Ticker

6/recent/ticker-posts

TEMPAT MENARIK DI GUA MUSANG KELANTAN

Bagi anda yang masih ingat, pada Disember 2014, negara dikejutkan dengan peristiwa Banjir besar yang melanda pantai timur. Yang teruk terjejas adalah Gua Musang Kelantan. Hampir kesemua bandar ini digenangi air.


Hari ini Gua Musang kembali normal dengan pelbagai kemudahan dan tarikan giat dijalankan bagi menarik minat pelancong mengenali sendiri Gua Musang , Kelantan.


Sempena dengan Kembara Eko Kelantan 2016 , Tourism Malaysia Kelantan telah menjemput Projek Travel untuk bersama-sama terokai pelancongan eko yang terdapat di Gua Musang. Kepada anda yang ingat Gua Musang masih lagi lumpuh, ternyata silap. 

Jadi dikesempatan ini kami ingin berkongsi antara tempat menarik di Gua Musang yang boleh anda kunjungi.

1.KESEDAR INN


Mungkin anda hairan kenapa kami di senaraikan Kesedar Inn sebagai salah satu tempat menarik di Gua Musang.



Selain menjadi pilihan hotel di Gua Musang, anda juga harus melihat kesan-kesan banjir di bangunan ini yang terjejas teruk akibat banjir.

paras air banjir yang pernah melanda di kawasan hotel ini 




80% daripada hotel ini telah rosak teruk dan ada diantaranya tidak dapat dibaiki. Kesannya anda masih lagi boleh lihat sebagai tatapan sejarah sejak 2014 .

2.TAMAN ETNO BOTANI



Taman Etno Botani atau Taman Mini Herba ini terletak di belakang Kolej Poly Tech MARA Kesedar,  Gua Musang






Kawasan seluas 35 Hektar ini merangkumi tanaman herba sebagai tarikan utama. 500 jenis tanaman herba bakal dipenuhi di dalam Taman Etno Botani ini.



kemudahan spa yang disediakan disini





Selain itu terdapat juga aktiviti rock climbing, abseiling dan repelling, spa dan khabarnya bakal dibuka adalah mini taman tema air. Kesemua fasiliti disini sedang rancak dibina dan dibaik pulih. Jadi adalah dinasihat jika anda membuat temu janji dahulu sebelum datang ke sini.

Untuk maklumat lanjut hubungi Ketua Unit Taman Etno Botani,
Tuan Hj Mohd Khairuddin Abu Bakar : 014 – 831 9600

3. GUA, GUA MUSANG


Kalau nak tahu asal usul Gua Musang, anda kena datang sendiri ke Gua Gua Musang yang terletak berhampiran stesen keretapi lama Gua Musang. Malangnya kunjungan kami kesini tidak bernasib baik kerana gua ini tidak dapat masuk atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, khabarnya asal usul gua ini kononnya terdapat batu yang berbentuk musang di dalam gua ini

4. STESEN KERETAPI LAMA GUA MUSANG



Stesen ini sudah ditutup sejak 2014. Selepas banjir teruk yang melanda Kelantan, stesen ini tidak lagi berfungsi dan kini menjadi salah satu peninggalan sejarah.





Bagi anda yang sukakan fotografi, mungkin ini salah satu spot yang terbaik untuk mengambil gambar 

5. TOKONG SWEE NYET (TOKONG MEK)


Terletak kira – kira 15km dari Bandar Gua Musang, Tokong Swee Nyet atau Tokong Mek yang berada di Kampung Pulai ini merupakan salah satu peninggalan sejarah Malaysia yang ada di Gua Musang. Merupakan penempatan asal orang Cina yang pertama di Negeri Kelantan kira-kira 500 tahun yang lalu.



Dikatakan kedatangan orang-orang Cina ke Pulai Gua Musang pada 1249 kerana Laksamana Cheng Ho bermimpi menjumpai emas yang banyak.



Asal usul nama Tokong Swee Nyet ini kerana di dalam tokong ini terdapat gambar lukisan Tokong Mek (Kuan Yin) yang dibawa oleh pengganut Buddha yang berhijrah ke Pulai Gua Musang

6. KAMPUNG REDIP, POS HAU GUA MUSANG


Menjadi antara tarikan yang unik di Gua Musang, Kampung Redip yang terletak di Pos Hau Gua Musang ini merupakan Perkampungan Orang Asli yang menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti khas untuk para pelancong termasuk kemudahan chalet. 




Antara aktitivi yang menanti para pengunjung adalah demonstrasi masakan traditional, demonstrasi pemasangan jerat, demonstrasi menyumpit, permainan traditional, persembahan kebudayaan, Eksplorasi Bunga Rafflesia dan banyak lagi









Jadi itu antara senarai tempat menarik di Gua Musang Kelantan, pada next entry akan kami kongsikan mengenai Pengalaman Bermalam Di Perkampungan Orang Asli Hau, Gua Musang'

Jika diantara anda yang ada cadangan tempat menarik di Gua Musang, mungkin boleh cadangkan kami di Projek Travel ! Nantikan next entry! 

Terima Kasih 
Tourism Malaysia 
Tourism Malaysia Kelantan

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. OMG! Rasa rugi tak dapat join trip ni. Not bad juga aktiviti dia. Plus, aku tak pernah pergi ke Kelantan lagi. Grrr

    BalasPadam
  2. Bestnya tempat ni..nak kesini jugak bila ada masa lapang

    BalasPadam
  3. Glamer...waris ambo hok pakai baju meroh (kesedar Inn)

    BalasPadam