TEMPAT YANG HARUS DILAWATI DI SUMATERA SELATAN | Berbalik kepada turutan peristiwa Gerhana Matahari Penuh di Palembang yang lepas, krew kami di Projek Travel turut berkesempatan menjelajahi beberapa tempat menarik di Sumatera Selatan. Sempena dengan itu kami bawakan beberapa cadangan tempat menarik di Sumatera Selatan yang anda boleh kunjungi.
Berikut adalah 10 Tempat yang Harus Dilawati di Sumatera Selatan
#1. Jambatan Ampera, Palembang
Merupakan salah satu mercu dan kebanggaan di Palembang. Menariknya mengenai Jambatan Ampera ini, dahulunya jambatan ini boleh dipisahkan kepada dua bagi memberi laluan kepada kapal besar. Tetapi kini jambatan ini berfungsi sepenuhnya sebagai penghubung antara daerah Seberang Ulu dan Seberang Ilir yang dipisahkan oleh Sungai Musi.
Tips kami di Projek Travel, datang ke sini pada waktu malam dan nikmati Pempek atas bot di Sungai Musi!
Terletak 230Km dari Palembang, Putri Cave atau Gua Putri ini menyimpan mitosnya tersendiri. Dikatakan gua ini mendapat nama bersempena peristiwa seorang Putri yang kononnya ditegur oleh seorang penggembara lalu bertukar menjadi batu. stalactites and stalagmites yang terbentuk secara semula jadi menjadikan gua ini begitu unik sekali dibawah pancaran lampu LED.
P/s : Di perkarangan gua ini, Muzium Harimau sedang rancak dibina dan menjadi muzium yang kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Muzium Terengganu.
Anda sukakan nature? Ini adalah tempatnya dimana anda boleh nikmati pemandagan sunset, sunrise di sebalik Gunung Semilung yang terletak berhadapan Ranau Lake.
Tasik yang terbentuk daripada kesan gegaran gempa bumi dan gunung berapi ini merupakan tasik yang kedua terbesar di Sumatera.
Selain menikmati pemandangan disini, jangan lupa untuk berendam di kolam air panas semula jadi yang terletak di Pulau Marisa, kaki Gunung Semilung.
Tips Projek Travel : Cuba menginap di villa yang berhadapan dengan tasik ini dan nikmati pemandangan yang sangat awesome!
Kalau ditanya , ini merupakan tempat kegemaran saya dimana semua yang anda inginkan mengenai nature terdapat disini. Pagar Alam merupakan salah satu daerah yang terdapat di Sumatera Selatan.
Menariknya mengenai Pagar Alam ini adalah ianya merupakan kota yang dikelilingi gunung ganang dan dikenali sebagai daerah 1001 air terjun kerana daerah ini mempunyai banyak air terjun yang terhasil secara semula jadi. Daerah yang mempunyai populasi sebanyak 126.181 seringkali menjadi pilihan mereka yang sukakan alam semula jadi!
Buat anda yang ingin mencari lokasi penginapan yang sesuai, kami cadangkan anda menginap di Hotel Gunung Gare. Reka bentuk hotel yang menarik ini bukan sahaja menjanjikan keselesaan anda malah turut menjanjikan pemandangan 5 bintang!
Mana tidaknya terletak di tengah - tengah ladang teh segar, hotel ini turut berhadapan dengan Gunung Dempo yang terkenal. Tidak perlukan penghawa dingin, segala - galanya adalah segar dan semula jadi. Highly recommend!
#6. Air Terjun Curup Maung
#7. Air Terjun Curup Embun
Salah satu air terjun yang terdapat di Pagar Alam, lokasi yang sesuai untuk beristirehat dan tenangkan fikiran. Jangan lupa untuk mencuba bakso dan makanan tempatan lain yang dijual oleh penjual disini
Curup Embun merupakan salah satu air terjun yang berada di kaki Gunung Dempo. Air terjun kembar 3 ini seringkali menjadi pilihan para pelancong, juga menjadi pilihan kami di Projek Travel.
#8. Ladang Teh Pagar Alam
Kalau datang ke Pagar Alam, tak sah kalau tak pergi sendiri ke ladang teh nya. Dekat sini anda bukan sahaja boleh bergambar dengan pemandangan yang indah malah boleh beli teh dan kopi segar dari ladang untuk dibawa pulang sebagai tanda kenangan!
Sukakan aktiviti lasak ? Jadi disinilah tempatnya dimana anda boleh mencuba water rafting di sungai yang berskala 2 - 5. Satu pengalaman yang terbaik !
Bayangkan kereta off - road yang dipandu oleh remaja perempuan yang berusia 14 tahun. Saya dah mencubanya, anda bila lagi ?
Itu antara 10 tempat menarik di Sumatera Selatan, akan datang kami akan berkongsi itinerary ke Sumatera Selatan yang mungkin membantu anda merangka perjalanan ke sini.
3 Ulasan
One of the best journeys ever. Rindu pula ha bila baca entri ni! Sob
BalasPadambestnya...rindu le ke sana.
BalasPadamMula merindui sumatera
BalasPadam