Ticker

6/recent/ticker-posts

PENGINAPAN MURAH, GAYA MEWAH DI HOMESTAY AMNAHOME PERTH UNTUK RAKYAT MALAYSIA!



Kembara team Projek Travel kali ini singgah di benua besar Australia yang cukup terkenal dengan haiwan signature Koala & Kangaroo! Destinasi percutian santai memilih bandar Perth sebagai lokasi penginapan (dan jalan-jalan!) selama 4 hari 3 malam. Pilihan tarikh di awal minggu September 2016 cukup mempertemukan kami dengan transisi musim sejuk ke musim bunga, menggigil juga dengan suhu yang jatuh sehingga ke 4 darjah celcius!


AmnaHome yang terletak di Mantra, Murray Street, Perth (tengah-tengah kota besar Perth) nyata pilihan terbaik untuk kembara kali ini. Nah, kami nyatakan 8 sebab kenapa anda perlu memilih AmnaHome kalau berkunjung ke Perth!

Selepas proses penjenamaan semula, Amna Home kini telah dikenali sebagai The Clover Home.
www.theclover-ah.com


SEBAB 1

Lokasi paling strategik, terletak di tengah-tengah bandar besar Perth! Hanya 5 minit berjalan kaki ke Stesen Sentral TransPerth - mudah untuk ke mana-mana bandar berdekatan lain! Malah, korang boleh berjalan kaki ke banyak tarikan pelancongan di sekitar bandar ini. Makanan halal pun mudah didapati di pelbagai restoren sekitar AmnaHome.


Restoren makanan melayu halal paling murah di Perth.


SEBAB 2

Akses mudah ke pengangkutan awam! Haa, bukan sahaja tren dan lrt, malah korang boleh menaiki bas percuma CAT untuk pusing-pusing Perth! Hentian betul-betul berhadapan AmnaHome ni. Tak perlu menapak jauh untuk dapatkan bas percuma. Jimat kos bukan?



SEBAB 3

Homestay lengkap! Ruang tamu, bilik tidur utama, bilik tidur tambahan, bilik air yang cukup besar dengan bathtub panas, dapur lengkap dengan ketuhar dan perkakasan memasak *hotel biasa tak boleh memasak, kan?, termasuk mesin basuh & pengering pakaian *tak perlu dobi dah dan parkir kenderaan percuma di tingkat bawah tanah; fuh! Korang boleh datang ke Perth dengan berlenggang sahaja, bahan mentah halal boleh dibeli di pasaraya Coles yang terletak berhadapan AmnaHome ni jer.


Ruang tamu yang dilengkapi set sofa, heater, penghawa dingin, tv, meja makan dan sebagainya.

Bilik tidur utama dilegkapi katil queen size, almari dan sebagainya.

Bilik ke dua yang dilengkapi katil single dengan tambahan katil mudah alih dan inflatable bed *atas permintaan.

Kelengkapan masak seperti pinggan mangkuk, gelas, oven, microwave, peti ais dapur elektrik dan macam-macam lagi.

Bilik air yang cukup besar dengan bathtub panas.

Kelengkapan mesin basuh & pengering pakaian

SEBAB 4

Privasi! Yes, perkara paling penting pabila berada di luar negara. Terletak di tingkat atas, jelas hiruk pikuk suasana bar jalanan di bawah tidak akan menganggu ketenteraman korang. Malah, akses lif dan pintu berkad memastikan keselamatan barangan terjaga dengan selamat. 


SEBAB 5

Pemandangan atas bandar Perth dari tingkat 11 yang sangat awesome! Wow, serius cantik. Korang boleh bergaya di balkoni AmnaHome ni berlatar-belakang bandar Perth, lagi cun kalau guna kamera lasak GoPro!

Bahagian beranda unit AmnaHome di Mantra, Murray Street


SEBAB 6

Harga homestay murah berlokasi di tengah bandar Perth! Hah, memang tidak disangkal dengan harga serendah AUD165 semalam, homestay ini boleh memuatkan sehingga 6 orang (untuk keselesaan optimum) *lokasi ideal untuk korang yang datang travel secara berkumpulan. Masa mendaftar masuk adalah pada jam 2 petang dan mendaftar keluar pada hari akhir adalah jam 12 tengah hari.


SEBAB 7

Istimewa buat pemburu Pokemon Go! Pelbagai spesis rare boleh ditemukan dengan hanya berjalan kaki (nak merangkak juga dialukan) dari bilik tidur ke ruang tamu di dalam AmnaHome! Nak lebih banyak, kenalah turun ke lobi homestay ini, pasti korang berpuas hati dengan tawaran spesis Pokemon yang tidak didapati di Malaysia (tips: dapatkan Kangaskhan di luar lobi homestay ini)


SEBAB 8

Layanan staff AmnaHome yang sangat friendly. Nah, untuk yang pertama kali ke Perth; bantuan mereka pasti diperlukan. Anak muda Malaysia yang bertugas di sana tidak lokek berkongsi segala macam tips dan tempat makan halal serta murah di Perth! Malah, korang boleh dapatkan bantuan mereka pada bila-bila masa, serius cukup baik! Sudah semestinya tidak akan wujud masalah komunikasi semasa korang melakukan tempahan atas talian mahupun semasa check in di sana kerana mereka juga boleh berbahasa Melayu.

Untuk tempahan bilik korang boleh terus hubungi mereka di +61402 966 473 atau email ke reservation@amnahome.com.

Selepas proses penjenamaan semula, Amna Home kini telah dikenali sebagai The Clover Home.
www.theclover-ah.com

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. mau kangaskhan saekor, mau bikin kangaskhan penyet... hehe

    BalasPadam
  2. best giver homestay ni, defat dengan segala benda

    BalasPadam
  3. untuk 6 dewasa 3 kanak-kanak sesuai tak homestay ni? atau ada charge tambahan? tq

    BalasPadam