxGreen24 #Green24Challenge #Green24 dan #AirAsia sebagai jemputan istimewa untuk majlis #Green24Night di Baskin Robbins dan pemenang utama akan memenangi RM100 tunai.
Apapun, let's GO GREEN! Ingatlah, "the best way to achieve big goals is to take small steps". Semoga dengan usaha kecil kita ini akan berterusan selepas tempoh 24 jam mulai hari ini dan akan dipraktikkan dalam kehidupan kita sehari-hari sampai bila-bila. Kalau bukan hari ini, bila lagi kan? All the best!
0 Ulasan