Ticker

6/recent/ticker-posts

BBQ BUFFET DINNER DI KLANA RESORT SEREMBAN

Mencari kelainan untuk makan malam bersama keluarga dan sahabat handai di hujung minggu? Atau mencari lokasi terbaik di Seremban untuk majlis keraian, sambutan hari jadi, dan majlis ulangtahun? Kali ini, kami di Projek Travel ingin berkongsi salah satu lokasi menarik untuk dikunjungi bagi menikmati hidangan BBQ Buffet Dinner iaitu di Selera Coffee House, Klana Resort Seremban. Semestinya, lokasi ini adalah antara yang terbaik di Seremban terutama sekali buat orang-orang sekitar Seremban, Negeri Sembilan dan tak terkecuali dari Kuala Lumpur.


Selain terkenal sebagai salah satu resort yang menyediakan pakej percutian hebat untuk keluarga dan pakej lengkap untuk team building bagi organisasi/ institusi dan sekolah, kali ini Klana Resort Seremban (Resort in The City) tampil dengan satu lagi tarikan terbaru iaitu BBQ Buffet Dinner. BBQ Buffet Dinner di Klana Resort Seremban baru saja dilancarkan beberapa minggu yang lalu khas untuk pencinta makanan laut dan BBQ pada setiap hari Sabtu setiap minggu bermula jam 7 malam sehingga 10:30 malam. Pelbagai pilihan disediakan termasuklah kerang, sotong, ayam, daging lembu, daiging kambing, ikan, salmon, sate dan sebagainnya. The good news is they also cater for vegetarian.  Pendek kata, macam-maca ada.


Apa yang lagi menarik, kami diberitahu BBQ Buffet Dinner di Klana Resort Seremban ini unik dan lain dari yang lain. Jadi, kami tertanya-tanya juga lah, "Apa yang lain?". Rupa-rupanya, kat sini ada menyediakan lebih kurang 20 jenis sos, pelbagai warna, pelbagai rasa khas untuk pelanggan yang datang. Antaranya, sos BBQ, sos lada hitam, sawadee krup, Coke & Dop, Mustard Honey, Belacan Wonders, Mint Yogurt dan macam-macam lagi. Menarik kan? Kami dah cuba, memang sedap especially sos BBQ dan Belacan Wonders. Yummeh!


Selera Coffee House adalah lokasi untuk menikmati buffet breakfast, buffet lunch dan buffet dinner serta set ala-carte yang beroperasi setiap hari di Klana Resort Seremban. Cuma, kalau datang untuk dinner pada hari Sabtu, special sikit sebab BBQ Night. So, banyak lagi pilihan yang ada.


Selain set BBQ, pelbagai menu hidangan buffet disediakan di Selera Coffee House. Tak kira sama ada hidangan ala kampung seperti gulai masak lemak ketam sehinggalah kepada makanan antarabangsa seperti pizza, salad dan sushi, semua ada. Jangan lepaskan peluang untuk turut merasa beraneka jenis pencuci mulut seperti puding, kek, ais krim dan buah-buahan yang turut tersedia untuk BBQ Buffet Dinner di Selera Coffee House. Gerenti puas hati.


Ruang makan di Selera Coffee House, Klana Resort Seremban ini mampu menampung sehingga 200 orang pelanggan pada satu-satu masa. Jadi, tak payah risau kalau ada perancangan untuk bawa keluarga besar atau nak buat event bersama rakan-rakan sepejabat, memang boleh diatur.

Jadi, mari kami kongsikan apa yang telah kami cuba semasa kunjungan kami tempoh hari untuk mencuba sendiri BBQ Buffet Dinner di Klana Resort Seremban. Check it out!!!










Macam mana? Kecur liur tak bila tengok menu-menu yang dihidangkan? Hah, apa lagi jom ajak family  dan member-member datang sendiri try BBQ Buffet Dinner di Klana Resort Seremban. Lagipun, sekarang ni tengah ada promosi hebat. Untuk tempahan melebih 5 orang, akan dapat diskaun sehingga 15%. Lagi satu, untuk kanak-kanak dan warga emas akan dapat diskaun sehingga 50%.



Alamat:  
PT 4388 Jln Penghulu Cantik, 
Taman Tasik Seremban, 
70100 Seremban, 
Negeri Sembilan, 
Malaysia
Nombor Telefon: 
+60 6-766 7888
 E-mel:
info@klanaresort.com.my
Website:
www.klanaresort.com.my 
Facebook:
https://www.facebook.com/KR.Sban/
Instagram:
@KlanaResortSeremban
#KlanaResortSeremban

Catat Ulasan

0 Ulasan