Ticker

6/recent/ticker-posts

AKTIVITI LASAK DI GUA KANDU GOPENG PERAK


GUA KANDU merupakan gua batu kapur yang berusia lebih dari 400 juta tahun lamaya. Ianya dikatakan gua dimana pernah menjadi tempat Komunis Malaya berkumpul dan merancang strategi mereka pada suatu masa dahulu.Mitos pada nama gua ini pula adalah daripada seorang budak asli tempatan yang bernama Kandu. Dikisahkan budak ni merajuk kerana dimarahi oleh ibu bapanya lalu beliau lari dari rumah dan bersembunyi di dalam gua ini. Mengikut dari sumber cerita, sampai sekarang Kandu masih belum ditemui.



Kewujudan GUA KANDU tidaklah dikenali sangat jika nak dibandingkan dengan jirannya, iaitu GUA TEMPURUNG. Tapi apa yang menariknya berkenaan dengan GUA KANDU ini kerana keadaannya masih terpelihara dan berbeza dengan gua rekreasi lain di negeri Perak ni yang disediakan trek laluan pejalan kaki. *tiada trek laluan pejalan kaki yang proper. Ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti extreme.


Mereka yang mahu memasuki GUA KANDU ini perlu berhati-hati kerana tiada laluan khas disediakan, selain itu lampu juga tidak dipasang di dalam gua itu. *jadi pastikan anda membawa lampu dan bekalan kuasa yang mencukupi jika ingin meneroka gua ini. Dalam keadaan gua yang sebegini, anda juga dinasihatkan untuk jalan berpasangan supaya tidak kehilangan jejak ketika menerokainya.


Jika pada awalnya, penerokaan kami kelihatan agak santai namun, apabila hampir separuh perjalanan dilalui, kesukaran perjalanan semakin dirasai. Ada di antara laluan itu memerlukan kami mendaki dan menuruni cerun gelap berkaki-kaki tingginya yang mana memerlukan sokongan tali untuk melakukannya. Tidak kurang juga ada yang memerlukan kami merangkak untuk tiba ke lokasi seterusnya.

Melihat pada keindahan stalagtit dan stalagmit yang bercantum selama ratusan tahun lalu membentuk pelbagai bentuk arca  di segenap penjuru gua itu, nyata mempesonakan dan menghilangkan penat lelah kami. Tapi sayang, ada diantaranya sudah rosak atas perbuatan pengunjung yang tidak bertanggungjawab.


Sepanjang perjalanan korang meneroka GUA KANDU ini, korang pasti berpeluang untuk melihat kesan-kesan peninggalan komunis dalam bentuk penulisan dan lambang bintang di dinding-dinding gua. Seperti yang telah saya beritahu sebelum ini, ia dikatakan bahawa GUA KANDU ni telah menjadi tempat dimana Komunis Malaya pada suatu masa dahulu untuk bersembunyi dan merancang strategi mereka.


Berikut merupakan salah satu dari tulisan yang sempat kami ambil untuk dikongsikan bersama korang. Tulisan ini bermaksud 'Long Live Maozitong'  dimana Maozitong itu merupakan ketua komunis pada zaman tersebut.


Penerokaan kami tidak hanya selesai dengan begitu sahaja, ini kerana kami perlu melakukan aktiviti flying fox sebelum menempuh cabaran terakhir iaitu melalui laluan paling mencabar di lereng bukit sebelum turun ke bawah.



Berkat kesabaran, akhirnya kami telah berjaya meneroka GUA KANDU dengan selamat. Penerokaan kami adalah dengan bantuan / guide dari Nomad Adventure. Kalau korang nak ke sini, saya cadangkan korang berurusan dengan mereka.

HEAD OFFICE
525 Jalan 17/13,
46400 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Tel. +6(03)79585152 /3151
Fax. +6(03)79581710

EARTH CAMP
Lot 17525 Kampung Chulek,
Gopeng Kampar,
Perak Darul Ridzuan


Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Perak World of Wonders, iaitu lawatan media yang diadakan pada 23 Mac hingga 26 Mac 2016 lalu. Acara itu telah dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine dan Tourism Perak sempena meraikan "Tahun Melawat Perak 2017".


Catat Ulasan

0 Ulasan