Ticker

6/recent/ticker-posts

CALON PROJEK TRAVEL KE SENARAI TOP 5 APO2016


Selepas dipilih sebagai portal gaya hidup terbaik, Anugerah Media Digital Asia di Hong Kong pada 18 November lalu, mStar Online mengorak langkah baru bersama-sama Suria FM untuk mengangkat kepentingan dunia digital dengan penganjuran satu program khas yang dinamakan Anugerah Pilihan Online 2016 atau ringkasnya APO 2016. Anugerah ini melibatkan pengundian sepenuhnya menerusi elemen dalam talian(online). *tahniah saya ucapkan

Alhamdulillah. Walaupun masih baru, Blog Projek Travel telah tercalon dalam pencalonan awal di Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) tersebut. Ini membuka peluang kepada kami untuk pergi lebih jauh dengan sokongan pengikut dan pembaca blog ini. Untuk Senarai Penuh Calon APO2016 pembaca boleh rujuk pada artikel berikut : Senarai Penuh Calon APO2016.


Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) ini telah dianjurkan bersama mStar Online dan Suria FM dan membawakan Dnars sebagai penaja rasmi mereka.


Untuk pengetahuan korang , pencalonan ini merupakan pencalonan awal nama projek travel bersama 19 lagi nama besar dalam kategori Anugerah Blog Pilihan Online. Untuk memasuki dalam Top 5 kategori ini, kami memerlukan sokongan dari pembaca untuk mencalonkan kami di dalam kategori tersebut (Anugerah Blog Pilihan Online). Pengundian calon Anugerah Pilihan Online APO 2016 untuk memilih top 5 dibuka dari 3 Mac 2016 sehingga 30 Mac 2016 sementara pencalonan untuk memilih pemenang Anugerah Pilihan Online 2016 bagi setiap kategori adalah dari 1 April 2016 sehingga 27 April 2016. *yeah, dah boleh undi start dari sekarang.

Tanpa membuang masa, jom kami terangkan secara ringkas dan lebih jelas melalui ilustrasi berkenaan sistem pemilihan pencalonan Top 5 Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016).


Langkah 1:
Layari Laman Sesawang APO2016


Layari http://apo.mstar.com.my/utama.aspx untuk dapatkan info.


Langkah 2:
Log masuk dengan menggunakan social connect yang merangkumi Facebook, Twitter atau Google+.



Pilih salah satu dari 3 pilihan social connect yang diberikan iaitu facebook, twitter atau google+.


Langkah 3:
Masuk pada ruangan CALON APO


Setelah mendaftar, tekan pada pilihan Calon Apo untuk melihat kategori yang dipertandingkan.

Langkah 4:
Cari kategori ke 15



Calonkan Projek Travel – www.projektravel.com
di ruangan calon yang disediakan.


Anda dibenarkan untuk mencalonkan tiga nama untuk setiap kategori berbeza. Calonkan semua kotak dengan nama projek travel pun tak apa :)

Selain dari (Anugerah Blog Pilihan Online) ada banyak lagi kategori yang dipertandingkan di dalam Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) ni.  Jika inginkan selebriti kesayangan atau personaliti pilihan anda tersenarai sebagai calon lima teratas dalam Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016).

Langkah 5:
Hantarkan pencalonan anda.



Setelah mengisi ruangan calon. Anda boleh terus menghantar pencalonan anda dengan menekan butang berikut. Jangan lupa untuk terus menghantar pencalonan bagi setiap kategori sehingga 30 Mac ini.*macamana, mudah bukan?

Untuk pengetahuan korang, hanya nama yang memperoleh pencalonan paling banyak yang akan layak ke peringkat seterusnya iaitu pengundian yang akan bermula 1 April 2016 sehingga 27 April 201. Pencalonan terbanyak ini akan diambil kira bagi menentukan nasib calon terbabit berada dalam senarai lima teratas dalam setiap kategori.

Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) akan disiarkan secara langsung pada 30 April 2016 menerusi TV2 pada pukul 9 malam bertemakan Glam Digital. Bertemakan “Glam Digital” ia adalah majlis anugerah pertama anjuran Star Media Group Berhad yang bukan sahaja mengiktiraf industri hiburan, sebaliknya memberi keyakinan kepada pemain media sosial untuk melihat kepentingan saluran digital ketika ini yang semakin berkembang.

Terima kasih kami dahulukan kepada semua mereka yang sudi mencalonkan kami.

Catat Ulasan

2 Ulasan