Ticker

6/recent/ticker-posts

GALERI DIRAJA GALERI SULTAN AZLAN SHAH


Sudah beberapa kali admin ke Kuala Kangsar yang mana ianya juga digelar sebagai bandar diraja Negeri Perak. Kunjungan admin ke Kuala Kangsar pada kali ini ternyata bukan sekadar kunjungan biasa kerana ia adalah semata-mata untuk menerokai GALERI DIRAJA iaitu GALERI SULTAN AZLAN SHAH.


Untuk pengetahuan korang, GALERI SULTAN AZLAN SHAH ini ada mempamerkan koleksi-koleksi Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah serta khazanah-khazanah pemerintahan Kesultanan Perak. Ia turut memberikan maklumat mengenai sejarah dan susur-galur Kesultanan Perak, gambar serta kenderaan rasmi, termasuk cenderahati-cenderahati yang telah Almarhum Tuanku terima.


GALERI SULTAN AZLAN SHAH ini terbahagi kepada dua bangunan, dimana pada bangunan yang pertama menempatkan koleksi-koleksi yang bersaiz kecil manakala di bangunan kedua pula menempatkan koleksi-koleksi bersaiz besar seperti kereta yang digunakan oleh Almarhum Tuanku.


Untuk info lebih lanjut, mari kita baca info yang kami dapat melalui laman web Majlis Perbandaran Kuala Kangsar ini sendiri.

Galeri Sultan Azlan Shah secara rasmi dibuka oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada tarikh 9 Disember 2003. Awalnya istana yang disebut “Istana Hulu” atau disebut Istana Kota terletak di Bukit Chandan, merupakan istana konkrit yang pertama dibina di Negeri Perak. Istana ini kepunyaan Almarhum Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke 28 (1887-1916). Ia mula dibina pada tahun 1889 dan siap pada tahun 1903. Pada tahun 1916, istana ini diduduki oleh anakanda baginda, Almarhum Sultan Abdul Jalil. Dua tahun kemudian, istana ini telah diduduki pula oleh putera baginda iaitu Sultan Yussuff Izudin Shah, Sultan Perak ke 32 (1948-1963).

Dalam tahun 1954, Istana Hulu ini telah dimiliki oleh Kementerian Pelajaran, dan dalam tahun 1957, bangunan ini di gunakan sebagai sekolah yang dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Istana Kota. Pada tahun 1970, Sekolah Kebangsaan Istana Kota ditukar dengan nama Sekolah Raja Perempuan Muzwin, iaitu mengambil sempena nama DYMM Raja Perempuan Perak iaitu Raja Muzwin Binti Raja Ariff. Pada tahun 1996, Sekolah Raja Perempuan Muzwin telah mendapat bangunan barunya yang berhampiran dengan kawasan ini. Bangunan istana yang ditinggalkan ini akhirnya telah dicadangkan untuk di jadikan Galeri Sultan Azlan Shah.

Galeri ini memaparkan sejarah dan tonggak kehidupan termasyhur DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan. Tidak terlepas dari signifikansi sejarahnya, bangunan megah Galeri Sultan Azlan Shah menunjukkan perpaduan unik dari gaya arkitektur seperti atapnya unik berbentuk ‘bumbung limas’ dari nyeri, struktur bumbung begitu menarik seperti piramid,manakala bentuk keseluruhan adalah campuran estetika ciri tempatan dan kolonial. Pada peringkat awal pembinaan, bahan bangunan yang berpunca dari luar negeri – genteng dari Perancis, sementara dinding dan lantai ubin yang berpunca dari Itali – untuk melengkapkan batu tempatan dan yang terbaik dari ‘Cengal’ dan ‘Meranti’ kayu yang digunakan untuk atap rangka batang dan balok .

Pelbagai aneka memorabilia dan barang-barang peribadi milik Sultan Perak dipamerkan di galeri ini. Ada juga bangunan berasingan yang menunjukkan unit kereta kerajaan dan kereta peronda yang digunakan dalam iring-iringan kereta ketika Sultan Azlan Shah memerintah. Ada juga kedai cenderamata yang menjual barang yang berkaitan dengan kesultanan Perak. “_laman web Majlis Perbandaran Kuala Kangsar


Bahan-bahan pameran di GALERI SULTAN AZLAN SHAH ini dibahagikan mengikut ruang-ruang pameran tertentu seperti salasilah diraja, gambar-gambar DYMM bersama keluarga, DYMM sebagai tokoh perundangan di Malaysia, info-info mengenai Istiadat pertabalan DYMM sebagai Sultan Perak Ke-34, DYMM sebagai Dipetuan Agong Malaysia Ke-9, penglibatan DYMM sebagai tokoh sukan terutama sukan Hoki, Koleksi peribadi DYMM Tungku Permaisuri Bainun, koleksi cenderamata yang diberikan oleh para pembesar negara lain, DYMM semasa zaman remaja dan persekolahan, Anugerah-anugerah Kehormat Pendidikan yang diterima, koleksi keris dan yang terakhir koleksi kereta yang dimiliki oleh DYMM.




PERINGATAN !!! Pengunjung sebenarnya ADALAH DILARANG untuk mengambil gambar sebarang bahan yang dipamerkan di dalam galeri ini .

Galeri Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan

Tel: 05-7775362 atau Fax: 05-7774957

Email : gsas@perak.gov.my
Website : http://www.muziumperak.gov.my atau http://gsas.perak.gov.my
Dibuka Setiap Hari : 9.30 pagi – 5.00 petang
Jumaat : 9.30 pagi – 12.15 tengahari dan 2.45 petang – 5.00 petang

Bayaran Masuk:
Dewasa
 : RM4.00 / Warga Emas : RM2.00
Pelajar IPTA dan Sekolah Menengah : RM2.00 / Sekolah Rendah : RM1.00

Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Tuanku dan ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman Al Fatihah


Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Perak World of Wonders, iaitu lawatan media yang diadakan pada 23 Mac hingga 26 Mac 2016 lalu. Acara itu telah dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine dan Tourism Perak sempena meraikan "Tahun Melawat Perak 2017".


Catat Ulasan

0 Ulasan