Go KL merupakan perkhidmatan bas secara percuma di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur. Go KL mula beroperasi sejak 31 Ogos 2012 dan merupakan salah satu Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk menaik taraf sistem pengangkutan di ibu kota. Jadi, memang cukup mudah untuk bergerak di sekitar Kuala Lumpur tidak kira untuk rakyat tempatan mahupun pelancong asing. Kalau anda tertanya-tanya, "Bus Go KL yang mana satu?". Jawapannya, mudah je. Carilah bas yang berwarna pink/ purpish yang tertulis Go KL!
Go KL merupakan satu inisiatif untuk menyediakan perkhidmatan bas yang 'reliable', 'affordable', 'accessible', selamat dan selesa! Selain itu, kewujudan Go KL bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar bandar Kuala Lumpur. Kalau perasan, jalan raya di Kuala Lumpur ada laluan khas untuk bas.
Pada asalnya, Go KL menyediakan perkhidmatan untuk dua laluan utama iaitu Green Line dan Purple Line. Namun, kini Go KL meningkatkan jumlah jaringan dengan memperkenalkan dua lagi laluan iaitu Red Line dan Blue Line. Dengan adanya empat laluan utama, Go KL akan bergerak keliling Kuala Lumpur dengan hampir 60 hentian yang merangkumi tempat-tempat menarik tumpuan pelancong, shopping complexs, bangunan pejabat dan lain-lain.
Green Line
KLCC – Bukit Bintang
Purple Line
Pasar Seni – Bukit Bintang
Red Line
KL Sentral – Jalan Tuanku Abdul Rahman
Blue Line
Medan Mara - Bukit Bintang
Selain meliputi 60 hentian, Go KL juga dilengkapi dengan kemudahan wi-fi percuma, mesra untuk orang kelainan upaya (OKU) dan eco-friendly. Go KL akan beroperasi setiap hari (Isnin - Jumaat) bermula jam 6 pagi sehingga 11 malam kecuali hujung minggu dan cuti umum yang akan bermula pada 7 pagi sehingga 11 malam.
OPERATION HOURS
Working Day : 6.00AM – 11.00PM
Weekends and Holidays : 7.00AM – 11.00PM
FREQUENCY
Working Day - Peak Hours
(7.00AM – 10.00AM & 4.00PM – 8.00PM) : Every 5 minutes
Others : Every 10 minutes
* Operation Hours and Frequency above are applicable for all four Go KL routes
Untuk sebarang komen atau aduan tentang perkhidmatan Go KL atau cadangan penambahbaikan mutu perkhidmatan Go KL, anda bolehlah menghubungi pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di www.spad.gov.my.
Why should you take Go KL?
Saves cost
FREE bus service
Saves your private vehicle fuel
Convenient
High frequency
Serves primary tourist & business routes in CBD
Integrated with other public transport modes(Monorail, LRT & KTM services)
Complemented by park & ride facility
Free WiFi and disabled friendly
Eco-friendly
Powered by Compressed Natural Gas (CNG)
Less carbon footprint
Secara ringkasnya, Go KL menyediakan 4 laluan utama dan menawarkan 4 tarikan utama iaitu Go Relax, Go Work, Go Sightsee dan Go Shopping. Jadi, untuk anda yang bercadang untuk menggunakan khidmat Go KL, dicadangkan anda fahami dulu map dan laluan utama untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. Selain itu, pastikan destinasi yang hendak dituju sebelum memulakan perjalanan agar tidak tersalah bas dan laluan.
GO RELAX
- Concorde Hotel
- Life Centre
- Grand Hyatt Hotel
- Tune Hotel
- Uni Asia
- Maytower Hotel
GO WORK
- Bangkok Bank
- Wisma Foo Yang
- Wisma MPL
- Angkasaraya
- Menara ING
- CitiBank
- KL Sentral
- KL Convention Centre
- Menara Olympia
- Dayabumi
- AIA
- Wisma Rohas Perkasa
- Bukit Ceylon
- Menara KH
- Menara DBKL
- Menara Atlan
- 1 Sentral
- Wisma Sime Darby
- Menara Hap Seng
GO SIGHTSEE
- Pasar Seni
- Muzium Telekom
- KL Tower
- KLCC
- MATIC
- Muzium Negara
- Masjid Negara
- Monorail Chow Kit
- Dataran Merdeka
- KTM Kuala Lumpur
- Monorail Medan Tunku
GO SHOPPING
- The Weld
- Pavilion
- Starhill Galery
- Bukit Bintang
- Kota Raya
- Medan MARA
- Chow Kit
- Maju Junction
- Pertama Complex
- Globe Silkn Store
- Campbell Complex
- KL Sogo
Unrtuk maklumat lanjut, boleh rujuk website Go KL. Selamat mengembara di kotaraya Kuala Lumpur dari kami di Projek Travel. Jangan lupa, kongsikan detik-detik percutian anda dengan hashtag #ProjekTravel dan #AboutKL
Website: http://www.gokl.com.my/
0 Ulasan