Ticker

6/recent/ticker-posts

SANTAI, 'CHILL' & BERGAYA DI PERHENTIAN ISLAND RESORT!


Percutian team Projek Travel ke Pulau Perhentian kali ini disambut dengan kilauan lautan tenang di sepanjang perjalanan dari Jeti Kuala Besut ke Jeti Perhentian Island Resort di Pulau Perhentian Besar. Sebelum itu, teamProjek Travel singgah sebentar di Lapangan Terbang Sultan Muhammad Kota Bharu, Kelantan usai mendarat dengan penerbangan Air Asia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2).



KehadiranProjek Travel yang memenuhi undangan khas Perhentian Island Resort nyata berbaloi apabila kami disajikan dengan tawaran aktiviti laut yang cukup 'interesting' antaranya bersnokel di batuan karangan indah yang terletak di pulau berhampiran resort ini. Malah, di sepanjang pantai berhadapan resort ini adalah tempat popular sang penyu bertelur.


Terdapat hampir 30 ekor penyu di lautan sepanjang pantai resort ini sahaja!



Ketibaan hari pertama team kembaraProjek Travel membawa 5 arjuna mengelilingi kemudahan yang terdapat diPerhentian Island Resort. Menjelang malam, aktiviti sang arjuna mulai tertumpu kepada perkongsian sembang pantai di cafe yang terbina di sepanjang pantai di Pulau Perhentian Besar. Deruan perlahan ombak disapa bayu malam nyata mengasyikkan untuk sang pengembara yang menginap di sini, Kedudukan strategik Perhentian Island Resort yang terletak di lengkungan terlindung memberi nilai tambah romantis buat pengunjung di sini.



Hari kedua, team Projek Travel mulai meneroka dunia dasar laut di lautan lepas menerusi aktiviti snorkel. Usai penerangan ringkas oleh Diyana (sea-guide bertugas), bot laju yang membawa rombongan Projek Travel terus menongkah ombak ke tengah lautan sebelum berhenti di Tokong Burung, sebuah pulau kecil yang terletak berhampiran Pulau Rawa untuk aktiviti snorkel.


Penerangan ringkas oleh Diyana (sea-guide bertugas)

Keindahan dunia dasar laut nyata seperti di alam fantasi - keindahan karangan yang terlindung bak taman rahsia menawarkan suasana tenang yang pasti mengujakan!


Pengembaraan diteruskan dengan hentian snorkel di perairan Pulau Rawa. Di sini, kawanan anak jerung menanti mereka yang gemarkan pecutan adrenalin! Malah, anda mungkin terserempak dengan Parrot Fish yang cukup besar di sela arus ombak yang agak deras. Namun, berhati-hati agar tidak tertarik ke tengah lautan dek arus yang tidak menentu. Penat berhempas-pulas di Pulau Rawa, team Projek Travel dibawa kembali ke perairan sekitar Perhentian Island Resort untuk menyaksikan penyu. Kami cukup beruntung apabila seekor penyu agar sedang berenang santai di permukaan lautan betul-betul di hadapan pantai resort ini.


Tambah menarik, demi memastikan kelangsungan produk pelancongan Pulau Perhentian yang baik dan berpanjangan, satu kawasan Penetasan Penyu telah ditubuhkan pada 7 Mei 2016 lalu oleh pihak pengurusan Perhentian Island Resort dengan sokongan Jabatan Perikanan Malaysia. Terletak di sebelah Pusat Aktiviti Laut (Sea Sports Centre), kawasan Penetasan Penyu ini dijaga oleh sekumpulan pekerja dari pelbagai jabatan di resort ini yang dikenali sebagai “Turtle Warrior” atau “Pendekar Penyu”. Nah, menarik bukan? Semua ini demi memastikan kelangsungan hidupan penyu di perairan berhadapan resort ini!


Setelah menikmati buffet makan tengah hari di resort, team Projek Travel sekali lagi dibawa melakukan aktiviti snorkel, namun kali ini lebih berhampiran dengan resort - Taman Negara Laut Pulau Perhentian dan sekitar Batu Nisan, Perhentian Kecil. Pelbagai ikan kecil pelbagai warna termasuk spesis Nemo yang menjadi perhatian ramai boleh dilihat di sini.


Pilihan juadah enak secara buffet gabungan ciri East Meet West pastinya membuka selera pengunjung. Buffet yang disediakan sebanyak 3 kali sehari iaitu pada waktu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam pastinya berbaloi buat santapan setelah seharian berhempas-pulas di laut lepas.

Untuk yang gemarkan percutian santai, chill dan bergayaPerhentian Island Resort menawarkan keseluruhan pakej terbaik buat anda! Team Projek Travel really enjoy our short gateway trip here, sangat ohsemm!

Layari www.perhentianislandresort.net untuk maklumat lanjut berkenaan resort hebat ini. Jangan lupa juga untuk teroka hashtag #PTxPerhentianResort untuk melihat gambar-gambar kami di sana!

Foto by Akugraphy

Catat Ulasan

2 Ulasan