Sambungan dari entry Eko Kelantan Dekat Je 2016 baru – baru
ini. Buat anda yang tidak tahu, terdapat banyak khazanah yang terdapat di Gua Musang
Kelantan ini
Kunjungan kami di Projek Travel kesini sangat beruntung
kerana kami berjaya menemui Sang Gergasi yang berada di Gua Musang,Kelantan.
Sang Gergasi yang dikenali sebagai Bunga Rafflesia ini sebenarnya jarang sekali dapat
dijumpai di kebanyakan hutan
Ini kerana bunga yang terbesar di dunia ini memerlukan ciri
dan kawasan habitat yang sesuai untuk tumbuh hidup. Bunga ini mengambil masa 9
bulan untuk mekar kembang dan akan jangka masa hidup Bunga Rafflesia hanyalah selama seminggu
Bunga Rafflesia ini terdapat di Kampung Redip , POS Hau ,
Gua Musang di bawah jagaan orang asli di sini.Ternyata eksplorasi kami
berbaloi. Dikatakan untuk menemui Bunga Rafflesia ini, anda perlu dapatkan
maklumat mengenai pertumbuhannya terlebih dahulu. Jika tidak kunjungan anda ke sini hanyalah sia – sia
Untuk kesini, anda perlu menaiki pacuan 4 roda dari Bandar
Gua Musang ke Kampung Redip. Perjalanan off- road selama 2 jam ini tidak
berhenti disitu sahaja. Sampai sahaja di kampung ini, anda perlu mendaki kaki
gunung selama 40 minit untuk ke Taman Rafflesia
Setibanya kami disini, kelihatan beberapa kuntum Bunga
Rafflesia yang masih belum kembang dan ada yang sudah mati.
akar Bunga Rafflesia |
Hampa seketika
kerana sangkaan kami ,tidak akan berjaya menjumpai Bunga Rafflesia yang mekar
kembang
Namun begitu , sangkaan kami ternyata tidak tepat kerana ada
sekuntum bunga yang sudah kembang. Walaupun tidaklah begitu besar mengikut
saiznya yang asal namun kami tetap gembira dan bangga kerana berjaya menemuinya
Pada kami yang baru pertama kali melihat Bunga Rafflesia ini
secara dekat, saiznya ini sudah cukup membuktikannya sebagai Bunga yang
terbesar di dunia.
Bagi anda yang ingin
melihat Bunga Rafflesia ini, datanglah ke Gua Musang Kelantan kerana ada banyak
fakta dan tempat menarik untuk diterokai !
Terima kasih
Tourism Malaysia
Tourism Malaysia Kelantan
1 Ulasan
boleh berikan kemudahan yang ada di sana? terima kasih
BalasPadam