FENOMENA GERHANA MATAHARI PENUH DI PALEMBANG | Pada 9 Mac yang lepas, dunia menyaksikan Fenomena
Gerhana Matahari Penuh ataupun Total Solar Eclipse. Fenomena alam yang jarang sekali berlaku ini dapat dilihat dengan jelas di Indonesia, satu - satunya negara yang yang dapat melihat
Gerhana Matahari Penuh ini
|
orang ramai yang mula menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Penuh di Jambatan Ampera |
Kami di
Projek Travel telah diundang khas oleh Wonderful Sriwijaya dan Pesona Indonesia untuk ke
Palembang, salah satu daerah di
Sumatera Selatan yang dapat melihat fenomena ini dengan sangat jelas. Menurut kajian, fenomena ini dapat dilihat dengan jelas di
Palembang hanya lebih dari 300 tahun sekali dan sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti telah dirangka bagi menyaksikan fenomena ini dan turut menarik minat pelbagai pihak dan media dalam dan luar negara.
|
Jam 5 Pagi, orang ramai mula membanjiri Jambatan Ampera |
Selain
Palembang, antara daerah lain di Indonesia yang dapat melihat fenomena ini dengan secara jelas adalah Bangka, Belitung, Palangkaraya, Balikpapan, Sampit , Luwuk ,Ternate, Tidore, Palu , Poso dan Halmahera.
Berikut antara fakta menarik yang anda perlu tahu mengenai Fenomena
Gerhana Matahari Penuh 2016 di Palembang
- Simbol ikonik Palembang, Jambatan Ampera ditutup buat pertama kalinya dalam sejarah bagi memberi peluang kepada penduduk setempat untuk melihat fenomena ini
- Fenomena ini ' disambut' meriah di Indonesia terutamanya di Palembang. Antara aktiviti di sana adalah sembahyang sunat gerhana, jualan food truck , selawat di atas Jambatan Ampera, glow night run dan banyak lagi
- Orang ramai mula membanjiri Jambatan Ampera seawal 4.30 pagi waktu tempatan
- Proses berlakunya gerhana penuh di Palembang adalah 1 Minit 20 saat dan masa ini berbeza mengikut tempat kerana Indonesia mempunyai 3 zon waktu yang berbeza
- Sewaktu langit menjadi gelap secara tiba - tiba, kedengaran orang ramai berselawat dan berzikir pada-Nya . Tidak kurang juga ada yang menangis
- Ketika menunggu keadaan gerhana penuh, ramai yang kecewa dengan penghasilan asap dari kilang yang menutup pandangan cahaya matahari. Namun begitu ianya berlaku seketika dan fenomena ini dapat dilihat dengan secara jelas
- Pada hari yang sama, mereka yang beragama Hindu turut menyambut upacara ataupun Hari Nyepi
|
skrin televisyen yang turut dipaparkan kepada orang ramai untuk menyaksikan fenomena ini |
Cuba bayangkan, keadaan langit yang cerah, tiba - tiba menjadi sangat gelap tanpa cahaya matahari. Perasaan ketika itu, takut, teruja dan terharu kerana ini bersyukur dapat melihat fenomena yang jarang sekali dapat dilihat dan pada masa yang sama turut membayangkan bila dunia tanpa cahaya matahari dan bulan.
|
Antara gambar Gerhana Matahari Penuh di Palembang yang berjaya dirakamkan oleh Projek Travel |
Fenomena ini sangat menarik dan berbaloi untuk melihat sendiri Gerhana Matahari Penuh yang jarang sekali terjadi. Tidak hairanlah ramai saintis dan media antarabangsa sanggup datang ke sini bagi membuat liputan mengenai fenomena alam ini
Jutaan terima kasih kepada Wonderful Sriwijaya dan Pesona Indonesia kerana sudi menjemput Projek Travel ke Palembang. Cerita di Sumatera Selatan tidak habis di sini kerana ada banyak lagi cerita dan tempat menarik akan kami kongsikan dalam masa terdekat. Jadi teruskan membaca Projek Travel !
3 Ulasan
Kecewa dengan kabut asap pupuk pusri ihik ihik
BalasPadamTp meskipun asap tp acara nya seru, merinding saat sholawat badar terdengar
subhanallah...
BalasPadamAllahu Akbar, Maha Besar kejadian gerhana matahari ni
BalasPadam