Ticker

6/recent/ticker-posts

JAPANESE LUNCH BUFFET DI YURI JAPANESE RESTAURANT

Japanese Lunch Buffet di Yuri Japanese Restaurant | Selepas merasai sendiri BBQ Buffet Dinner di Klana Resort Seremban, kali ini kami mencuba pula makanan Jepun di Yuri Japanese Restaurant. Ada tak peminat makanan Jepun kat sini? Kalau ada, jom kami kongsikan apa yang menarik tentang Japanese Lunch Buffet di Yuri Japanese Restaurant, Klana Resort Seremban. Check it out!



Japanese Buffet di sini menyediakan pelbagai jenis hidangan signature terkenal Jepun. Menyediakan 4 private Tatami rooms, kaunter Teppanyaki dan sushi bar pastinya berbaloi-baloi untuk penggemar makanan Jepun untuk mencuba pelbagai seleksi hidangan yang ada. 



Selain hidangan Japanese Buffet Lunch setiap hari Ahad yang bermula dari jam 11:30 pagi hingga 2:30 petang, Yuri Japanese Restaurant juga ada menyediakan hidangan ala-carte untuk hari-hari lain iaitu untuk makan tengah hari (lunch) atau makan malam (dinner).



Sebelum berkongsi tentang menu yang ada, jom kami kongsikan sedikit-sebanyak suasana di dalam Yuri Japanese Restaurant yang sangat kondusif dan selesa. Interior design restoran ini sangat simple, teratur dan kemas. Feel dia rasa relax semacam je bila masuk dalam tu sambil tengok pelbagai jenis makanan Jepun. Omnomnom.



Kapasiti tempat duduk untuk Yuri Japanese Restaurant mampu memuatkan lebih kurang 85 orang pada satu-satu masa. Memang sesuai untuk makan-makan bersama family dan kawan-kawan di hujung minggu.





Salah satu tarikan di sini semestinya kaunter Teppanyaki di mana pengunjung dapat tengok sendiri chef yang bertugas memasak secara live. Pilih saja bahan mentah seperti ayam, udang, salmon atau daging untuk dimasak oleh chef.



Selain Teppanyaki, kaunter Mee Soba pun ada tersedia di Yuri Japanese Restaurant. Jadi, jangan bimbang, jangan hampa. Macam-macam ada. Kalau tak makan yang bakar-bakar atau mee, ada banyak makanan lain yang ada.  Pilih je yang mana rasa berkenan di hati. Dengan hanya RM75.00 (dewasa) dan RM40.00 (kanak-kanak), makanlah sekenyang-kenyangnya. Gerenti berbaloi-baloi especially untuk korang yang suka gila dengan makanan-makanan Jepun. Tak dapat pergi Jepun, dapat makan kat sini pun dah ok apa, hehehe.



Ada tak yang suka makan seafood mentah (raw)? Orang Jepun kan suka makan seafood mentah seperti udang, seafood dan salmon. Tidak terkecuali, di Yuri Japanese Restaurant pun ada menyediakan fresh oyster dan fresh salmon bagi penggemar hidangan mentah. Tak pernah try makanan yang mentah? Haa, inilah masanya nak try. Perah je sedikit lemon dan makan begitu saja. Come and try yourself!



Ok, jom tengok menu-menu lain yang sempat kami rasa dan cuba sendiri di Yuri Japanese Restaurant tempoh hari. Selamat menjamu mata ye. Kalau ada kawan-kawan yang bertanya, "kat mana nak makan Japanese Buffet yang berbaloi?" Just bagitahu kat Klana Resort Seremban pun ada.











Pengalaman secara keseluruhan makan tengah hari di sini memang betul-betul puas hati dan berbaloi. Selain daripada seleksi yang pelbagai, rasa untuk setiap hidangan yang terhidang juga memang sedap. Jangan risau kalau tak suka makan sushi, ada pelbagai lagi makanan yang unik dan menarik untuk dicuba. Paling memikat selera, buah-buahan yang pelbagai jenis dan rasa. Seriously, menyegarkan dan menyelerakan. Masing-masing memang kusyuk makan sampai berkali-kali tambah. Kalau boleh, semua nak try. Memandangkan dah terlampau kenyang, ada hidangan yang tak sempat try. Blurpppp!



Sekian saja perkongsian kam untuk kali ini. Kalau bercadang nak datang sendiri untuk cuba makan Japanese Lunch Buffet di Yuri Japanese Restaurant, Klana Resort Seremban, bolehlah rujuk info yang disertakan kat bawah ni. Selamat mencuba!


Lokasi :
Yuri Restaurant 
Klana Resort Seremban

Alamat:
PT 4388, Jalan Penghulu Cantik, 
Taman Tasik Seremban, 
70100 Seremban, 
Negeri Sembilan Darul Khusus

Waktu operasi:
11.30pm to 2.30pm / 6.30pm to 10.30pm
Dibuka setiap hari untuk lunch dan dinner 

Kapasiti Tempat duduk:
85 seats

Harga buffet lunch (Hari Ahad sahaja):
RM75.00 (dewasa) / RM40.00 (kanak-kanak)

Talian Telefon:
(606) 766 7888 ext. 3555

Website:
www.klana-resort.com.my

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Oh di Seremban ya, kami sekeluarga memang suka makanan jepun ni sebab healthy

    BalasPadam