Kafe Laksa Telur Goreng Bersarang |
Bila bercerita mengenai hipster, kebiasaannya kita akan membayangkan akan sesuatu yang berkongsepkan western. Tapi berbeza dengan sebuah restoran yang berada di Ipoh ini. Juga menonjolkan restoran yang berkonsepkan ala hipster dengan menu makanan popular masyarakat di negara kita dengan penyampaian yang cukup berbeza dari kebiasaan iaitu laksa.
Laksa Telur Goreng Bersarang |
Laksa Telur Goreng Bersarang adalah menu yang kami jual. Apa yang istimewa adalah pada telor goreng tersebut apabila mesra dengan kuah laksa ala utara... Ada juga tambahan pelbagai fish cake dan fish ball sebagai penambah selera._laksabersarang.blogspot.my
Laksa Telur Goreng Bersarang dihidangkan dengan paste udang |
Harga yang mereka tawarkan juga diluar kebiasaan mana-mana restoran hipster yang ada di bandaraya Ipoh mahupun Kuala Lumpur. Dengan hanya berbekalkan RM3.50 korang mampu memiliki menu istimewa mereka iaitu Laksa Telur Goreng Bersarang. *kalau tak percaya korang leh rujuk gambar kat bawah ni.
senarai harga laksa telur goreng bersarang |
Tidak hairanlah walaupun lokasinya jauh sedikit dari bandar Ipoh, Kafe Setinggan yang berkongsepkan layan diri ini sentiasa dipenuhi oleh peminat Laksa Telur Goreng Bersarang khususnya.
suasana di dalam kafe setinggan |
Kafe ini mempunyai dua bahagian iaitu bahagian tertutup dan bahagian terbuka seperti di dalam gambar.
bahagian ruangan terbuka sesuai untuk santai-santai |
Salah satu pintu masuk utama |
hiasan rumah lama |
Kalau korang nak tengok apa pelanggan-pelanggan diorang review pasal Laksa Telur Goreng Bersarang ni, korang boleh rujuk di page diorang kat bawah ni.
Ketagih setiap minggu wajib pergi... mesti cari yg special.. tgu lame2. Beratur lame2.. berebut tempt duduk pon sanggup... sedappp
Posted by EiDa Cendoi Pulot on Tuesday, February 16, 2016
Waktu perniagaan Kafe Laksa Telur Goreng Bersarang |
Jam 12.00 tengahari hingga jam 7.00 petang
Tutup hanya pada hari Jumaat.
Tutup hanya pada hari Jumaat.
Pada yang belum tahu dimana lokasi kedai baru boleh la rujuk lokasi kat bawah ni:
Alamat:
No.1,Jalan Margosa D/8,
Seri Margosa,
1 Ulasan
Memang sedap, sempat merasa masa cuti hujung tahun lepas..
BalasPadam