Ticker

6/recent/ticker-posts

PEMBUATAN KUIH LIMAS TRADISI NEGERI PERAK


PEMBUATAN KUIH LIMAS TRADISI NEGERI PERAK | Korang tahu atau tidak apa itu Kuih Limas? Kuih Limas atau lebih dikenali dengan Kuih Tepung Pelita rupanya kuih tradisi Negeri Perak. Barulah patik tau apabila admin berkunjung ke Kuala Kangsar, Perak untuk program Jelajah Kesultanan & Tradisi Melayu Perak tempoh hari.

Semasa berada disana admin telah diberi peluang untuk mencuba menghasilkan sarung Kuih Limas ini. Dulu admin tahu beli jeee dekat pasar malam dan kali ini admin diberikan peluang untuk menghasilkan sendiri. Seronoknya !!

KUIH LIMAS TRADISI NEGERI PERAK

Kuih Limas ini selalunya mempunyai dua lapisan iaitu putih dibahagian atas dan hijau pandan dibahagian bawah. Gabungan dua rasa ini menghasilkan kenikmatan abadi yang sangat sedap. 

KUIH LIMAS TRADISI NEGERI PERAK

Jadi untuk kali ini admin ingin berkongsia dengan korang mengenai satu jenis kuih tempatan yang terkenal di Negeri Perak. Kuih ini juga merupakan sejenis kuih bater cair atau lebih dikenali sebagai kuih lembik. Kuih tersebut adalah Kuih Limas.

KUIH LIMAS TRADISI NEGERI PERAK

Semasa program Jelajah Kesulatanan dan Tradisi Melayu Perak lalu, admin telah mempelajari cara-cara untuk membuat sarung kepada Kuih Limas ini. Khabarnya untuk membuat sarung Kuih Limas ini memerlukan teknik melipatnya.

CARA MELIPAT SARUNG KUIH LIMAS

CARA MELIPAT SARUNG KUIH LIMAS

Berlokasi di Homestay Labu Kubong, Kuala Kangsar, admin dan rakan-rakan telah diajar oleh penduduk tempatan cara melipat sarung Kuih Limas ini. 

Bahan yang diperlukan untuk membuat sarung Kuih Limas: 
  • Daun pisang yang sudah disalai
  • Bongkah kayu
  • Stapler
CARA MELIPAT SARUNG KUIH LIMAS

Cara melipat sarung Kuih Limas adalah seperti korang membungkus kotak hadiah. Bongkah kayu diletakkan diatas daun dan hujung kiri dan kanan dilipat dan dikemaskan dengan menggunakan stapler.

CARA MELIPAT SARUNG KUIH LIMAS

Sebenarnya lipatan sarung Kuih Limas ini adalah sangat mudah. Hanya sedikit kemahiran melipat dengan kemas yang diperlukan supaya Kuih Limas tersebut akan terhasil nanti akan cantik. 

Admin rasa sangat beruntung kerana dapat mempelajari cara-cara melipat sarung Kuih Limas ini disini. Rasanya kalau tiada aktiviti seperti ini, sampai bila-bila admin tidak pernah tahu cara untuk melipatnya. 

CARA MELIPAT SARUNG KUIH LIMAS
Kredit foto: http://hanyayangindahaje.blogspot.my
Tadaaa inilah rupa Kuih Limas selepas siap dikukus elok. Lapisan putih daun hijau. memang akan mengundang kekecuran bila korang melihatnya. Nanti admin yakin bila sampai bulan puasa nanti, kuih ini akan menjadi kegilaan untuk korang semua. 

Semoga perkongsian admin berkenaan cara melipat sarung Kuih Limas ini sedikit sebanyak membantu korang untuk melakukannya sendiri dirumah. Mana tahu ianya boleh dijadikan punca kewangan lebih untuk korang kan. Hehehehe. 

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Interesting! Bertuah Pojie dapat experience macam ni. Hah, now boleh la buat bisnes Kuih Limas!

    BalasPadam
  2. Makanan feverat teman tu. Mak teman baru jer buat limas malam tadi. Tapi tak pernah nampak guna bongkah kayu. Cantik sampannyer.

    BalasPadam
  3. Makanan feverat teman tu. Mak teman baru jer buat limas malam tadi. Tapi tak pernah nampak guna bongkah kayu. Cantik sampannyer.

    BalasPadam
  4. Kuih limas org perak guna tepung gandum. Tak sama tepung pelita guna tepung beras. Rupa saja sama.

    BalasPadam