GAHARU TEA VALLEY TARIKAN BARU PELANCONGAN DI GOPENG | Jika di Cameron Highlands, kita boleh melihat seluas mata memadang ladang teh yang ada disana samada dari syarikat Bharat Tea atau dari syarikat Boh Tea.
Tetapi di Gopeng Perak, lokasi yang diberi nama Gaharu Tea Valley akan kelihatan keadaan yang hampir sama seperti ladang teh tetapi disini pohon gaharu yang ditanam berteres-teres seperti di Cameron Highlands.
Ramai diantara kita termasuklah mereka yang tinggal dikawasan sekitar Gopeng Perak tidak mengetahui tentang kewujudan tempat yang boleh dijadikan salah satu lokasi perlancongan di Negeri perak.
Ramai diantara kita termasuklah mereka yang tinggal dikawasan sekitar Gopeng Perak tidak mengetahui tentang kewujudan tempat yang boleh dijadikan salah satu lokasi perlancongan di Negeri perak.
Bila melangkah masuk kekawasan Kebiasaannya kita lebih mengenali pohon gaharu akan menghasilkan wangian untuk kegunaan orang ramai. Tetapi siapa sangka pohon gaharu telah dijadi bahan lain untuk minuman dan juga produk makanan lain.
Sekiranya korang datang ke ladang gaharu di Gaharu Tea Valley Gopeng Perak ini, korang akan tergamam dengan keunikkan cara penanamannya yang begitu sistematik. Apa yang diberitahu, kesemua baja dan racun yang digunakan disini adalah bersifat organik dimana tiada campuran bahan kimia pada penyediaan baja dan juga racun kawalan serangga.
Seperti yang diberitahun tipikal orang akan memikirkan pohon gaharu hanya boleh menghasilkan minyak gaharu dan juga getah gaharu. Terkini evolusi gaharu telah berubah menjadi pelbagai jenis produk seperti teh gaharu, mee segera gaharu dan juga biskut berperisa gaharu.

Teh Gaharu |
Minyak wangi gaharu |
Mee Segera Gaharu |
Biskut Gaharu |
Apa yang boleh diulaskan disini adalah lokasi perlancongan yang dirasa boleh dijual tidak sepatutnya diabaikan dan perlu dikongsi bersama pembaca untuk memeriahkan produk perlancongan seperti Gaharu Tea Valley yang terletak di Gopeng Perak ini.
Bagi korang yang ingin melawat Gaharu Tea Valley ni, ini ada disediakan informasi untuk kesana.
GAHARU TEA VALLEY
Lot 9840, Mukim Sg. Teja
31600 Gopeng Perak
Malaysia
Telefon:
Tel: 05-3511 999
Fax: 05-3511 996
Website: www.gaharu.com.my
Email: info@gaharu.com.my
0 Ulasan