MSMW kini kembali lagi. Anugerah MSMW 2016 merupakan antara anugerah berprestij yang memberikan pengiktirafan kepada penggiat-penggiat media sosial, terutama sekali blogger setiap tahun. Ini memberi peluang kepada pemilik blog khususnya untuk lebih serius dan dikenali ramai.
Pada tahun ini, sebanyak 9 kategori telah diperkenalkan untuk mengiktiraf penggiat-penggiat media sosial, terutama blogger dalam pengkhususan masing-masing. Antara anugerah yang ada ialah seperti berikut:
- BEST FOODIE BLOG
- BEST LIFESTYLE BLOG
- BEST TRAVEL BLOG
- BEST CONTENT BLOG
- BEST VIDEO BLOG
- MOST ENGAGING BLOG
- MOST ENTERTAINING BLOG
- PROMISING BLOGGER OF THE YEAR
- BEST BLOG OF THE YEAR
Pemilihan pemenang adalah bersandarkan kepada jumlah undian, dan juga keputusan juri/hakim. Pemarkahan melibatkan 80% public voting, dan 20% keputusan juri yang melibatkan 10% kepada kandungan blog, 5% untuk rekabentuk, 5% untuk etika dan keberkesanan.
Seperti tahun lepas (2015), pada tahun ini blog www.projektravel.com sekali lagi telah tercalon dalam kategori Best Travel Blog. *jom undi projektravel
UNDIAN | Pengundian akan bermula pada 2 sehingga 21 Februari 2016 secara online di laman web MSMW 2016 [klik]. Untuk mengundi, perlu login menerusi akaun Facebook, dan lakukan undian menerusi butang yang disediakan mengikut kategori masing-masing. *rujuk gambar di bawah.
1 undian hanya dibenarkan bagi setiap kategori. Sebagai contoh, bagi kategori Best Travel Blog, hanya satu blog sahaja untuk satu akaun facebook. Jangan lupa untuk memberi undian anda kepada blog www.projektravel.com untuk kategori Best Travel Blog. Semoga, dengan usaha dan sokongan anda pada kami dapat membantu kami untuk pergi lebih jauh. Insyaallah
Selain itu, MSMW 2016 juga ada menyediakan program lain seperti bengkel dan Social Media Fun Run #MSMWTwitterthon.
Bengkel MSMW2016 |
Social Media Fun Run #MSMWTwitterthon |
3 Ulasan
semoga berjaya
BalasPadamDone vote..good luck
BalasPadamdah vote..good luck PT
BalasPadam