Ticker

6/recent/ticker-posts

MAKANAN HALAL MALAYSIA PALING MURAH DI BANDAR PERTH


MAKANAN HALAL MALAYSIA PALING MURAH DI BANDAR PERTH | Kalau korang berpeluang untuk travel ke Perth Australia, rasanya korang tak perlu risau akan kempunan untuk makan makanan Malaysia. Nak nak pula jika korang yang beragama islam yang sangat mementingkan halal haram makanan.


INSAN CAFE, PERTH


Di tengah bandar Perth ada beberapa buah restoran makanan melayu halal yang boleh jamu korang dengan pelbagai jenis makanan halal signature malaysia. Tapi bukan sekadar halal yang korang cari, kami sendiri sudah menikmati kesemua restoran-restoran tersebut dan ternyata Insan Cafe merupakan restoran yang menyediakan makanan halal Malaysia paling murah di bandar Perth.



Berikut merupakan senarai harga makanan di Insan Cafe, Perth*harga semasa lawatan kami awal September 2016


Banyak pilihan makanan seolah-olah korang berada di restoran nasi campur di Malaysia. Kalau tak percaya boleh tengok sendiri gambar-gambar kat bawah ni.





Bagi korang yang berselera western tu, tak perlu risau sangat sebab kat sini pun ada pakej makanan western yang murah. Pakej makanan western ni baru sahaja diperkenalkan oleh diorang kerana atas permintaan pelanggan mereka. Tak hairanlah masa kami pergi pun memang ramai juga pelanggan mereka dari warga tempatan.


Alamat :
113-115 Murray St,
Perth WA 6000, Australia

Waktu Beroperasi :
11:30AM–10PM (waktu tempatan)

Phone:
+61 8 9241 0588

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Okay, yang terlepas. Masa pergi haritu tak sempat nak pergi ke Insan's Café. Cili potong pun kena bayar. Fuyoh!

    BalasPadam
  2. Nampak menyelerakan..nice sharing bro

    BalasPadam
  3. Nikmatnya tengok makanan ketika perut kosong....awak-awak pergi jalan tak ajak kakak yer!

    BalasPadam