ROCKBUND FISHING CHALE |
Tempoh hari kami berkesempatan ke Pulau Marina di Perak. Marina Island Pangkor merupakan sebuah pulau buatan seluas 316.9 ekar yang mana ianya dihubungkan dengan tanah besar menggunakan jambatan sepanjang 400m. Untuk pengetahuan korang, dekat sini juga terletaknya jeti kedua untuk ke Pulau Pangkor, yang mana ia merupakan jeti yang akan membantu anda mengambil masa 10 minit untuk ke Pulau Pangkor berbanding Jeti Lumut yang mana ianya dikatakan mengambil masa sehingga 30-40 minit.
Tujuan kami ke Pulau Marina ni sebenarnya bukan untuk ke Pulau Pangkor. Apa yang lebih menarik minat kami ke sini adalah untuk ke sebuah chalet yang sangat unik dan mendamaikan iaitu ROCKBUND FISHING CHALET. Sudah semestinya fungsi utama chalet ini adalah untuk menarik kaki pancing kerana ianya merupakan lokasi yang sangat strategik untuk kaki pancing melepaskan gian. Beberapa buah platfom yang besar di bina untuk memudahkan kaki pancing.
Platfom untuk memancing_Foto rockbund.inndesk.com |
_Foto rockbund.inndesk.com |
_Foto rockbund.inndesk.com |
Ini merupakan kali ke 2 admin ke sini selepas lawatan media anjuran Gaya Travel pada tahun lepas (2015). Banyak juga perubahan dan penambahbaikan yang telah dilakukan oleh mereka.
Alamat :
Marina island ,
Lumut, 32200 Perak.
Email :
rockbundfishingchalet@gmail.com
Website :
http://rockbund.inndesk.com/
Facebook :
https://www.facebook.com/pages/Rockbund-Fishing-Chalet
Contact No. :
+6016-5580388
3 Ulasan
nice sharing
BalasPadamnama dah lain rupanya..dulu Choral Fishing ke apa namanya..haha..syok kat sini mancing, tapi lagi best kat Kuala Gula..:D
BalasPadamCantik . ..mungkin akak nak masukkan dalam list travel kami.
BalasPadam