Ticker

6/recent/ticker-posts

PERLIS SYURGA PENCINTA ALAM SEMULA JADI

Negeri nun di utara tanah air, Perlis menunggu ketibaan wakil Projek Travel dan peserta lain yang turut sama terlibat dalam Perlis Nature ' A Sneak Preview'.  Menjanjikan pelbagai produk pelancongan yang berasaskan alam semula jadi menunggu kami untuk diterokai, peserta kali ini terdiri daripada media, tour guide, penggiat industri dan wakil - wakil yang turut sama dalam kembara yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia Perlis




Kalau dahulu, ramai yang mengeluh untuk ke Perlis, manakan tidak, hanya pengangkutan bas sahaja yang ada untuk ke sini. Jika tidak, pengunjung perlu menaiki kapal terbang dan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas Kedah dan perlu menaiki pengangkutan lain yang mengambil masa lebih kurang 1 jam pula untuk tiba di Perlis




antara kemudahan yang disediakan di dalam ETS 

Kini, anda tidak perlu risau kerana Keretapi Tanah Melayu Berhad ( KTMB) melalui perkhidmatannya yang terkini, Electric Train Services (ETS) menawarkan perkhidmatan pengangkutan yang jauh lebih selesa dan pantas.

Mengambil masa lebih kurang 5 jam dari Stesen KL Sentral ke Stesen Arau, perjalanan jauh langsung tidak terasa dengan keselesaan yang ditawarkan ETS kepada penumpangnya. Malah pandangan turut terleka dengan kehijauan alam yang menjamu penglihatan kami sepanjang jalan.




Mengenai penginapan di Perlis pula, jangan risau, kami di Projek Travel mencadangkan agar anda menginap di Hotel Seri Malaysia, Kangar. Selesa dan berpatutan! 


Bukit Keteri, Perlis
Ketibaan kami di Stesen Arau tepat pada jam 2.30 petang disambut mesra oleh kakitangan Tourism Malaysia Perlis  dan seterusnya kami dibawa menuju ke Bukit Keteri , yang turut dikenali sebagai syurga buat penggemar sukan lasak , rock climbing

Disini kelihatan beberapa orang pendaki sudah bersedia untuk menunjukkan demonstrasi rock climbing kepada kami. Untuk mereka yang sukakan aktiviti rock climbing, Bukit Keteri sering kali menjadi pilihan kerana ianya mempunyai pelbagai pilihan laluan untuk sampai ke puncak.



pemandangan di waktu senja di Perlis 

Selain rock climbing, Gua Bukit Keteri juga menanti para pengunjung. Ruangan terbesar dalam gua Bukit Keteri ini dikatakan dapat memuatkan sebuah jet jumbo bagi mengambarkan betapa besarnya ruangan yang wujud di dalam gua ini


Menara Pandang Wang Kelian




Sebelum ke Taman Negeri Perlis apa kata singgah sebentar di Menara Pandang Wang Kelian. Pemandangan negeri Perlis dan sempadan negara Malaysia -Thailand yang menyeluruh dan cukup indah menjadi taruhan Menara Pandang Wang Kelian apabila anda ke sini.


Taman Negeri Perlis 

Menjanjikan ekspedisi yang penuh dengan liku - liku yang mencabar , Taman Negeri Perlis tersimpan pelbagai khazanah alam yang perlu diterokai. Terletak di sempadan Barat Negeri Perlis yang menemukan Malaysia








Sebelum masuk ke Wang Burma, pastikan kelengkapan diri anda seperti pakaian sukan, kasut yang sesuai  dan lampu suluh tersedia. Ini kerana anda perlu masuk ke dalam  perut gua yang sempit dan merentasi anak sungai di dalamnya. 






Agak mencabar, namun kepuasan menanti apabila anda dapat merasai dan melihat sendiri keunikan di dalamnya

Gua Kelam

 Gua Kelam sering kali sinonim dengan Negeri Perlis. Terletak 36 KM dari Pusat Bandar Kangar, Gua Kelam yang dahulunya terkenal dengan lombong bijih timah yang bermutu tinggi , menjadi jalan penghubung penduduk Wang Kelian dengan penduduk Kaki Bukit. 





Jika sebelum ini , Gua Kelam ditutup kerana bah besar, kini Gua Kelam telah dibuka untuk kunjungan orang ramai.Sering kali menjadi pilihan untuk mereka yang berkeluarga beriadah disini sambil menikmati pemandangan kaki bukit yang indah






Gua Kelam juga merupakan salah satu produk pelancongan buat mereka yang ingin melakukan aktiviti trekking dan rock climbing

Mencerap Bintang di Tasik Timah Tasoh

Buat penggemar dan penggiat fotografi, jangan lepaskan aktiviti mencerap bintang(starscaping) untuk dapatkan gambar milky way


Kredit Gambar : Umar Mita 

Kredit Gambar : Umar Mita 


Penerangan mengenai milky way oleh Umar Mita 


Masih ramai yang tidak tahu bahawa Tasik Timah Tasoh merupakan salah satu lokasi yang strategik di Malaysia untuk dapatkan gambar milky way yang terbaik. 




Malah , Umar Mita sendiri turut menganjurkan bengkel fotografi. Bagi yang berminat untuk dapatkan khidmat Umar Mita, beliau boleh dihubungi melalui 

Instagram : @UmarMita 
email : Umarmita@gmail.com 


Wang Gunung 

Ekspedisi Wang Gunung menunggu buat para pendaki dan pencinta alam. Pintu Wang Gunung dengan ketinggian 499.1M pasti memberi cabaran dan pengalaman yang baru kepada pendaki. 






Manakan tidak, satu - satunya tempat yang mempunyai banyak batu sempadan ini mempunyai 14 stesen yang penuh dengan batuan tajam dan mencabar. Namun satu kepuasan bagi mereka apabila sampai ke puncak dan melihat bendera Negeri Perlis megah berkibaran






 Jangan lupa untuk rakamkan kenangan apabila tiba di atas puncak dua sempadan ini 


Bukit Manik

Menjanjikan produk pelancongan alam semula jadi Perlis, Bukit Manik turut berada dalam senarai ini. 





Merupakan salah satu bukit yang berada berhampiran Tasik Timah Tasoh, buat penggemar sukan ATV, anda boleh menaiki kenderaan lasak ini serendah RM10. 

Restoran Mee Rebus Azmi

Kunjungan anda ke Perlis , tidak akan lengkap jika tidak merasai sendiri keenakan Pasembor Perlis , Mee Goreng Mamak dan Nasi Arab di Restoran Mee Rebus Azmi



kredit : FB Restoran Mee Rebus Azmi 

Masakan Pemenang tempat ketiga dalam Penang International Halal Chefs Challenge 2015 ini pastinya akan membuatkan selera anda bertambah! 

Galeri Diraja Arau 






Tersimpan salasilah dan sejarah keturunan Diraja Perlis , Galeri Diraja Arau ini menghimpunkan pelbagai barangan peribadi keluarga diraja ini. 




Namun begitu. untuk masuk ke Galeri Diraja Arau ini perlu membuat permohonan terlebih dahulu dan hanya dibuka untuk acara tertentu sahaja 

Terima Kasih 

Tourism Malaysia Perlis 
Angkatan Pertahanan Awam Perlis 
KTMB 
Hotel Seri Malaysia Kangar 
UNIC Astana Perlis 

Catat Ulasan

4 Ulasan