Ticker

6/recent/ticker-posts

PENGALAMAN BERMALAM DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI


Buat anda yang sudah baca mengenai tempat menarik di Gua Musang , Kelantan, kali ini kami di Projek Travel ingin berkongsi mengenai pengalaman bermalam di Perkampungan Orang Asli  Kampung Redip.



Aktivti ini antara perancangan di dalam eko pelancongan Negeri Kelantan yang kini membangunkan tempat – tempat yang berpotensi sebagai tempat pelancongan.

Kampung Redip Pos Hau , Kuala Betis Gua Mudang terletak kira – kira 56 Kiometer dari bandar Gua Musang. Untuk ke sini, anda perlu menaiki kenderaan pacuan 4 roda dan meredah jalan merah dan tidak berturap. Perjalanan yang mengambil masa lebih dari 2 Jam ini sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti off – road dan lasak.



Walaupun jauh ke dalam, perjalanan anda ke sini berbaloi kerana ternyata aktiviti yang tersedia oleh Masyarakat Orang Asli disini segalanya menarik ! 







Bermula dari trekking ke Air Terjun Leurew , demonstrasi pemasangan jerat traditional , demonstrasi menyumpit dan masakan asli masyarakat orang asli sehinggalah ke persembahan sewang menanti anda


Mengenai penginapan chalet pula, ianya cukup menarik dan mengejutkan kami. Pada asasnya kesemua 12 chalet yang tersedia ini nampak biasa sahaja. Tetapi apabila anda melangkah masuk ke dalam chalet ini ternyata ianya sesuatu yang eksklusif.




Walaupun reka bentuk chalet ini masih lagi mengekalkan ciri – ciri rumah asal Masyarakat Orang Asli , namun kemudahan seperti bilik air , heater di dalam membuatkan segala – galanya selesa






Menariknya lagi mengenai chalet disini, disekelilingnya adalah rumah – rumah masyakarat Orang Asli. Jadi anda boleh berjalan – jalan di kawasan sekitar sambil mendalami gaya hidup Orang Asli Kampung Redip , Pos Hau




Pada sebelah malamnya pula, perkampungan di tepi sungai ini bakal ‘hidup’ kerana  anda bakal dihiburkan dengan persembahan sewang yang cukup menarik sebagai simbolik meraikan kedatangan tetamu ke perkampungan mereka




Selain dari budaya dan cara hidup mereka yang menarik , jangan lupa untuk dapatkan kraftangan Orang Asli Kampung Redip untuk dibawa pulang sebagai tanda kenangan apabila anda datang kesini

dakwat racun hitam pada lidi ini mampu menumbangkan seekor gajah 


Jangan lupa untuk mencuba sendiri sumpit ini 


Jadi buat anda yang inginkan ketenangan, jauh dari bandar dan ingin dekatkan diri dengan alam, destinasi Perkampungan Orang Asli Kampung Redip, Pos Hau Gua Musang adalah tempatnya

Terima Kasih Tourism Malaysia dan Tourism Malaysia Kelantan 

Catat Ulasan

0 Ulasan