Ticker

6/recent/ticker-posts

TEMPAT MENARIK DI YILAN TAIWAN

Bercakap mengenai Taiwan, mesti ramai pembaca Projek Travel akan memikirkan mengenai Taipei bukan? Tapi tahukah anda, selain Taipei. Taiwan mempunyai negeri atau daerah yang sangat cantik berbanding Taipei?

Suka untuk saya membuat perbandingan ke sini apabila anda memilih Taiwan sebagai destinasi untuk melancong. Jika anda sukakan pelancongan yang urban seperti aktiviti membeli belah, melawat bangunan pencakar langit dan suka akan pembangunan moden, maka Taipei adalah tempatnya. Sebaliknya jika anda sukakan alam semulajadi., sukakan keindahan kehijauan, air terjun dan sebagainya maka Yilan adalah jawapannya

Jadi sempena lawatan Pelancongan Muslim Di Yilan Taiwan selama 2 minggu, ini adalah senarai Tempat Menarik Di Yilan Taiwan.

1. Sanfu Leisure Farm

Bercakap mengenai Yilan, kebanyakan tempat-tempat menarik datangnya dari perusahaan ladang atau kebun persendirian. Boleh dikatakan satu kampung akan ada satu tarikan. Jadi kali ini Projek Travel berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman Night Walk di Sanfu Leisure Farm .



Dalam aktiviti yang diketuai oleh pakar pengkaji haiwan, anda bakal melihat sendiri kehidupan haiwan - haiwan di sebelah malam. Pelbagai haiwan dapat dilihat di sekitar Sanfu Leisure Farm antaranya adalah ular, pelbagai jenis katak, labah - labah dan banyak lagi. 


Di sebelah siangnya pula, jangan lepaskan peluang untuk menghirup secawan kopi ungu sambil ditemani pelbagai jenis burung yang bakal menemani anda sepanjang hari.

2. Tea Tasting , Membuat Dragon Emperor Mustache Candy dan Biskut Teh di Perkampungan Dongshan - Zhongshan 

Tidak sah jika anda datang ke Taiwan dan tidak mencuba aneka teh yang ditanam secara meluas di sini. Adalah kebiasaan kepada masyarakat di Taiwan untuk menikmati Teh yang menjadi amalan sejak turun - temurun.









kredit pic : Zeng Shu

Jika anda ke Yilan jangan lupa untuk ke Perkampungan Dongshan - Zhongshan untuk mempelajari sendiri membuat Dragon Emperor Mustache Candy dan Tea Biscuit yang sedap ini.

3. Menjelajah Perkampungan Yuanshan - Neicheng Menaiki Bajak Sawah

Agak menarik bagi saya untuk katakan mengenai bajak sawah ini. Jika di Malaysia kita hanya melihat mesin ini berfungsi dalam bidang pertanian, berlainan pula disini. Perkampungan Yuanshan yang merupakan perkampungan pertanian mempunyai tarikannya tersendiri.




Dengan menaiki Bajak Sawah, anda boleh mengelilingi perkampungan ini.










Antara tarikan yang ada disini adalah sungai nya yang sangat jernih dan sejuk pasti akan membuatkan anda terpesona akan keindahannya

4. Memetik Buah Kumquat di Country Grange

Pernah dengar mengenai Buah Kumquat ? Anda hanya dapat jumpa buah ini di Filipina , India, Jepun dan Taiwan sahaja.



Rasanya masam - masam manis boleh dimakan begitu sahaja bersama - sama kulitnya.


Menurut orang di Taiwan, jika anda menyukai buah-buahan ini, bermakna anda adalah warga Yilan kerana penduduk disini amat menggemarinya sehingga menjadikannya sebagai jem, jus dan sebagainya.

Buah Kumquat ini tumbuh merata di Yilan, dan anda dapat memetik dan memakannya sebanyak mana yang anda inginkan 

5. Yilan City Tour 

Tidak sah jika datang ke Yilan dan tidak berjalan - jalan kawasan sekitarnya. Bandar Yilan adalah bandar kecil dimana pertanian merupakan faktor ekonomi utamanya




Jadi terdapat pelbagai buah - buahan dan sayur - sayuran segar dijual murah di bandar ini. Malah jika anda ingin dapatkan pakaian dan beg yang harganya jauh lebih murah, boleh dapatkan disini 

6. Muzium Lanyang

Jika anda ingin mendapatkan gambaran penuh mengenai Yilan, anda harus ke Muzium Lanyang. 






Disini segala sejarah awal dan tradisi di Yilan dan Taiwan diceritakan melalui figura - figura yang dipamerkan disini.

7. Menjejak Ikan Paus dan Ikan Lumba - Lumba di Perairan Kepulauan Guishan

Dikatakan terdapat pelbagai spesis ikan paus telah dijumpai di perairan Kepulauan Guishan ini. Namun jika anda dapat melihatnya di perairan anda merupakan seorang yang bertuah.



Ini kerana sejak kebelakangan ini , Ikan Paus ini hanya muncul untuk beberapa seketika. Namun begitu, ikan Lumba - lumba akan menemani anda kerana hampir 80% ikan Lumba - Lumba akan muncul di perairan ini .

8. Lawatan Ke Pulau Guishan 

Selepas menjejak Paus dan sang lumba - lumba, anda akan dibawa ke Pulau Guishan untuk melihat sendiri pulau yang menjadi ikonik bagi penduduk di Yilan. Selain bentuk fizikalnya yang unik menyerupai penyu gergasi, pulau yang suatu ketika dahulunya pernah menjadi penempatan penduduk Yilan ini turut mempunyai sulfur aktif.







Jika anda melalui perairan Pulau Guishan, anda akan melihat lapisan air laut yang berbeza warna. Lapisan yang terdiri daripada warna putih, hijau dan biru ini merupakan hasil campuran air laut dan sulfur yang aktif di dalam dasar laut 

9. Taiping Mountain National Forest Park 

Antara lokasi yang wajib anda pergi jika berada di Taiwan. Perjalanan ke Gunung Taiping yang mengambil masa 3 jam perjalanan dari bandar Yilan, ternyata sangat berbaloi apabila anda tiba di puncaknya.







Dicadangkan untuk menginap disini selama 2 malam untuk alami sendiri keindahannya.Gunung yang diliputi hutan hujan lembab ini menanti anda untuk terokainya.




Selain menikmati pemandangan indah, antara aktiviti lain yang boleh anda lakukan disini adalah mandi di kolam air panas, meredah hutan dan banyak lagi! Yang pasti, jangan lupa untuk membawa baju sejuk kerana suhu di sini sangat sejuk terutamanya di waktu malam

10. Riadah di Shangri La Boutique Farm 

Selain menginap di Shangri La Boutique Farm, anda juga boleh bermain tanglung dan beriadah.









Setiap pengunjung yang menginap disini berpeluang untuk merasainya. Malah hotel ini juga merupakan salah satu hotel yang mempunyai restoran halal khas untuk pengunjung yang beragama Islam.

11. Demonstrasi Membuat Kuih Beras 

Salah satu restoran halal dan mesra muslim yang terdapat di Yilan , Taiwan. Mushroom Pot Organic restaurant bukan sahaja menyediakan makanan halal, malah anda berpeluang untuk membuat kuih beras yang sangat menarik. 




Anda juga berpeluang untuk membawanya pulang dan menikmatinya sebagai snek ringan.

Akan datang di Projek Travel : Senarai Restoran Halal di Yilan Taiwan

Catat Ulasan

0 Ulasan