DUSUN BAMBU FAMILY LEISURE PARK BANDUNG INDONESIA | Assalamualaikum semua.. Mungkin kita semua sudah biasa mendengar bahawa Bandung Indonesia terkenal sebagai salah satu lokasi idaman kaum wanita untuk membeli kain pasang. Ada yang sanggup ke sana semata-mata untuk membeli kain pasang terutamanya bakal pengantin kerana dikatakan di sana terdapat banyak pilihan corak serta harga yang agak murah. Tapi tahukah anda sebenarnya di Bandung juga terdapat banyak lokasi yang menarik dan cantik untuk diterokai.
Dusun Bambu Family Leisure Park Bandung Indonesia |
Untuk perkongsian kali ini, admin ingin berkongsi salah satu tempat menarik yang korang boleh lawati jika berada di Bandung iaitu di Dusun Bambu Family Leisure Park. Admin sendiri telah sampai ke lokasi ini. Ternyata ia merupakan satu lokasi yang sangat menarik untuk kunjungan keluarga atau bersama rakan-rakan.
LOKASI DUSUN BAMBU FAMILY LEISURE PARK
Lokasi Dusun Bambu Family Leisure Park terletak kaki Gunung Burangrang. Bila sebut kaki gunung, sudah pasti ia merupakan kawasan berhawa sejuk dan mensajikan pemandangan yang indah serta kehijauan pokok-pokok. Meliputi kawasan seluas hampir 15 hektar, Dusun Bambu menyajikan pelbagai tarikan dan kemudahan untuk para pengunjung dengan menampilkan konsep 7E iaitu Ecology (nature), Education, Economic, Ethnology (culture), Ethics, Esthetics (Aesthetics), dan Entertainment. Jom kita tengok apa yang menarik di Dusun Bambu Family Leisure Park.
Peta Dusun Bambu Family Leisure Park |
Burangrang Cafe merupakan salah satu restoran yang ada di Dusun Bambu Family Leisure Park. Cafe ini boleh menampung sehingga 600 orang dan menjadi tempat untuk anda bersosial sambil minum bersama keluarga, rakan mahupun teman kerja. Di sini ada menyediakan menu sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam. Jadi jika anda datang ke Dusun Bambu, tidak perlu risau jika berasa lapar.
Burangrang Cafe |
#2 - LUTUNG KASARUNG
Pernah terfikir untuk bersantap di dalam sarang burung? ya, di Dusun Bambu anda boleh merasai suasana bersantap di dalam ruang yang berbentuk sarang burung dan kelihatan seolah-olah tergantung serta ditiup angin sepoi-sepoi bahasa kerana ia diperbuat daripada ranting pohon.
Lutung Kasarung |
#3 - SAUNG PURBASARI
Dari Burangrang Cafe kelihatan sederet pondok-pondok kecil yang comel di sekeliling tasik. Memang suatu pandangan yang sangat cantik dan sering menjadi lokasi penggambaraan bagi peminat-peminat fotografi. Sebenarnya pondok-pondo tersebut adalah ruang makan bagi yang inginkan suasana bersantap yang dikelilingi alam semulajadi.
Saung Purbasari |
#4 - SAMPAN SANGKURIANG
Pemandangan yang indah ini pasti akan lebih bermakna jika anda berkesempatan untuk menaiki sampan. Ada dua jenis sampan yang boleh disewa iaitu sampan tradisional dan juga perahu donut. Comel kan perahu donut tu. Siap dihiasi dengan bunga-bunga lagi.
Sampan Sangkuriang |
#5 - BALAD LODAYA
Balad Lodaya meruapakan satu kawasan terbuka yang dibuat ala-ala di desa gitu. Di sini, kita terutamanya kanak-kanak boleh belajar cara-cara bercucuk tanam dan juga pengetahuan terhadap produk pertanian. Terdapat satu kawasan sawah padi dan kebetula masa kami pergi, padi tengah menghijau. Cukup cantik dan mendamaikan.
Balad Lodaya |
#6 - RABBIT WONDERLAND & BAMBOO PLAYGROUND
Kawasan ini pula adalah kawasan di mana anda boleh bermain-main dengan arnad ataupun di sana mereka memanggilnya sebagai kelinci. Anda juga boleh memberi makan kepada arnab-arnab yang jinak ini. bersebelahan Rabbit Wonderland pula ada Bamboo Playground di mana anak-anak boleh bermain-main di situ.
Rabbit Wonderland |
Bamboo Playground |
#7 - BAMBOO SCULPTURE
Di Dusun Bambu ni ada terdapat banyak arca-arca yang diperbuat dari buluh (bamboo sculpture). Agaknya sebab itu la kot diberi nama Dusun Bambu. Terfikir juga bagaimana mereka membuat arca ni kerana ia menggunakan kuantiti buluh yang banyak tapi hasilnya amat mengkagumkan.
Bamboo Sculpture |
#8 - SHUTTLE CAR
Dari tempat parking ke dalam, kita perlu menaiki shuttle car atau di sana mereka memanggilnya sebagai mobil wara wiri. Keretanya sangat comel dan dihiasi dengan corak yang berwarna-warni. Agaknya itu la sebab ia dipanggil wara wiri kot. Shuttle Car ini akan membawa kita dari parking ke Burangrang Cafe. Jadi tak perlula kita berjalan ye sebab lokasinya agak jauh juga.
shuttle car |
Inilah antara tarikan yang ada di Dusun Bambu Family Leisure Park yang terletak di Bandung, Indonesia. Jika anda ada ke sana, jangan lupa singgah di lokasi ini dan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan kerana ada banyak sangat port-port strategik dan cantik untuk berposing dan selfie. Berikut admin lampirkan harga tiket masuk untuk rujukan anda :
HARGA TIKET MASUK : Rp 15.000 seorang
PARKING : 4 Tayar Rp 10.000
PARKING : 2 Tayar Rp 5.000
SAMPAN : Rp 10.000 seorang
PERAHU DONAT :Rp 20.000 seorang
RABBIT WONDERLAND : Rp 35.000 seorang
BAMBOO PLAYGROUND : Rp 50.000 seorang